Ginger Scalion Chicken, Menu Sihat & Mudah Disediakan

Share

Pelbagai menu berasaskan ayam yang enak dan menjadi kesukaan ramai. Sering makan ayam yang bertumis atau bergoreng, jom kita masak ayam secara sihat dengan resipi Ginger Scalion Chicken yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan.Resipi yang lebih ringkas dan sihat.

Ginger Scalion Chicken

Bahan-bahan:

(3 orang makan)

½ ekor ayam

3 tangkai daun bawang

3 inci halia

2 ulas bawang putih

1 sudu besar minyak bijan

1 sudu kecil kicap cair

Cara memasak:

1.Halia disagat. Nak kisar pun boleh. Daun bawang dipotong halus. Bawang putih, dicincang halus.

2.Halia yang dah disagat dan daun bawang yang dah dipotong halus. Nampak ringkas ramuannya. tapi jangan risau, pasti sedap.

3.Mula-mula, goreng bawang putih sampai harum dan keperangan. Jangan lama sangat, sebab lepas angkat, dia masih bertukar warna.

  1. Tadi masa angkat, ia perang pucat. Bila dah tos dan sejukkan dia jadi warna keemasan. Simpan dahulu bawang putih keemasan ni.

  1. Kurangkan minyak dalam kuali. Sekarang, tumis halia dan daun bawang. Tak payah tumis lama sangat. Sampai aroma naik.

6.Letak semangkuk air. Lepas ni , reneh ayam dalam kuali ni.

  1. Masukkan ayam. Orang cina biasa stim ayam ni. Mereka tak masukkan terus dalam kuali. Saya malas nak stim dahulu, jadi kita reneh sahaja ayam dalam kuali.

8.OK ni bahan tak wajib, iaitu kicap cair. Saya letak sedikit. Kalau tak nak letak, cuma gantikan dengan garam. Reneh sampai ayam masak dan air tersejat.

  1. Hidang dalam pinggan, tabur bawang goreng dan daun bawang. Titis sikit minyak bijan. Rasa dia menyegarkan, sedap dimakan dengan nasi ayam. Memang sihat.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN