Harold’s Bread baru sahaja melancarkan 23 buah kedai di Lembah Klang dengan pembukaan perasmian pertama pada awal pagi ini, bertempat di Mydin USJ, Subang Jaya.
Ads
Kedai bakery yang unik dengan sentuhan Asia, Harold’s Bread adalah kedai yang pertama di Lembah Klang menawarkan anda hidangan patisserie dan sandwich Perancis, roti lembut jepun, Swiss roll dan kopi yang di ‘brewed’ segar dari Itali dan tidak dilupakan minuman kegemaran tempatan White Coffee.
Harold’s Bread membuka kedai yang pertama di lembah klang dan sekarang terdapat 12 kedai Harold’s Bread di Mydin dengan pembukaan kedai terbaru di MYDIN USJ, Subang Jaya. Secara ringkasnya di Malaysia, Harold’s Bread sudah terdapat 23 kedai di seluruh negara dan 10 lagi akan dijadualkan dibuka pada 2018. Pembukaan outlet di Kuantan pada bulan Mei tahun ini dan Harold’s Bread juga akan mempunyai rangkaian kedai di semua negeri Semenanjung kecuali di Perlis.
Ads
Apa yang menjadikan Harold’s Bread berbeza dengan patisseries lain adalah, bermula ketika seorang tukang roti dari Eropah berjumpa dengan usahawan dari Asia dan berkongsi pengtehuannya tentang cara penghasilan roti yang bagus. Seorang bangsawan yang tegas dalam membuat roti, Harold mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan hasratnya untuk membuat roti yang bagus. Harold percaya bahawa roti yang hebat mesti dibangkitkan oleh deria rasa dari penbuatan pertama ke gigitan terakhir yang diterjemahkan melalui dalam setiap persembahan dalam penyediaan roti yang berkualiti tinggi.
Ads
Semua roti, pastri, kek dan croissant Harold’s dibakar segar setiap hari, mendapat pensijilan Halal dan menggunakan bahan berkualiti terbaik. Kesegaran dan komitmen yang diberikan oleh Harold’s Bread membolehkan anda jatuh cinta pada gigitan pertama dan menjadi perbualan untuk seisi rumah hari ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2,111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian.
MQT 2.0 kali ini bermatlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah.
Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Menurut Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Hussamuddin Hj Yaacob, mereka sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai, dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
“Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
“Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
“Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia,” katanya.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Hussamuddin berkata, Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150,000 sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
Percaya atau tidak, teknologi canggih terkini mampu untuk mengekalkan kesegaran makanan dan sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan harian.
Dalam memastikan kesegaran sayuran dan buahan lebih lama untuk hidangan yang lebih berkualiti dan pada masa yang sama menuju ke arah gaya kehidupan sifar-pembaziran, jenama peralatan rumah terkemuka dari Eropah, Beko berjaya menemui jalan penyelesaian dengan melancarkan peti sejuk Harvestfresh, yang dapat menjimatkan tenaga dengan teknologi ProSmart Inverter Compressor.
Ketua Pegawai Eksekutif Beko Appliances Malaysia, Chan Loc memberitahu, Beko berjaya menghasilkan rangkaian peti sejuk menggunakan bukan hanya satu, malahan tiga warna yang efektif – hijau, biru dan merah, yang menyerupai kitaran 24 jam matahari serta cahaya matahari semula jadi.
“Kelebihan rangkaian Beko HarvestFresh tidak hanya setakat itu sahaja. Ia juga didatangkan dengan sistem dwi-penyejukan NeoFrost yang mengekalkan suasana sejuk optimum, seterusnya membantu mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh yang lebih lama.
“Rangkaian Beko Harvestfresh menggunakan sistem penyejukan yang berasingan membolehkan keadaan kelembapan tinggi dikekalkan di dalam bahagian sejuk dan pada masa yang sama bahagian sejuk beku kekal kering dan tanpa fros,” katanya.
Didatangkan dengan dua variasi warna yang bergaya dan versatile, Dark Inox dan Brshed Silver, ia memberikan sentuhan pereka dan dapat disesuaikan dengan mudah pada mana-mana rekaan dapur.
Untuk maklumat lanjut tentang Beko Malaysia dan mengetahui lebih mengenai peti sejuk HarvestFresh serta produk-produk Beko yang lain, sila layari www.beko.my.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah tersendiri apabila Dataran Merdeka bertukar menjadi sebuah dapur komuniti gergasi yang menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia dalam satu misi kebersamaan sempena Ramadan.
Pada 14 Mac 2026, program RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 berlangsung penuh meriah apabila pelbagai lapisan masyarakat berganding bahu menjayakan inisiatif berskala nasional ini. Program yang dianjurkan oleh portal masakan nombor satu negara, RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd ini berjaya menyediakan dan mengedarkan sebanyak 16,000 pek bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Kuala Lumpur.
Bermula seawal jam 8 pagi hingga lewat malam, program ini menghimpunkan badan beruniform, agensi kerajaan, institusi pendidikan, rakan media serta sukarelawan yang bersama-sama menghidupkan semangat rewang dalam suasana Ramadan.
Lebih membanggakan, jumlah edaran ini turut mendapat pengiktirafan rasmi Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Edaran Bubur Lambuk Terbanyak oleh Portal Masakan bersama Badan Beruniform, sekali gus menjadikan program ini antara inisiatif komuniti Ramadan terbesar pernah dianjurkan oleh platform digital masakan di Malaysia.
Suasana di Dataran Merdeka sejak awal pagi dipenuhi semangat gotong-royong apabila anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pegawai Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), RELA, PEMADAM, sukarelawan dari Management and Science University (MSU) serta pasukan RASA bergotong-royong menyediakan bubur lambuk.
Menerusi Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026, kawasan ikonik di tengah Kuala Lumpur ini berubah menjadi simbol kebersamaan apabila wira negara dan orang ramai duduk merewang sambil mengacau periuk-periuk besar bubur lambuk yang bakal diagihkan kepada masyarakat.
Tema program tahun ini, “Bila Bersama, Lagi Jadi”, jelas terpancar sepanjang program berlangsung apabila semua pihak berganding bahu memastikan proses penyediaan dan pengagihan bubur lambuk berjalan lancar.
Daripada keseluruhan 16,000 pek bubur lambuk yang disediakan:
Agihan ini turut disempurnakan melalui majlis simbolik penyerahan kepada wakil masjid serta acara flag-off kenderaan edaran yang membawa bubur lambuk ke pelbagai lokasi komuniti di sekitar bandar raya.
Kejayaan Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 turut disokong oleh pelbagai rakan strategik yang memainkan peranan penting dalam menjayakan misi penyediaan 16,000 pek bubur lambuk ini.
Antara pihak yang terlibat termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, DBKL, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), JBPM, BSMM, RELA, PEMADAM serta MSU. Program ini turut mendapat sokongan daripada rakan media seperti Astro, Borak Seeni, Sinar Harian dan Bombastika Raya.
Selain itu, program ini turut dipersembahkan melalui Program Iftar Ramadan anjuran DBKL serta mendapat sokongan daripada penaja dan rakan kolaborasi seperti Kenanga Investors, AJI-SHIO®, FGV, ABLE FARM, EcoSafa, Luckin Coffee dan inDrive.
Gabungan pelbagai pihak ini memperlihatkan satu ekosistem kolaborasi yang kukuh antara sektor media, korporat, badan beruniform dan agensi kerajaan dalam menjayakan program komuniti berskala besar.
Untuk menghasilkan 16,000 pek bubur lambuk dalam tempoh sehari sempena Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026, jumlah bahan yang digunakan juga cukup luar biasa dan mencerminkan skala penyediaan yang sangat besar.
Antara bahan yang digunakan termasuk:
Jumlah bahan yang besar ini menggambarkan betapa besarnya usaha kolektif semua pihak yang terlibat bagi memastikan setiap pek bubur lambuk dapat disediakan dengan sempurna sebelum diagihkan kepada masyarakat.
Sepanjang Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 berlangsung, pelbagai aktiviti komuniti turut memeriahkan suasana di Dataran Merdeka.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk demonstrasi masakan oleh Chef Amir Gani bersama AJI-SHIO®, demonstrasi keselamatan kebakaran oleh JBPM, sesi sembang santai Borak Seeni, tazkirah Ramadan yang dibawakan oleh Kenanga Investors serta pelbagai aktiviti kebajikan untuk orang ramai.
Program ini turut diserikan dengan kemuncak hiburan pada waktu malam yang menutup hari penuh bermakna ini dalam suasana yang meriah dan penuh semangat Ramadan.
Lebih daripada sekadar memasak, Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 menjadi simbol bagaimana tradisi rewang terus hidup dalam masyarakat moden.
Ia bukan sekadar tentang jumlah pek bubur lambuk yang dihasilkan atau rekod yang dicipta, tetapi tentang semangat gotong-royong, penghargaan kepada wira negara serta nilai kebersamaan yang menjadi inti sebenar Ramadan.
Apabila pelbagai pihak duduk dalam satu bulatan rewang daripada anggota bomba, sukarelawan, agensi kerajaan hingga rakyat biasa maka lahirlah sebuah pengalaman yang menyatukan masyarakat.
Seperti yang dibuktikan di Dataran Merdeka tahun ini, apabila semua berganding bahu dan berkongsi niat yang sama, sebuah program komuniti mampu mencipta impak yang besar. Kerana itulah semangat yang dibawa oleh program ini: bila bersama, lagi jadi.
Taburan bawang goreng rangup buat hidangan lebih wangi dan sedap