Jom kita try buat puding triffle. Sedap sungguh rasa dia. Sesuai dijadikan pemanis mulut selepas makan hidangan utama. Boleh juga dijadikan hidangan minum petang.
Puding triffle ni, selain warnanya yang menarik, rasanya juga lemak manis yang sangat memikat cita rasa. Resipi yang sedap ini dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam facebook group Rasa Share Resepi.
PUDING TRIFFLE
BAHAN-BAHAN
1 tin koktail buah-buahan
1 bungkus kek gulung
4 sudu besar tepung kastard
2 cawan susu cair
1 cawan air koktail
3 sudu besar gula (kurangkan jika mahu kurang manis)
1 peket serbuk kristal jeli
Ads
CARA MEMBUAT
1. Tapis dan asingkan isi buah buahan koktail dan airnya.
2. Simpan air kerana akan guna di lapisan kastard nanti.
3. Potong kek gulung dan susun pada dasar loyang. Guna bekas empat segi lebih senang daripada bekas bulat.
4. Isi celah ruang dengan baki kek gulung, tekan dan padatkan.
5. Lembapkan kek dengan sedikit air koktail. Ketepikan seketika .
6. Di dalam periuk, satukan tepung kastard, susu cair dan air koktail .
7. Kacau sehingga sebati dan tiada tepung kastard yang berketul.
8. Kemudian barulah masukkan gula.
9. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil.
10. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat dan meletup-letup. Tutup api.
11. Tuangkan adunan kastard di atas lapisan kek gulung yang di dalam loyang tadi.
12. Letakkan buah buahan koktail. Boleh tambah buah lain jika suka. Simpan seketika di dalam peti sejuk.
13. Seterusnya masa untuk memasak kristal jeli. Ikut arahan penyediaan di belakang kotak.
14. Sejukkan dahulu di luar sebelum masukkan ke dalam peti ais.
15. Biarkan puding sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Siap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bila tiba pagi raya, pastinya anda akan menyediakan aneka sajian nasi tumis buat tetamu yang berkunjung. Untuk lauknya, dua menu ini sesuai anda hasilkan. Bukan sahaja sesuai untuk Nasi Tomato, kalau buat Nasi Minyak atau Hujan Panas pun memang padan. Jom cuba. Pasti tetamu berselera.
1. KARI UDANG
BAHAN-BAHAN:
500gm udang | saiz XL
2 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
3 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
100ml santan kotak
2 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Bahan yang dikisar digaul bersama serbuk kari hingga sebati. (dijadikan pes). 2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, Apabila daun kari sedikit layu, masukkan pes dan tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan pes cili, sedikit gula dan garam sesedap rasa dan tumis lagi sehingga pecah minyak. 4. Masukkan santan dan kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak..kemudian tambah air ikut suka. 5. Setelah mendidih,masukkan udang dan gaul bersama sehingga udang masak.. 6. Udang kari sedia dihidang
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama.
2. AYAM MASAK BERLADA
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong 7-8 ketul dan goreng
1 biji bawang besar | hiris kasar
1 biji bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
1 batang serai | kisar
1 sudu makan pes cili kisar
4 biji cili merah | kisar kasar
2 biji cili hijau | kisar kasar
1 asam keping gelugor
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak. Ketepikan. 2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan masukkan daun limau purut dan asam gelugor. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan ayam yang dah siap goreng tadi bersama bawang besar yang telah dihiris. 6. Bila bawang layu, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika tidak suka daun limau purut tidak perlu masukkannya. Atau ingin tambah bunga kantan juga boleh.
Mi wantan kicap adalah masakan cina yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Selalunya hidangan ini akan disajikan bersama sup wantan, wantan, dan sayur yang diletak bersama mi wantan.
Ini resipi turun temurun keluarga dan pernah menjadi sumber pendapatan Adam Corrie ketika zaman remaja. Nampak ringkas tapi rasanya menyelerakan dan sederhana.
BAHAN-BAHAN MI WANTAN
mi wantan (dicelur) – ada jual di supermarket.
minyak bijan
kicap pekat
kicap cair (apa-apa jenaman)
Sos tiram
Sayur sawi / siew pak choi
CARA MENYEDIAKAN
Campurkan semua minyak dan kicap dalam pinggan. Kemudian masukkan mi wantan yang sudah celur dan gaul rata. Tidak perlu di masak.
Taburkan bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi atau siew pak choi yang telah di celur di atas mi
BAHAN-BAHAN ISI / INTI WANTAN
Udang (dicelur) atau isi ayam ( di cincang halus)
Daun bawang- di potong halus
Lobak Merah- di potong halus
Sedikit tepung
Lada sulah
Garam
Sos tiram
CARA MENYEDIAKAN
Gaulkan semua bahan-bahan (Jika suka boleh tambah bawang besar, cendawan yang dipotong dadu kecil.) Tapi saya buat yang ringkas supaya inti wantan tidak basah. Kalau terlampau basah kulit wantan mudah koyak.
BAHAN-BAHAN KULIT WANTAN
Tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
Air panas mendidih
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN
Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan minyak masak.
Kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat dekat tangan.
Uli hingga sebati kemudian biarkan sekejap dalam 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tidak keras
Kalau susah sangat atau mudah beli sahaja yang sudap siap di pasaraya.
BAHAN-BAHAN SUP RINGKAS
Air
Lada sulah
Kiub ayam
Daun ketumbar
Bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN
Didihkan air, masuk lada sulah dan kiub ayam.
Masukkan wantan yang sudah siap ke dalam sup.
Masakkan sekali dengan sup dah nak siap, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
Info: Untuk rasa pedas boleh buat cili padi potong dan letakkan kicap cair. Wantan juga boleh digoreng dengan sedikit minyak.
Nasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto. Nasi impit juga adalah antara hidangan wajib di hari raya yang paling mudah dibuat. Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong. Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik aiskrim sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.
Tak Perlu Lagi Beli Nasi Impit ‘Instant’. Jimat 200%!
Ia sangat mudah, cepat dan menjimatkan. Cara-cara untuk membuatnya juga mudah untuk anda ikuti.
Bahan-bahan:
Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia
Cara memasak:
Cuci beras dan toskan sehingga kering.
Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
Rebus sehingga masak. Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
Petua Masak Nasi Impit Lebih Lembut
Nasi impit boleh tahan lama, betul ke? Bukankah nasi Impit memang sudah disukat dengan standard agar apabila masak ia sekata lembut dan lembiknya. Tetapi sesekali ada juga nasi Impit yang keras terutamanya apabila telah sejuk. Nasi Impit sudah tidak lembut lagi. Silap haribulan, masuk tong sampah nasi Impit tersebut. Memasak nasi Impit segera tidak sesukar mana. Tetapi kadangkala nasi Impit yang kita masak seperti keras, tidak lembut terutamanya ketika sejuk.
Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.
Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya. Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.