Menu gulai lemak kuning telur itik ni, memang kegemaran ramai. Sedap betul makan dengan ikan kering dan ulam-ulam.
Buat peminat gulai lemak kuning, boleh cuba resipi daripada Muliadi Ramli ini yang menggunakan telur itik.
Senang dan cepat je untuk dimasak buat lauk makan tengahari. Jom kita cuba!
GULAI LEMAK KUNING TELUR ITIK
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur itik 2 helai daun kunyit | dihiris nipis 2 batang serai | diketuk – beli online di sini 1 ½ kotak kecil santan (300ml) – beli online di sini 700ml air Garam, gula & perasa 1 sudu besar serbuk kunyit – beli online di sini 2 biji cili besar merah & hijau | belah 2 untuk hiasan – beli online di sini
1. Masukkan air, bahan kisar/tumbuk dan serai. Biarkan mendidih. 2. Lepas tu, gunakan senduk dan letakkan sedikit kuah yang mendidih tadi dalam senduk.
Ads
3. Pecahkan telur ke dalam senduk dan letak dalam periuk yang mendidih. 4. Selepas 1 minit, baru keluarkan dan masukkan ke dalam periuk. Buat sebiji demi sebiji sehingga selesai. Tujuannya supaya telur tidak pecah.
Gulai 3 isi ini memang padat dengan adanya telur itik, pucuk ubi, dan petai! Fuhhh sedap tak terkatalah kalau makan dengan nasi panas. Resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin ni pastinya membuatkan anda terliur walaupun baru baca resepinya. Jom kita cuba resepi gulai telur itik pucuk ubi dan petai ni!
GULAI TELUR ITIK, PUCUK UBI DAN PETAI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur itik
5 papan petai dibelah dua
1 keping asam keping
Sejemput ikan bilis *pilihan (biasa orang tak letak)
1 biji setengah santan kelapa
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk
Seikat pucuk ubi ditumbuk kasar/separuh lumat
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Cili api/padi ikut level kepedasan
3 batang serai
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan tumbuk bersama asam keping,ikan bilis dan santan ke dalam kuali.
2.Biarkan masak sampai mendidih agak-agak pucuk ini dah lembut.
3.Masukkan telur itik dengan perlahan dan berhati-hati.Biarkan api sederhana perlahan agar telur itik masak dengan bentuk yg bulat tidak hancur.
4.Masukkan petai penambah aroma *pilihan
5.Kalau telur itik dah masak atau separuh masak bahagian kuningnya(ini selera saya) bolehlah tutup api.
“Sedap dimakan panas dengan nasi putih,ikan masin,atau ikan goreng kunyit kosong pun dah mencukupi apalagi kalau ada sambal gesek/sambal tuktuk…”
Telur Hancur Masak Berlada ni antara lauk yang paling mudah dimasak. Ia tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya juga sangat sedap. Sesuai dinikmati bersama nasi putih panas ataupun jika dimakan bersama roti juga, sedap rasanya. Nak cuba? Saudari Chinta ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
Memasak memang memerlukan kreativiti. Ia terbukti apabila dari satu hidangan yang biasa, ia boleh diolah menjadi menu baru yang sangat enak. Sebagai contoh, resipi dari olahan Tauhu yang mudah dan berkhasiat ini. Jika dahulu, tauhu kering digunakan dalam hidangan Mi Kari dan Tauhu Bakar. Tapi siapa sangka idea kombinasi antara resipi ini mencetuskan resipi baru seterusnya menjadi tular dan popular. Sedap pula tu!
Maka ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan masakan dalam menu harian anda di rumah. Ia bukan hanya mudah disediakan tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah.
Jenis Tauhu dan Khasiatnya
Di pasaran terdapat pelbagai jenis tauhu, antara yang popular dan digunakan oleh ramai orang adalah Tauhu Putih, di mana teksturnya lebih padat,sesuai untuk dihidangan berkuah, campuran dalam masakan, dijadikan bergedel, nugget atau kroket.
Sementara tauhu kuning, tekstur lebih kenyal dan padat dan lembut dan tidak mudah hancur berbanding tauhu putih,ia lebih sedap jika dimasukkan dalam sup. Bila digoreng luarnya ranggup dan isi dalamnya lembut.
Tofu pula sejenis tauhu yang sangat lembut dan halus teksturnya, selalunya ia didatangkan dalam bentuk selinder atau empat segi siap dengan kemasan plastik jika dicampur dengan telur ia dikenali tofu telur. Untuk memasak tofu perlu lebih berhati-hati bimbang hancur. Selalu jika di capurkan dalam sup atau masakan lain, ia akan dimasuk di akhir masakan.
Di sebalik keenakan tauhu, makanan ini merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini sangat digemari di kalangan masyarakat Asia. Ia juga kaya dengan pelbagai khasiat.
Sumber nutrisi dalam tauhu memang diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu anda mencegah pelbagai penyakit. Ia termasuklah sakit jantung dan diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi.
RESIPI TAUHU BERGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN:
Tauhu kering
5-6 biji ubi kentang
Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
Bawang goreng secukupnya
1 biji bawang besar – potong dadu
2-3 sudu makan bawang goreng
Daun sup – potong halus
Serbuk lada putih secukupnya
2-3 biji telur
Garam & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
Pecahkan telur dan pukul.
Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
Sedia untuk dinikmati bersama sos.
BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai cili kering
Gula melaka atau gula merah
Bijan (disangai)
Gula biasa (kalau kurang manis)
Garam (secukup rasa)
Sedikit belacan
300ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & gambar: Izan Abd Rahman
RESIPI TAUHU TELUR TUMIS DAGING CINCANG
BAHAN-BAHANNYA:
3 batang tauhu telur
12 kuntum cendawan butang (boleh guna yang dalam tin, toskan airnya)
1 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar air
1 cawan daging cincang, taruk dalam tapis dan cuci bawah air paip, toskan
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun bawang, hiris
1 biji kecil cili merah, buang biji dan dadu kecil
1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN SOS (DISATUKAN):
2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap lemak manis
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh serbuk lada sulah (che mat tambah)
CARA MEMBUATNYA:
Tauhu telur di potong 5 atau 6 setiap 1, kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Satukan tepung jagung dengan 2 camca besar air dan kacau rata. Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu telur. Gaul perlahan dan goreng satu persatu hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Cendawan butang dihirs 3 setiap 1 biji, kemudian goreng sekejap hingga layu, angkat dan toskan. Ketepikan
Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2 camca besar. Tumis bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak hingga airnya kering dan daging cincang berubah warna. Masukkan bahan2 sos dan juga air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Baki terpung jagung untuk menggoreng tauhu telur tadi, boleh dimasukkan ke dalam kuah. Kacau dan masak hingga pekat. Kemudian boleh tambah tauhu telur dan cendawan tadi. Gaul hingga rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!!
**terung juga enak dimasak cara begini. Bagi yang tak makan daging lembu, gantikan saja dengan daging ayam
Kongsi resipi & ganbar: tiffinbiru
RESIPI TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
INfO CHEF:
Sebaiknya, kukus terlebih dahulu lebih kurang lima minit.
RESIPI TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Tauhu goreng siap dihidangkan.
INFO CHEF:
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng tauhu untuk memastikan minyak meliputi tauhu.
Cuba resipi Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras yang sedap dan mudah ini! Resipi tradisional Deepavali oleh Puan Moganavallay Nagarajan pasti memikat dengan rasa rangup dan manisnya.