Gulai udang kacang buncis, resipi ringkas saja tapi rasanya cukup lengkap. Lemak santan yang pekat, aroma kari yang wangi, dan manis udang segar berpadu dengan rangup kacang buncis.
Pendek kata, makan satu lauk ini dengan nasi putih panas pun dah cukup buat tambah dua pinggan.
Selain itu, menu ini juga sesuai untuk sajian harian atau kenduri kecil kerana bahan-bahannya mudah dan cepat disediakan. Kalau nak lebih beraroma, boleh guna sedikit daun kari ketika menumis rempah.
½ kg udang
1 cekak kacang buncis (dipotong serong)
2 cawan santan pekat
1 paket kecil rempah kari ikan/udang
1 asam keping
Garam secukup rasa
2 bawang merah (dihiris)
1 bawang putih (dihiris)
2 sudu besar minyak masak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan ½ cawan air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang dan kacau hingga udang mula kecut.
4. Tuangkan santan pekat bersama asam keping dan garam. Kacau perlahan supaya santan tidak pecah.
5. Bila kuah mula mendidih, masukkan kacang buncis dan biar masak sekejap supaya masih rangup. Biarkan seketika kemudian tutup api.
Kredit resipi & foto: Ida Zairi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA