Ya betul. Cuma tiga bahan sahaja. Cuma perlu biskut cream cracker, susu pekat manis dan telur ayam.
Jom kita cuba buat. Tak sabar rasanya nak buat dan nikmati puding yang sangat senang nak dihasilkan ni.
PUDING BISKUT 3 BAHAN
BAHAN UTAMA
24 keping biskut cream crackers
1/2 cawan susu pekat manis (boleh lebihkan atau kurangkan)
5 biji telur ayam gred D
Ads
BAHAN LAIN
Air suam
Pewarna pilihan
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, susun biskut dan tuangkan air suam sehingga paras biskut. Rendam sehingga biskut menjadi kembang dan lembut. Tidak perlu rendam terlalu lama, cukup sekadar biskut tersebut lembut sudah memadai.
2. Kemudian toskan biskut dan masukkan ke dalam pengisar bersama susu pekat manis dan juga telur ayam.
3. Kisar sehingga semua adunan mesra. Ketepikan.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuangkan adunan ke dalam beberapa bekas dan letakkan pewarna pilihan. Kalau mahu buat tiga warna, bahagikan adunan kepada tiga bahagian sama rata dan letakkan pewarna pilihan.
Ads
6. Setelah itu, ambil sedikit adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
7. Kukus selama 5 minit menggunakan api sederhana.
8. Ulang proses untuk setiap lapisan warna. Lapisan yang terakhir, kukus selama 10 minit .
9. Setelah siap, sejukkan seketika adunan sebelum dikeluarkan daripada acuan.
10. Puding biskut ini sedap dimakan sejuk. Jadi bolehlah diletakkan di dalam peti untuk beberapa jam sebelum dimakan.
Pulut nangka ini macam pulut durian cuma menggunakan isi nangka yang tak kurang sedapnya. Dihidang dengan kuah santan, sajian ini sesuai sangat untuk makan petang jika inginkan kelainan.
Resipi Pulut Nangka Lemak Manis
Bahan-bahan
½ kg beras pulut (boleh juga guna 1 kg jika nak buat lebih)
4-5 ulas isi nangka – dibuang biji
½ kg santan pekat
1-2 sudu besar gula (ikut kemanisan nangka)
Secubit garam
1 helai daun pandan – disiat dan disimpul
Cara Tanak Pulut
Basuh beras pulut hingga bersih dan rendam selama 4–5 jam atau semalaman.
Toskan beras pulut dan kukus dalam pengukus selama 20–25 minit hingga separuh masak.
Angkat pulut dan siramkan dengan sedikit santan cair + secubit garam. Gaul rata.
Kukus semula selama 15–20 minit hingga pulut masak sepenuhnya, lembut dan berkilat.
Cara Buat Kuah Santan Nangka
Kisar isi nangka bersama sedikit santan hingga halus.
Tuang dalam periuk, masukkan baki santan, gula, secubit garam dan daun pandan.
Masak atas api perlahan lebih kurang 5 minit, cukup sekadar naik bau dan gula larut. Jangan sampai mendidih kuat, nanti santan pecah minyak.
Cara Menghidang Pulut Nangka Lemak Manis
Ambil isi nangka yang telah dibuang biji, buka sedikit belahan di tengah.
Sudukan pulut yang telah siap dimasak ke dalam isi nangka.
Tuangkan kuah santan nangka di atas pulut semasa menghidang atau hidang berasingan untuk dicicah.
Tip Ekstra
-Untuk rasa lebih harum, boleh tambahkan sedikit gula Melaka ke dalam kuah santan.
-Jika isi nangka kecil, boleh juga sediakan pulut dan kuah secara berasingan, kemudian cedokkan ke dalam pinggan ketika makan.
-Pulut yang berlebihan boleh disimpan dalam peti sejuk dan dikukus semula keesokan harinya.
Nak buat kuih tradisional memang memerlukan kesabaran. Walaupun ada kala bahan-bahannya tak banyak, tapi kena ada teknik membuatnya supaya sedap dan sama macam mak-mak kita buat dulu. Kuih bom adalah antara kuih tradisional yang masih tetap mempunyai peminatnya sampai sekarang. Nak membuatnya tidak menggunakan banyak bahan. Cuma tekniknya kena betul kerana tekstur kuih bom adalah agak liat. RASA kongsikan caranya.
KUIH BOM BIJAN INTI KELAPA MANIS
BAHAN UNTUK KULIT
500 gram tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Secubit Garam
Air secukupnya
Bijan putih secukupnya
CARA MEMBUAT KULIT
1. Campur tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat pada bekas.
BAHAN INTI
Kelapa parut
Gula Merah
Gula Pasir
Secubit Garam
Sedikit Air
CARA MEMBUAT INTI
1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
2. Kacau sehingga gula cair.
3. Masukkan kelapa parut.
4. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.
CARA BUAT KUIH BOM
1. Sebelum uli untuk masukkan inti, pastikan tangan dilumur dengan sedikit minyak masak.
2. Ambil doh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan gaulkan dengan bijan.
3. Buka api sederhana besar. Masukkan minyak masak.
4. Apabila minyak sederhana panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
5. Selepas kuih bom mula mengembang dan bertukar warna, kacau kuih bom sehingga masak.
TIP UNTUK KUIH TIDAK PECAH
1. Sentiasa kacau.
2. Pastikan minyak masak tidak terlalu panas sebelum masukkan kuih bom.
Anda pernah cuba donut labu? Ha…bagi peminat donut, resipi perkongsian saudari Nita-nvoo Daniels ni boleh anda cuba. Donutnya kelihatan sedap dan gebu. Kalau makan ni, mesti rasa cair di mulut. Fuhhh..Percayalah, satu je tak cukup. Nak cuba buat? Boleh cuba resipi di bawah ini.
BAHAN A:
500gm tepung gandum cap rose
50gm gula halus ( bole lebihkan jika nak manis + labu pun dah manis)
20gm susu tepung
1/2 sudu besar baking powder
10gm instant yis >>( Campurkan 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar gula dan instant yis. Sebatikan sehingga yis aktif dan berbuih)
BAHAN B:
2 biji kuning telur
3gm Ovallate
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan labu yang dikukus & dilenyek sehingga halus biarkan sejuk.
150gm air sejuk dari peti ais. >> Isi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut . Jangan isi air sekali gus nanti doh terlalu lembik. Bila doh tak melekat ditangan berhenti isi air. ( Puan Nita guna mixer. Kalau uli dengan tangan, guna air suam.)
BAHAN C:
50gm shortening / marjerin
5gm cream super ( kalau tak ada, boleh abaikan )
BAHAN D:
5gm garam
CARA MEMASAK:
Gaul rata bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan B + air sikit demi sedikit. Jangan isi sekali gus nanti doh lembik. Bila dah menjadi doh, berhenti isi air.
Masukkan bahan C dan adun rata. Masukkan juga bahan D dan gaul sebati .
Uli sampai doh menjadi licin dan elastik. ( saya guna mixer dalam 30 minit lebih kurang)
Matikan mixer dan uli dengan tangan selama 3 minit. Tak perlu perap .
Timbang doh 40gm setiap satu dan bulatkan sehingga habis adunan. ( uli sikit sehingga permukaan doh licin )
Tutup adunan dengan kain selama 15 minit.
Selepas 15 minit, tekan doh dan leperkan sedikit dengan tapak tangan. Pastikan tapak tangan disapu dengan sedikit tepung gandum.
Lubangkan adunan donut dengan nozzle atau penutup botol dan tutup dengan kain sehingga doh naik 2 kali ganda (lebih kurang 30 minit.)
Panaskan minyak dan goreng donut dengan api perlahan. Angkat dan toskan.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...