Double Choc Chip Kudapan Rangup Untuk Dibawa Pulang Buat Yang Tersayang

Share

Ada yang siap packing pakaian untuk balik hujung minggu nanti. Tak sabar rasanya membilang hari. Sempat lagi nak buat biskut untuk bekalan sepanjang perjalanan dan buat lebih untuk kudapan bersama family di kampung. Biskut dengan teksur yang rangup ini susah nak berhenti makan. Memang layan.


DOUBLE CHOC CHIP


Bahan-bahan:
1 cawan butter
3/4 cawan gula perang-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan tepung gandum }
1/2 cawan cocoa powder } ayak-BELI ONLINE DI SINI
3/4 sudu kecil baking soda }
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan choc chip
1 cawan almond nibs /almond strips / almond flakes } sangai sekejap

Cara membuat:
1.Kacau butter, gula perang,gula halus hingga sebati.
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanilla, kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit, kacau sebati.


4.Masukkan choc chip, badam, kacau sekata.
5.Adunan memang lembik sikit, boleh tambah 2 sudu besar tepung gandum.

6.Scoop atau sudukan atau getel adunan di atas baking tray.
7.Bakar pada suhu 160°c selama 15 -20 minit ( saya tambah masa bakar untuk lrbih rangup) ikut oven masing-masing.

Kredit: Nor Azliza Mohamed

IKLAN