Makan

Gas Habis Waktu Tengah Masak, Boleh Sambung Guna Kaedah Ini

Share

Gas habis waktu tengah masak memang boleh buat kita geram. Lagi-lagi kalau lauk dah separuh siap, nak simpan balik rasa sayang, perut pun tengah lapar.

Kalau rumah jauh dari kedai atau nak tunggu gas sampai ambil masa, jangan panik. Ada trik dapur mudah yang ramai tak tahu, cuma guna tisu dan minyak masak. Kaedah ni viral di TikTok, sesuai sangat untuk kecemasan sementara tunggu gas baru.

Gas habis tengah masak , boleh sambung guna kaedah ini

1) Mula-mula sediakan tisu dan minyak masak atau minyak terpakai.

2. Tuang minyak masak dalam kuali atau atas permukaan rata tahan api seperti batu penggiling atau batu cobek.

 

2) Ambil beberapa helai tisu, keronyok dan masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak

3) Nyalakan api pada tisu

4. Letakkan stove bracket dalam kuali

 

5. Letakkan periuk dan teruskan memasak seperti biasa. Menurut perkongsian netizen kaedah ini bukan setakat boleh goreng telur, goreng ayam, masak sambal tumis sedikit pun boleh.

6. Untuk menggunakan api kecil tenggelamkan tisu lebih, jika mahu memadamkan api setelah selesai memasak, celupkan saja keseluruhan tisu dalam minyak

INFO:

  • Kalau ada minyak terpakai, lagi jimat. Asalkan minyak bersih dan tiada sisa hangit.

  • Kaedah ini sesuai untuk masakan dengan kuantiti sikit atau ringkas.

Kredit tip & foto: Nada Rafika

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose