Tidak sah rasanya kalau pergi ke Terengganu tapi tak makan nasi kerabu. Di Kuala Terengganu, ada satu kedai nasi kerabu yang terkenal iaitu Fauzi Nasi Kerabu. Memang ramai yang akan makan di kedai itu untuk menikmati antara nasi kerabu tersedap di sana.
Jom Layan Gambar
.
.
.
.
.
.
Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman. Sederet dgn Kedai Buku Banggol.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Anda penggemar nasi ayam? Kunjungan ke Jeremy’s Chicks pasti memenuhi cita rasa anda.Nikmati hidangan ayam yang dimasak sempurna sehingga lembut dan berjus. Idea merealisasikan Jeremy’s Chicks berlaku pada permulaan tempoh PKP oleh pengasas bersama, Jeremy.
Di Jeremy’s Chicks, terdapat pelbagai jenis ayam Hainan asli rebus, panggang dan lain-lain untuk dihidangkan kepada semua pencinta nasi ayam di Malaysia.
Selain itu menu seperti Mi Wantan , Pak Choy, Sup Bebola Ikan dan lain-lain boleh anda pesan untuk melengkapkan hidangan anda.
Dan kali ini, hos Makan Di Mana mencuba ayam percik di restoran ini, diolah dengan enak menggunakan rempah ratus terpilih, dihidangkan bersama nasi ayam beraroma.
Ayam percik yang sedap diperap dalam sos pedas dan dihidangkan bersama nasi ayam yang gebu.Menu di sini ringkas dengan harga yang berpatutan.
Nasi wangi yang gebu adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Ia sangat wangi yang anda tidak akan berhenti mengunyah mereka bersama-sama dengan hirisan ayam yang lazat.
Selain itu cili buatan sendiri adalah satu lagi keistimewaan di restoran ini, dengan rasa pedas yang sesuai digabungkan dengan ayam anda.
Jadi, jika anda sedang mencari hidangan lazat untuk makan tengahari atau makan malam, bolehlah berkunjung atau menempah hidangan dari Jeremy’s Chicks.
Jika anda seorang peminat ramen, anda wajib singgah di gerai Ramen Heaven yang terletak di Telok Gadong, Klang, Selangor. Pelbagai hidangan ramen ada dijual di sini.
Ramen adalah makanan mi yang popular di Jepun. Selalunya mi di negara tersebut dihidang dengan pelbagai cara yang meliputi sup, tekstur mi dan juga ditabur dengan pelbagai topping untuk memberi kelainan cita rasa.
Menurut empunya gerai yang dikenali sebagai Jaafar, ramai pengunjung yang selalu mengulang makan di sini kerana teringat-ingat akan ramen yang dijual. Gerai ini mulai beroperasi sejak Oktober 2022 dan semakin ramai peminat pada hari ini.
Pun begitu, bukan hanya ada ramen yang dijual sini. Pelbagai menu lain yang menarik minat pelanggan turut ada. Misalnya nasi lemak kangkung, oden, roti bakar Milo dan cekodok legend.
“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Ada pelanggan yang datang dari jauh seperti Sungai Buloh dan Petaling Jaya. Malah ada yang datang dari Melaka. Kebanyakan pelanggan yang datang akan repeat lagi selang beberapa hari,” katanya.
Antara komen pelanggan yang buat kami gembira adalah sudah lama tak jumpa nasi lemak kangkung macam ni. Rindu zaman dulu-dulu makan nasi lemak kangkung. Ada juga yang kata sambal nasi lemak memang padu. Susah dah sekarang nak jumpa sambal macam ni. Last saya makan sambal sedap macam ni semasa kerja tahun 1990-an dulu. Ada juga pelanggan beri maklum balas oden kami sedap sebab tak berapa pedas. Anak-anak suka makan,” katanya lagi.
Oden Selambak Udang Beratur
Menu baru. Menggunakan udang segar. Setiap hidangan akan dapat antara empat hingga enam ekor udang bergantung kepada saiz udang. Resipi oden ni diperoleh daripada sahabat yang merupakan seorang chef yang ada food truck di Melaka. Kuah oden ini dimasak selama dua jam dengan 15 rempah pilihan. Jadi menu ini antara pilihan utama pelanggan. Ramen Heaven ada promosi pada setiap Rabu untuk wanita hamil iaitu diskaun 10 peratus untuk menu ini.
Roti Bakar Milo Tabur
Dua keping roti yang ditabur dengan Milo. Kemudian ada homemade coklat cair di atasnya.
Nasi Lemak Ayam Crispy
Nasi lemak yang disukai oleh pelanggan. Keistimewaannya adalah nasi lemak ini ada ayam goreng yang semestinya rangup. Dihidangkan pula dengan sayur kangkung. Sambal pula ada dua jenis yang boleh pilih sama ada Sambal Pedas Meletup ataupun Sambal Baby.
Paratha Gedik
Menu paratha ini dinamakan Paratha Gedil kerana ada telur goyang di atasnya. Dihidang dengan kuah kari yang melengkapkan cita rasa.
Cekodok Legend
Cekodok legend nama diberi. Rangup di luar, lembut di dalam. Cecah pula dengan sambal sardin. Selain cekodok legend ada juga cekodok udang dan sosej.
Turut ada menu lain seperti ini.
“Kepada anda yang tinggal di sekitar Klang, singgahlah ke gerai kami untuk menikmati pelbagai menu menarik yang kami sediakan. Saya gerenti anda takkan menyesal,” ujarnya menutup bicara.
Melalui facebook seorang chef yang dikenali dengan coklat, Chef Amer, beliau telah membongkar satu lokasi warung yang menghidangkan soto paling sedap di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Menariknya, warung ini menyediakan soto dengan cara asli iaitu ayamnya disiat-siat. Bukannya dipotong-potong. Inilah istimewanya soto di Warong Satar.
“Sotonya agak ‘clear’ tidak berempah dan terasa manis ayamnya. Ayamnya digoreng setelah direbus dan disiat-siat isinya. Inilah cara hidangan soto yang asli. Bukannya ayam yang dipotong-potong. Nasi himpit juga lembut. Selesa je masuk ke perut,” katanya.
Menurut Chef Amer, selain menu soto, ada juga menu lain seperti mi rebus, lontong, rojak dan nasi lemak.
“Hanya ‘Makan Mania’ dan jiwa yang kental sahaja berani sampai sejauh ini semata-mata untuk semangkuk soto. Apabila dah berhajat, jauh pun sanggup diredah. Siri Alas Perut di Johor meneruskan pencarian soto yang paling sedap. Terletak dalam kampung yang agak ke dalam sedikit. Warong Satar terletak di Kampung Parit Daun, daerah Parit Raja, Batu Pahat. Warungnya kecil sahaja tetapi sotonya power giler. Diusahakan oleh satu keluarga Jawa di hadapan rumah,” kata Chef Amer lagi.
Info Warung:
Nama warung: Warong Satar
Lokasi: Kampung Parit Daun, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Tutup Jumaat dan Sabtu)