Hanya Guna 4 Bahan. Resipi Sekaya Telur Ni Memang Mudah & Sedap

Share

Sekaya Telur atau Seri Kaya Telur antara kuih tradisi kegemaran orang-orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu. Rasanya yang lembut, lemak dan manis memamng sedap dan biasanya menjadi buruan ramai terutramanya bila tiba bulan puasa. Kalau dimakan sejuk, lagi nikmat. Teringin nak makan? Jom cuba resipi Sekaya Telur perkongsian saudari Mazni Abdul Rahman. Nampak mudah dan sedap! Guna empat bahan je.

CARA MASAK SEKAYA TELUR SEDAP GUNA 4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
15 biji telur
2 keping besar nisan/nise (boleh ganti dengan gula melaka) beli online disini
1 1/2 cawan air
2 1/2 cawan santan pekat beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Masukkan nise/gula melaka ke dalam periuk bersama air. Masak hingga gula cair. Ketepikan dan sejukkan seketika.
2. Basuh telur kemudian pecahkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Pukul telur tadi manja-manja sahaja.
3. Seterusnya tapis air nise tadi ke dalam bekas telur yang telah dipukul. Sebatikan.
4. Kemduian tambahkan juga santan pekat. Pukul sekejap.


5. Tuang bancuhan campuran bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang bersesuaian. Boleh guna loyang bulat atau loyang empat segi.
6. Kukus Sekaya Telur selama 45-50 minit atau sehingga manisan ini masak. Masa memasak mungkin berbeza bergantung pada pengukus masing-masing.


7. Bila Sekaya Telur telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati. Sekaya Telur ini akan berasa lebih enak bila dimakan dingin. 

Kredit resipi & foto: Mazni Abdul Rahman

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN