Hanya Guna 3 Bahan, Boleh Buat Air Coffee Lemak Berkrim Ala Barista

Share

Tidak perlu ke kafe lagi untuk minum air coffee yang sedap dan lemak berkrim. Hanya dengan menggunakan 3 bahan je, anda sudah jadi barista di rumah!

Dengan perkongsian daripada Safillah Alivi ini, siap boleh simpan seminggu dalam peti sejuk. Kalau nak minum, ceduk saja dan terus bancuh. Senang kan.

SMOOTH TEXTURE COFFEE

BAHAN-BAHAN:

4 sudu coffee (saya guna nescafe jenis decaff)
4 sudu gula perang
4 sudu air panas

CARA MEMBUAT:

1. Satukan coffee dan gula perang dalam gelas.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Masukkan air panas.

3. Sebatikan dengan menggunakan mixer. Kalau nak naikkan otot, boleh juga guna tangan.

4. Mix sampai gebu seperti dalam gambar (saya mix selama 5 minit). Boleh buat banyak jadi bila nak pakai, hanya ceduk ambil saja.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Ini saya buat hot cappuccino. Panaskan susu. Letak mixture coffee tadi. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture coffee ni.

6. Guna susu segar macam farm fresh atau dutch lady ye. Bukan susu pekat manis.
7. Adunan coffee ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan tahan selama seminggu. Jadi kalau nak minum, boleh ambil 1 sudu dan bancuh dengan susu segar.

Kredit resipi: Safillah Alivi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN