Ads

Dodol Kukus Cara Orang Pahang Untuk Raya. Special Tu Ada Tahi Minyak

Orang Pahang ingat tak Dodol Kukus yang atasnya ada tahi minyak, siapa yang tahu pasti mengakui keenakan manisan ini. Kuih autentik ini rasa lemak manis dan kenyal teksturnya, dan lebih sedap lagi bila ada tahi minyak di atasnya. Istimewa dihidang di Hari Raya

Sayangya kuih ini semakin dilupakan oleh golongan muda sekarang, sebenarnya kuih warisan ini tak susah membuatnya kerana ia hanya perlu dikukus sahaja, tak payah mengacau dalam kawah pun ye..

DODOL KUKUS

Dodol Kukus Cara Orang Pahang Untuk Raya. Special Tu Ada Tahi Minyak

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung pulut hitam
  • 250gm tepung pulut putih
  • 200gm gula halus
  • Tahi minyak secukupnya
  • 5ml minyak masak
  • Daun pisang | sebagai alas
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Campurkan tepung pulut putih dan hitam dalam mangkuk adunan rata.
  2. Kemudian masukkan gula dan santan, kacau rata.
  3. Tambahkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
  4. Sediakan loyang dan sapukan minyak.
  5. Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
  6. Kukus sehingga masak.
  7. Setelah masak, taburkan tahi minyak dan hidang.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:

Ads
3 Resipi Masakkan Daging Yang Sedap! | Gerenti Jadi Throwback EP 4

DAN JUGA RESIPI RAYA INI :

Nasi Daging Air Asam Morocco ,Sajian Raya Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.