Durian Tak Habis Makan Boleh Di Buat Lempuk. Sedap Dimakan Begitu Saja!

Share

Bila musin durian datang pelbagai juadah berkaitan durian akan tersenarai dalam menu harian. Tak lupa juga ‘Lepuk’ merupakan sejenis makanan yang diperbuat dari isi durian. Biasanya durian yang tidak habis dimakan atau kurang elok akan dimasak bersama gula atau nisan dan dimasak sehingga berjelira dan sebati. Lepuk sebenarnya dalam bahasa Malaysia baku dipanggil Lempuk dan ia merupakan sejenis penganan yang dibuat daripada durian dan dimasak dengan gula atau gula melaka atau gula kerek sehingga pekat.

Kadang kala buah durian mengkal akan dicampurkan bersama agar memberi rasa rangup kepada lepuk (menurut cita rasa). Lepuk kemudiannya akan dibungkus atau disimpan. Lepuk yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh disimpan agak lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama roti. Selamat mencuba!

RESEPI LEMPUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 15 biji durian – ambil isinya sahaja
  • Gula secukup rasa – agak2 ikut manis yg kita nak

 

CARA MEMASAK:

  1. masukkan kedua2 bhn kedalam kuali dan kacau dgn api perlahan..
  2. sentiasa kacau ye, kalau tak nnt dia hangit kat bahagian bawah tu..
  3. kacau hingga durian dah bertukar warna kecoklatan dan likat, maknanya berat bila dikacau..
  4. bubuh dalam bekas dan sejukkan..
  5. lempuk ni akan tahan lebih lama kalau simpan dlm freezer..

Kongsi resipi: intaidapur

IKLAN