
Menu yang menjadi kegemaran serta kesukaan ramai. Masak Lemak sememangnya lauk pujaan. Jika digandingkan dengan aneka ulam-ulaman dan juga sambal belacan, mak mertua lalu pun tak perasan. Untuk hidangan ini, selain ikan talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan. Jom cuba!
GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN TALANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
- 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
- 5 batang serai | diketuk
- 5 helai daun kunyit | disiat
- 2 keping asam gelugur
- 1 liter santan cair
- 2 kg santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
- Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur dan tuang santan pekat. Kacau perlahan.
- Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA:
Ini 5 Menu Masakan Cina Yang Dikongsikan Oleh Chef Patrick, Korang Boleh Cuba Ni.

Masakan Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sedap dan mengekalkan cita rasa asli dan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Lebih sedao sebab dihidangkan panas-panas dari dapur. Anda penggemar masakan Cina, berikut Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yuen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam berbesar hati berkongsi lima menu masakan Cina boleh anda cuba.
AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor ayam | bersihkan, potong kecil
- Air secukupnya | untuk rebus
- Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
- 200gm halia muda
- 75gm cuka putih
- 100gm gula
- 30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
- 1 biji telur
- 50gm tepung jagung
- Sedikit serbuk ayam
- Sedikit sos tiram
- Sedikit garam
CARA-MEMASAK
- Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
- Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
- Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
- Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging rusa
- 150gm daun bawang | hiris
- 50gm hirisan halia
- 30gm bawang putih | cincang
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
- 1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
- Sedikit serbuk ayam
- Sedikit sos tiram
- Sedikit garam
BAHAN B
- 20gm serbuk ayam
- 10gm kicap
- 10gm sos tiram
- 5gm gula
- 10gm kicap pekat
CARA MEMASAK:
- Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
- Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm udang | bersihkan
- 5gm daun kari
- 2 biji cili padi | cincang
- 2 biji kuning telur masin
- 150gm planta
- 10gm serbuk ayam
- 5gm gula
- 50gm susu cair
- Minyak masak secukupnya
- Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
- Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
- Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
- 1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
- Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
- 100gm sayuran masin | hiris
- 1 biji tomato | belah enam
- 30gm cendawan hitam | cincang
- 2 biji cili padi | hiris
- 5gm halia | hiris
- 1 biji jeruk plum
- 500gm sup ayam
- 60gm serbuk ayam
- 20gm garam
- 10gm gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
- Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
- Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
- Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
- Sedia dinikmati.
HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 700gm Hong Kong Cyoh Sam
- 200gm isi ayam | kisar
- 50gm cendawan | hiris
- 50gm bawang putih | cincang
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh kicap manis
- Sedikit serbuk ayam
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
- Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
- Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
- Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.
Siput Sedut Masak Lemak Style Pelakon Jasmin Hamid

Tak perlu ditumis. Tak perlu bawang dan minyak masak pun. Tapi rasanya tetap sedap. Inilah gaya siput sedut masak lemak yang direka oleh pelakon drama popular, Jasmin Hamid. Dalam program Rasa Anak Emak Anak Bapak Jasmin bersama anak bujangnya, Ian Haziq Macquistan telah memasak hidangan ini. OK, RASA kongsikan resipi hidangan siput sedut masak lemak gaya Jasmin Hamid yang dimasakkan sendiri oleh Haziq. Selamat mencuba korang!
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK GAYA JASMIN HAMID
BAHAN-BAHAN
2 inci kunyit
10 tangkai cili padi
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan
Air secukupnya
1 mangkuk siput sedut | dipotong hujungnya
1 keping asam keping
2 tangkai serai
2 helai daun kunyit | dihiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar kunyit dan cili padi.
2. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar tadi bersama serbuk kunyit.
3. Masukkan santan. Biarkan santan mendidih seketika.
4. Masukkan siput sedut. Tambahkan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
6. Masukkan garan dan gula. Biarkan didih seketika.
7. Matikan api dan sedia dihidang.
Resipi Pais Ikan Kembung Sedap & Boleh Masak Cara Kukus Atau Bakar

Bagi penggemar hidangan Pais Ikan Kembung, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nur Suhadah Sanusi ni. Sangat ringkas namun membuka selera. Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur. Nak masaknya pun mudah. Boleh guna air fryer, magic pan atau kukus. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
CARA MASAK PAIS IKAN KEMBUNG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 12 ekor ikan kembung saiz kecil – jika guna ikan saiz besar. Boleh ubah kuantiti bahannya
- Daun kunyit – dimayang halus
- Bunga kantan – dimayang halus
- Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR HALUS (kisar dengan sedikit air sahaja):
- 6 ulas bawang merah kecil
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup – boleh guna serbuk kunyit
- 5 biji cili padi merah – lebihkan jika suka pedas
- 1 sudu makan asam jawa
- Sedikit garam & perasa
CARA MEMASAK:
1. Ikan disiang dan dibersihkan. Pada masa yang sama, satukan bahan yang dikisar halus bersama daun kunyit dan bunga kantan. Sebatikan.
2. Sumbat ikan dengan campuran bahan kisar tadi. Balut ikan menggunakan daun pisang. Perap selama 1-2 jam.
3. Bakar ikan menggunakan air fryer pada suhu 180C selama 10 minit untuk setiap bahagian. Boleh juga masak ikan menggunakan pemanggang ajaib atau dikukus. Namun lebih sedap jika dibakar.
4. Angkat dan Pais Ikan Kembung sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Suhadah Sanusi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Leleh Terlajak Sedap & Tak Perlu Kukus
Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan
Cara Buat Doh Serbaguna. 1 Resipi Boleh Hasilkan 3 Menu Berbeza
Resipi Telur Pecah Sambal Berlado. Lauk Simple Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official