Fettucine Carbonara Mushroom Ringkas, Sosej dan Udang Digril Dulu. Mantaplah Rasanya

Share

Terasa nak makan pasta hari ini. Selain spageti, fettucine pun best gak dimasak sajian Carbonara Mushroom.

Cerita Cikgu Afy @ Afy AL Habibi dalam FB nya, “Sebelum kenal fettucine rasa tak tertelan dalam tekak sebab saiznya lebar dari spageti, Fuhh bila rasa sekali rupanya ketagih pula nak makan.”


.

Resipi ringkas perkongsian dari Cikgu Afy ni tak muak dan ringkas cara memasaknya.

FETTUCINE CARBONARA MUSHROOM
.

BAHAN -BAHAN :

  • Udang secukupnya
  • Sosej secukupnya
  • 1 sudu besar sos blackpepper – beli online DI SINI
  • 1/3 sudu kecil sos tiram – beli online DI SINI
  • secubit daun parsley

* Grill terlebih dahulu udang yang dibuang kulit dan sosej yang diperap dengan bahan-bahan dia atas
* Selepas masak, ketepikan.

Bahan lain :

  • 2 sudu besar minyak zaitun – beli online DI SINI
  • 2 ulas bawang putih – beli online DI SINI
  • 1 tin sos Prego Keju & Herba Pilihan
  • 1 tin air kosong | gunakan tin prego
  • 4 genggam fettucine | rebus dan tapis
  • 4 biji cendawan dalam tin atau cendawan shiitake
  • 3 cubit lada hitam kisar – beli online DI SINI
  • 1/2 sudu kecil garam bukit
  • 1/2 sudu herba campur @ mix herb

CARA MEMASAK :
1. Tuangkan minyak zaitun, dan tumiskan bawang putih yang diracik hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sos prego keju & herba pilihan , gunakan tin yang sama untuk masukkan air kosong.


.

3. Selepas kuah mula memekat, masukkan fettuccine yang sudah direbus. Potong kecil cendawan dalam tin atau cendawan shitake. Masukkan sekali.
5. Kemudian masukkan lada hitam kisar beserta garam bukit.
6. Juga herba campur. Boleh beli dekat kedai bakeri.
7. Masak lagi sehingga kuah memekat dan bersalut pada fettuccine sebelum ditutup apinya.


8. Semasa menghidang, letakkan sekali udang dan sosej yang telah digrill tadi.


.

Siap. Selamat mencuba.

Kredit foto & resipi : Afy AL Habiby
#resepicikguafy

 

INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI DI SINI :

JOM TENGOK VIDEO MENARIK NI, LEBIH BANYAK VIDEO LAGI DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial

DAN RESIPI MENARIK DI SINI : 

 

 

IKLAN