Gulai Nasi Berlauk Kelantan Stail. Memang Lazat Berganda-ganda .

Share

Lauk negeri pantai timur Gulai Nasi Berlauk Kelantan Stail memang popular. Cukup dengan khasiat ikan dan sayur-sayuran.

Kalau negeri lain gulai ni nampak macam masak lemak kuning . Tapi istimewanya ada telur rebus, ikan tongkol, kacang panjang dan timun dan tak perlu lauk sampingan atau nak kena masak sayur lagi. Jom kita cuba resipi perkongsian dari Rose Mawar Merah ini.

GULAI NASI BERLAUK STAIL KELANTAN

BAHAN-BAHAN ( boleh tengok sukatan dalam foto ):

10 keping ikan tongkol


2 asam keping – beli online DI SINI
5 biji telur rebus
250ml santan | kotak kecil- beli online DI SINI
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
1 sudu makan serbuk kunyit @ kunyit hidup
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi hijau – beli online DI SINI
5 tangkai cili kering – beli online DI SINI
1.5 sm lengkuas | dihiris dulu baru dikisar

10 biji cili api merah dan hijau untuk masuk terus dalam kuah
Timun | hiris tebal
Satu ikat kecil kacang panjang | dipotong dan diasing
*Ketiga bahan ini masuk akhir sekali bila gulai dah masak.

CARA MEMASAK :
1. Mulakan kisarkan bahan-bahan untuk di kisar .


2. Ikan tongkol rebus dulu letak air paras ikan aje, Nanti air ikan akan keluar. Masukkan asam keping dan garam masak hingga tinggal separuh.


3. Santan, cili api merah dan hijau, kacang panjang dan timun celur asing, masukkan last sekali bila gulai dah masak.


4. Masukkan santan dan bahan kisar di dalam periuk,masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
5. Bila kuah dah menggelegak masukkkan ikan bersama air rebusan ikan tadi. Perasakan dengan garam dan gula.


6. Masukkan kacang panjang, timun dan cili api, tunggu seketika boleh tutup api.

RESIPI BONUS SAMBAL NASI BERLAUK :

*cili besar merah,cili api,limau kasturi,cuka,garam & gula. Kisar semua

Kredit Resepi : Rose Mawar Merah

 

INGIN MENCARI MESIN PENGISAR YANG EFEKTIF DAN TERKINI, JOM BELI ONLINE DI SINI 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI IKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI:

IKLAN