Greek Butter Cookies, Makan Sekali Pasti Nak Lagi

Share

Greek Butter Cookies merupakan salah satu biskut yang boleh dihidangkan kepada para tetamu Hari Raya nanti. Menggunakan badam yang dicincang kasar dan dibakar serta taburan gula icing menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini.

Rahsia biskut yang sedap tentuanya dengan menggunakan Mentega Anchor, 100% mentega tulen New Zealand dan diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Ringkas dan mudah je. Jom cuba nanti.

GREEK BUTTER COOKIES

BAHAN-BAHAN:

  • 225gram Anchor Butter Salted – sejuk
  • 75gram gula aising
  • 380gram tepung gandum
  • 150gram badam – cincang kasar, panggang & sejukkan
  • 50gram serbuk badam
  • 1 sudu makan rose water
  • 1 sudu makan baking powder
  • ½ sudu teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Gula aising secukupnya – untuk menyalut biskut
  • Rose water – untuk di spray atas biskut

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam food processor, satukan Anchor Butter Salted sejuk bersama gula aising, rose water dan esen vanilla lalu kacau sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung badam, baking powder lalu kaup-balikkan.
  3. Tuang adunan ke dalam mangkuk besar. Masukkan cincangan badam panggang ke dalam adunan lalu gaul menggunakan tangan hingga menjadi doh.
  4. Ambil sedikit doh lalu bulat-bulatkan dan susun ke dalam dulang pembakar yang telah disapu mentega. Tekan bahagian tengah doh dengan jadi untuk membentuk sedikit lekuk. Rehatkan dulang berisi doh ini ke dalam peti sejuk selama 5 minit.
  5. Bakar biskut di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-20 minit atau hingga keperang-perangan.
  6. Sejukkan biskut sebentar. Setelah sejuk spray kan rose water ke atas biskut lalu salutkan dengan gula aising secukupnya.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN