Gulai Batang Pisang Antara Hidangan Lazat Dan Unik Yang Jarang Jumpa, Sekali Cuba Pasti Suka!

Share

Gulai Batang Pisang ni antara hidangan tradisional yang kian jarang ditemukan di kedai-kedai makan.  Menu ni tidak lah susah sangat nak memasaknya. Cuma untuk mendapatkan batang pisang agak susah jika di pasar raya yang ada mungkin di pasar tani dan  kedai-kedai runcit kampung. Kalau yang duduk kampung mudah la dapat. Belakang rumah je. Masakannya mudah sahaja, cuma masaknya kena lama, biar batang pisang tu betul betul lembut. Baru la sedap!

 

RESIPI GULAI BATANG PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • Batang pisang
    – ambik dari pokok yang sedang sedang je.
    – ambik teras dia yang lembut.
    – masukkan serbuk kunyit waktu nak buang getah dia.
  • 1/2 – 1 kg Daging lembu atau tulang lembu
    – dalam resepi ni Kak Ana guna daging tetel.
    – potong kecik kecik

BAHAN UNTUK MENUMIS:

  • Sedikit minyak
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga.
  • 3 tangkai daun kari


BAHAN LAIN:

  • 8 ulas bawang merah}
  • 1 ulas bawang putih } kisar atau tumbuk
  • 1 inci halia. }
  • 2 cawan santan pekat
  • 7 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu teh paste asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kerisik(optional?

 

CARA-CARA:

  1. Potong serong batang pisang tu kecik kecik. Lepas tu masukkan dalam bekas.
  2. Masukkan air dan serbuk kunyit. Gaulkan.
  3. Gunakan lidi sate atau chopstik untuk buangkan getah dia yang bertali tali tu. Tengok cara kat video ya.


Rupa yang sepatutnya ada pada gulai yang dah siap.

Kalau batang pisang tu masih putih dan nampak pucat maknanya kena rebus lagi laa. Kena ada sikit kaler tanned cenggini ya.

Kongsi resipi: Suhanna Zakaria

Sila refer video untuk cara memasak dia. Selamat mencuba! 

 

 

IKLAN