“For The Unsung Heroes,” Hari Ni Raja Permaisuri Agong Masak Sajian Untuk Para ‘Frontliners’ HUKM & UMMC.

Share

Sejak beberapa hari lalu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk menyediakan sajian makanan untuk para petugas kesihatan.

Keprihatinan baginda terhadap para ‘frontliners’ yang bersengkang mata dan mengerahkan tenaga dalam merawat pesakit Covid-19

sememangnya sangat menyentuh hati rakyat.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong telah menyediakan ‘food pack’ untuk para petugas di Hospital Sungai Buloh, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan ( CPRC) dan Hospital Kuala Lumpur ( HKL).

Hari ini baginda telah menyediakan sajian buat para petugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

dan Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) pula.

Antara menu istimewa hari ini adalah Kurma Telur, Ayam Masak Kerutup

dan Kubis Masak Lemak. Hmm..Nampak sedap air tangan Tuanku ni.  

Moga sajian-sajian ini menyuntik tenaga dan semangat untuk para doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ni.

Ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-9 di negara ini.

 

Sumber: Instagram airtangan_tunkuazizah

IKLAN