Fruits Punch

Share

Minuman yang dihasilkan dari campuran buah-buahan. Memang sangat menyegarkan. Ia sesuai disajikan diu majlis-majlis keraian dan juga dikala hari raya.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah prun | dipotong dadu
  • 30gm nanas | dipotong dadu
  • 30gm betik | dipotong dadu
  • 150gm buah-buahan campuran dalam tin
  • 30gm tembikai | dipotong kecil
  • 5 biji anggur
  • 60gm nata de coco
  • 2 sudu makan gula sirap
  • 200ml air
  • Beberapa ketulan ais

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua buah-buahan dan gaulkan rata.
  2. Tuangkan gula sirap dan kacau rata.
  3. Masukkan beberapa ketulan ais dan sedia dinikmati.
IKLAN