Fuhhh! Siakap Pedas Rasa Ni Memang Kena Dengan Selera Orang Yang Suka Cili. Memang Kena Cuba.

Share

Biasanya, ikan siakap dimasak kukus atau tiga rasa. Anda juga boleh ubah citarasa dengan mencuba resipi Siakap Pedas Rasa ni. Pedas sungguh! Ada bau harum serai dan manis bawang. Memang kena cuba.

SIAKAP PEDAS RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | dibersihkan
  • Garam secukup rasa
  • 15 biji cili padi | dihiris
  • 2 batang serai | dihiris
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 6 ulas bawang putih | tumbuk kasar
  • Sos cili secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk emnggoreng
  • Daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ikan bersama garam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan hingga garing. Angkat.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis cili padi, serai, bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  4. Kemudian masukkan sos cili. Gaul rata.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya. Jika perlu, masukkan juga gula mengikut citarasa.
  6. Tuang sos pada ikan yang telah digoreng tadi. TAburkan daun ketumbar secukupnya.
  7. Sedia untuk dinikmati.

 

IKLAN