Dapur merupakan ruang kedua penting selepas ruang tamu. Sudah tentu kita mahukan keselesaan dan sempurna mata apabila berada di di dapur. Walaupun terhad namun jika pandai susun aturnya akan akan tampil menarik dan buat kita rasa nak lepak lama di sini.

Terpulang kepada citarasa anda nak membina ruang dapur dengan konsep yang bagaimana. Melihat dapur yang satu ini, dicetuskan dengan konsep Raw Industrial tidak kurang menariknya.

Menurut pembinanya iaitu Zuryat Abadi Mustan sememangnya berkemahiran bertukang diminta oleh teman baiknya iaitu Hazli dan Anizan untuk membina dapur basah yang praktikal sekaligus menarik di mata.Keluasan dapur ini hanyalah 8′ x 12′ bersamaan 96 kaki persegi sahaja.

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Dapur sedia ada dikuasai isterinya. Hazli diminta oleh isterinya untuk bina dapur baru. Pertama kerana dapur sedia ada mempunyai masalah dengan sinki yang terlalu kecil. Kerap jadi masalah apabila memasak,mengemas dan membasuh. Sukar nak mencuci kelengkapan memasak.

Kedua kedudukan dapur yang tidak sesuai untuk memasak dan buatan dapur asal yang terlalu banyak masalah seperti air dari singki tumpah ke bawah bila mencuci. Serba tak kena.Tiada tempat memotong bahan basah.Tiada tempat meletak alatan memasak yang sesuai.Keadaan dapur yang terlalu banyak kekurangan.Jadi isteri Hazli minta buatkan dapur tambahan untuk memasak yang orang kata betul-betul untuk memasak.

Menurut Zuryat, dia banyak bina dapur berkonsep indusri jadi teman baiknya mahukan konsep yang sama dibina untuk kediamannya.Idea dan susun atur adalah mengikut kesesuaian cara masakan tuan rumah.

Asalnya nak bina dapur untuk suami. Tapi bila isteri Hazli berhubung dan berbincang tentang dapur baru ini. Akhirnya dapur jadi milik isteri juga.

Konsep Raw Industrial ini memang konsep yang kasar,nampak cincai dan kasar. Ini bukan kerja pertama Zuryat buat untuk Hazli malah turut membuat memang kerja-kerja pertukangan dan hiasan untuk rumah Hazli.

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

IKLAN

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Teman saya beli segala bahan diperlukan kemudian saya pula bina. Kebetulan semasa kerja ni bermula. PKP pula dilaksanakan.Jadi saya memang berkelapangan kerana bidang binaan tidak boleh meneruskan kerja. Saya duduk dan bermalam di rumahnya sehinggalah siap projek dapur basah ini. Buat pun sambil santai-santai. Kebetulan aksesori untuk dapur ini sudah beli lebih awal. Lain-lain peralatan memasak banyak dibeli di kedai RM2,Mr. DIY dan Ninso. Ditambah dengan alatan dapur yang menjadi koleksi isteri teman saya ini.

Idea ini datang bila saya kerap membina binaan yang berkonsep industrial. Contohnya menerap bata tanpa lepaan. Faktor lain yang mendorong saya ketengah konsep ini kerana ia umpama trend bagi kebanyakan orang. Untuk konsep industrial ini sahaja sebenarnya banyak pecahan lain dan kategorinya. Yang ini Raw Industrial Concept. Ada yang ambil konsep Nordic,ada yang ambil konsep farmhouse(lebih kepada penggunaan kayu). Saya ambil yang mix all concept oleh itu dipanggil Raw. Ada penggunaan kayu,besi,bata dan batuan.Konsep ni bercelaru,bersepah tapi menarik .Tapi sebenarnya nak buat yang nampak raw lebih susah dari nak buat yang kemas.

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Projek dapur ini bermula ketika PKP 2. Ambil masa lebih kurang sebulan untuk disiapkan. Agak lambat sebab masa ini nak dapatkan bahan agak terhad dan sudah pasti pergerakan juga terhad. Sampai bergaduh dengan pembekal bahan binaan sebab tidak mahu jual dan hantar bahan. Bahan binaan seperti besi juga terlalu mahal. Boleh dibeli tetapi tidak boleh dihantar. Jadi banyak kali jugalah kerja tertangguh.

IKLAN

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Apabila ianya siap sempurna sudah tentulah perasaan puas hati dan bila mana pemilik juga berpuas hati.

Puas bila kita dapat realisasikan idea pemilik yang selari dengan idea dan keinginan kita.Kepuasan dirasai sebab sama-sama buat dari A-Z. Sampaikan hiasan deco dibuat sekali.

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

IKLAN

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Teman Baik Berjaya Bina Dapur Basah Konsep Raw Industrial Dengan Keluasan Yang Terhad

Perkongsian: Zuryat Abadi Mustan

Kuih Telur Kubis. Resipi Tradisi Orang Terengganu Yang Sangat Sedap

Tak Uli Beria Tapi Gebu. Resipi Donat Kampung Ni Memang Patut Cuba

Guna Udang Segar. Ini Rahsia Buat Inti Cucur Badak Yang Sedap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI