
Dapur umpama ruangan terapi untuk mak-mak. Tidak kiralah sama ada dapur yang besar mahupun sederhana, tetap mempunyai tempat istimewa di hati.
Menerusi perkongsian daripada Nur Sha Mimi, walaupun rumah yang didudukinya rumah sewa, namun dia tetap kekalkan kesejahteraan di rumah terutamanya bahagian dapur.
TONTON Dapur Rasa Live: Danish Cinnamon Cheese
TONTON Kuah Rojak Mi Bersama Zabedah Jambeli
Mengekalkan deko mengikut bajet dan juga kemampuan, Nur Sha Mimi membuktikan deko simple tapi sangat bajet boleh menjadikan dapur kelihatan kemas dan menarik.
“Saya pilih konsep minimalist bajet. Ikut kemampuan je. Deko simple tapi sangat bajet. Barangan dapur majoriti beli di eco shop, ninso dan shopee aje.
“Ada juga sahabat-sahabat dari group deko yang beri beberapa hadiah kepada saya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
“Barangan dapur yang nak guna setiap hari sahaja, saya simpan dalam dapur.
“Ini supaya mudah nak cuci dan kemaskan. Anggaran kos saya siapkan deko bajet ni dalam RM300-RM400 sahaja. Alhamdulillah, buat sikit-sikit dari awal.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
“Rumah saya ni rumah sewa je. Saya nak bagi inspirasi dan manfaat pada semua orang. Walaupun rumah sewa, tetap kena cantik dan kemas.”
Kredit: Nur Sha Mimi
Lagi artikel tentang hiasan, deko dapur di laman web Rasa:
Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad
Kos Tak Sampai RM1,000, Lelaki Ini Berjaya Siapkan Kabinet Dapur DIY
Hikmah PKP, Lelaki Ini Berjaya Cantikkan Ruang Dapur Dengan DIY Coffee Cabinet
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rupanya Guna Bahan Ini, Barulah Air Cocktail Sedap Ada ‘Kick’
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Pengat Pisang Nangka Bersagu, Boleh Makan Berbuka dan Moreh.

Pengat Pisang Nangka Bersagu yang manis ni memang sajian pencuci mulut yang enak dinikmati lepas berbuka. Lepas terawih nanti boleh ulang makan.
Kalau nak kenal Pisang nangka ni isinya berwarna krim putih, teksturnya halus dan lembut serta sedikit masam. Berat tandan lebih kurang 12-14kg. Bentuknya jejari bersegi dan memanjang dan sesuai digoreng dan dibuat juadah seperti pengat. Nak bagi pengat pisang meletop sedapnya, masukkan sagu sikit. Jangan banyak-banyak pekat pulak jadinya.
PENGAT PISANG NANGKA BERSAGU
BAHAN-BAHAN
Pisang Nangka
Gula kabung/kerek
Santan
Daun pandan
Sedikit garam
Sagu
CARA PENYEDIAAN :
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk kecuali pisang & sagu.
2. Masak dengan api yang slow je sebab takut pecah minyak nanti kuah jadi tak cantik
3. Bila santan dah mendidih masukkan pisang & sagu
5. Masak sampai pisang lembut. Siap!
Via FB : Resepi Masakan Terkini
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Keperihatinan Yang Di Pertuan Agong Menyentuh Hati Rakyat

Segala ketidak tentuan telah terjawab. Umum mengetahui Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Bagaimanapun baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pendirian baharu Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.
Selaku Perdana Menteri sementara, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli Kabinet baharu dibentuk. Rakyat hanya mampu menanti dan melihat perkembangan politik seterusnya dengan tenang.
Inilah wajah Tun Mahathir yang kelihatan tenang dan menjalankan tugas seperti biasa. Dalam laman instagram chedetofficial, kata beliau ia adalah satu lagi hari biasa di pejabat ,”Just another day in the office”.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim. Dr Mahathir dilihat memasuki Perdana Putra, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, pada pukul 9.29 pagi tadi..
https://www.instagram.com/p/B8-hHj5hPbX/
Dalam pada itu pihak media ynng bertunggu tangga di hadapan Istana dan gigih mendapatkan berita dan maklumat terbaru tentang perkembangan politik negara turut dikejutkan dengan keperihatinan Yang DiPertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Baginda berkenan berangkat (turun padang sendiri ) mengurniakan makanan tengah hari MC D kepada petugas media yang membuat liputan di Pintu 2 Istana Negara.
https://www.instagram.com/p/B8-2GUvn2kF/
Sebelum ini petugas media dikurniakan KFC. Dalam keadaan begini kemurahan hati dan keperihatinan YDPA amat-amat dihargai.
Terima kasih Tuanku.
https://www.instagram.com/p/B88pxVrnaJR/
Pejabat Perdana Menteri dan Yayasan Perintis Malaysia juga turut prihatin menyediakan pelbagai jenis minuman dan makanan kepada kumpulan media yang berkumpul di hadapan pintu masuk pejabat berkenaan di Putrajaya.
Penghantaran minuman dan makanan dilakukan oleh dua pegawai pejabat berkenaan pada jam 2.30 petang manakala wakil Yayasan Perintis Malaysia pada jam 2.50 petang di pintu awam dan pintu protokol pejabat pemimpin negara itu.
Bekas Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik juga sempat memberi air kotak kepada pengamal media sebelum memasuki Istana Negara.
Peranan wartawan dan petugas media sememangnya amat penting dalam menyalurkan maklumat terkini kepada rakyat.
Moga negara kita terus aman dan sejahtera.
Sumber : Sinar Harian , Astro Awani
5 Biji-bijian Super Sihat Ni , Harus Anda Jadikan Snek Ringan . Usah Makan ‘Jajan’ Lagi…

Biji-bijian yang asalnya adalah dari biji benih mempunyai segala khasiat mencukupi untuk ia tumbuh membesar menjadi tumbuh-tumbuhan. Jadi bila dijadikan makanan dan snek ringan memang penuh nutrisi.
Eloknya dipanggang atau disangai aje, jangan pula ditambah gula. Buat sendiri lagi terbaik, beli biji-bijian mentah buat sendiri, Dah tentu tak ada perasa, gula atau garam berlebihan. Barulah kekal khasiatnya.

Snek ringan ini memang kaya dengan sumber serat. Ia juga mengandungi asid lemak tak tepu iaitu asid lemak sihat monounsaturated dan lemak polyunsaturated serta banyak kandungan vitamin, mineral dan anti oksidan.
Ia boleh menjadi sebahagian amalan diet sihat terbaik yang dipercayai boleh mengurangkan paras gula darah, kolestrol dan tekanan darah.
Jom semak 6 biji-bijian super sihat nih :
*RDI merujuk kepada pengambilan nutrisi mencukupi untuk keperluan tubuh sihat, Amerika Syarikat)
1. FLAXSEEDS ( Biji flaks )

Flaxseeds adalah sumber serat dan asid lemak omega 3 yang baik terutamanya asid alpha linolenic (ALA). Bagaimanapun asid lemak omega 3 ini hadir dalam kulit luar biji yang sukar dihadam oleh manusia. Cara terbaik eloknya dimakan flaxseed yang sudah dikisar (serbuk).
Setiap 28m flaxseeds mengandungi nutrisi :
Kalori : 152
Fiber : 7.8gm
Protein :5.2gm
Lemak Monounsaturated (tak tepu) : 2.1gm
Lemak Omega 3 : 6.5gm
Manganese : 35 % daripada RDI (Reference Daily Intake )
Thiamin (vitamin B1) : 31% daripada RDI
Magnesium : 28 % daripada RDI
Flaxseeds juga mengandungi beberapa polyphenols berbeza terutamanya lignan yang bertindak sebagai anti oksidan di dalam tubuh.
Lignan seperti juga serat dan lemak omega 3 kesemuanya membantu mengurangkan kolestrol dan beberapa faktor risiko penyakit jantung. Kajian mendapati flaxseeds boleh menurunkan paras kolestrol LDL (jahat) dalam badan.
Terdapat kajian yang menunjukkan ia boleh menurunkan tekanan darah jika dimakan setiap hari selama lebih dari 12 minggu. Khasiat lain ia juga dipercyai boleh mengurangkan risiko kanser.
Lignan di dalam flakseeds juga mengandungi phytoestrogens yang mempunyai persamaan dengan hormon estrogen wanita jadi ia boleh mengurangkan pertumbuhan tumor kanser payu dara. Juga ia diyakini dapat mengurangkan paras gula darah dan mengurangkan risiko diabetis.
2. BIJI CHIA

Pernah dengar biji chia. Anda boleh juga memasukkan dalam minuman. Kaya dengan serat dan omega 3 di samping nutrisi lain.
Setiap 28gm biji chia mengandungi nutrisi :
Kalori : 137
Fiber/serat : 10.6gm
Monounsaturated Fat (lemak tak tepu) : 0.6gm
Lemak omega 3 : 4.9gm
Lemak omega 6 : 1.6gm
Thiamine (vitamin B1) : 15% daripada RDI
Magnesium : 30 % daripada RDI
Manganese : 30 % daripada RDI
Seperti flaxseeds ia juga dikatakan mengandungi antioksidan penting polyphenols. Menariknya terdapat kajian yang menyatakan biji chia boleh meningkatkan paras ALA iaitu asid lemak omega 3 yang boleh menurunkan keradangan.
Biji Chia juga dipercayai dapat menurunkan paras gula darah. Biji chia yang sudah dikisar menjadi serbuk boleh dimakan sebaik selepas makan untuk menurunkan gula darah dengan lebih efektif.
Manfaat lain adalah ia boleh mengurangkan selera makan , baik untuk mereka yang berdiet. Dan boleh mengurangkan penyakit jantung.
Lebih mengagumkan biji chia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan akibat bahan kimia yang diambil oleh tubuh.
3. BIJI BIJAN

Di negara barat dan Timur Tengah bijan dikenali sebagai tahini.
Setiap 28gm bijan mengandungi nutrisi :
Kalori : 160
Fiber/ serat : 3.3 gm
Protein : 5gm
Lemak Monounsaturated (lemak tak tepu) : 5.3gm
Omega 6 : 6gm
‘Copper’ : 57% daripada RDI
Manganese : 34% daripada RDI
Magnesium : 25 % daripada RDI
Seperti flaxseeds ia juga mengandungi banyak lignans, dan salah satunya disebut sesamin. Sebenarnya bijan adalah sumber terbaik lignans.
Sesamin dalam bijan boleh bertukar menjadi sejenis lignan yang lain iaitu enterolactone oleh bakteria baik dalam usus. Ia bertindak seperti hormon seks estrogen yang berkait boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser payu dara.
Ada kajian yang menyatakan wanita pos-menopos yang memakan 50gm serbuk bijan setiap hari selama lima minggu dikatakan mengalami kadar penurunan kolestrol dalam darah dan meningkatkan status hormon seks.
Bijan juga dipercayai menurunkan keradangan dan ketegangan oksidatif termasuk arthritis dan kerosakan otot.
4. BIJI LABU

Biji labu rasanya lemak manis memang jadi kegemaran. Tapi bukan yang putih tu ya, yang masin betul tu. Tu dah diproses
Ia sumber yang kaya dengan fosforus, lemak monounsaturated dan Omega 6.
Setiap 28gm biji labu mengandungi nutrisi :
Kalori : 151
Fiber : 1.7gm
Protein : 7gm
Lemak monounsaturated (lemak tak tepu) : 4gm
Lemak Omega 6 : 6gm
Manganese : 42% daripada RDI
Magnesium : 37% daripada RDI
Fosforus : 33% daripada RDI
Biji labu adalah sumber yang baik mengandungi phytosterols yang boleh membantu menurunkan kolestrol darah.
Dikatakan mereka yang mengambil biji labu dan biji bunga matahari menunjukkan pengurangan risiko kanser payu dara. Dan juga mengurangkan risiko batu karang dengan menurunkan jumlah kalsium dalam air kencing.
Kajian menunjukkan minyak biji labu boleh membantu memperbaiki simpton gangguan prostat dan pundi kencing. Di kalangan wanita post menopos pula baju labu juga dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan darah, meningkatkan HDL kolestrol (baik) dan mengatasi masalah simpon menopos.
5. BIJI BUNGA MATAHARI

Biji bunga matahari mengandungi jumlah protein, lemak mounounsaturated, dan Vitamin E.
Setiap 28gm biji bunga matahari mengandungi nutrisi :
Kalori : 164
Fiber/serat : 2.4gm
Protein : 5.8gm
Lemak monounsaturared (lemak tak tepu) : 5.2gm
Lemak Omega 6 : 6.4gm
Vitamin E : 47% daripada RDI
Manganese : 27% daripada RDI
Magnesium : 23% daripada RDI
Biji bunga matahari sering dikaitkan dengan penurunan keradangan di kalangan orang pertengahan usia dan warga emas. Bijian ini dikatakan boleh menurunkan risiko penyakit jantung.
Terdapat kajian yang mendapati memakan biji labu boleh mempengaruhi parass kolestrol darah di kalangan wanita post menopos yang mengalami diabetes tahap 2.
Didapati diet biji bunga matahari mengurangkan triglycerides di dalam darah lebih dari memakan badam. Bagaimana pun, biji bunga matahari juga turun menurunkan paras HDL kolestrol (baik), bermakna ia mengurang kan kedua-dua kolestrol baik dan jahat.

Kesemua biji-bijian ini juga boleh ditambah ke dalam salad, yogurt, sajian oat dan ‘smoothies’ selain dijadikan snek ringan.