Authentic, Yummy, Amazing…menjadi panduan dalam setiap ciptaan produk dan resipi kami.

Memulakan perniagaan kerana anak perempuannya, pemilik AYA, Aishah Ishak cuma mahukan pemakanan yang terbaik untuk anaknya. Mengangkat nama anaknya AYA sebagai jenama syarikat.

Dato’ Fazley, Duta Jenama AYA Real Food Kongsi Olahan Menu Menggunakan Produk Ini

AYA Real Food adalah sebuah syarikat pembuatan makanan yang bertapak di Taiping dan kini berpengkalan di Kuala Lumpur. AYA menjual sos dan sambal sedia untuk dimasak dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Dato’ Fazley, Duta Jenama AYA Real Food Kongsi Olahan Menu Menggunakan Produk Ini

Seperti ibubapa yang lain, saya cuma mahukan anak perempuan saya mendapat nutrisi pemakanan yang seimbang dan mencukupi. Pengambilan makanan yang sihat membentuk tubuh badan dan minda yang sihat.”

Melihat kepada keadaan yang berlaku sekarang, pengguna kini lebih mementingkan kesihatan berkaitan dengan makanan yang mereka ambil. Ini menjadikan jenama AYA sebagai jenama nombor 1 Malaysia yang disahkan Halal, gluten-free, mesra vegetarian, tiada MSG dan bebas dari sebarang bahan pengawet dan pewarna.

“Sebagai peminat makanan dan AYA sebagai satu jenama, kami berdiri teguh dengan prinsip syarikat kami. Kami mahukan yang terbaik untuk pengguna kami makan tanpa mengandungi bahan yang tidak sihat. Bagi saya, sekiranya tidak baik untuk kami sekeluarga, kenapa kami perlu kongsi dengan pengguna kami”

Dato’ Fazley, Duta Jenama AYA Real Food Kongsi Olahan Menu Menggunakan Produk Ini

Dato’ Fazley juga berkongsi prinsip dan idealogi yang sama dari segi makanan dan minat beliau yang mendalam, sangat sesuai untuk menjadi Duta Jenama AYA. Dikenali ramai sebagai personaliti TV, ahli perniagaan dan chef, Dato’ Fazley akan menyediakan menu istimewa menggunakan produk AYA di Bistro SukaSucre untuk pelanggannya.

Menjadi duta jenama AYA selama dua bulan, Dato’ Fazley akan mempromosikan produk AYA bukan sahaja di restoran beliau tetapi juga melalui saluran sosial media. Beberapa sesi “live” di sosial media akan berlangsung dan aktiviti yang akan diadakan.

“Dengan adanya produk AYA di Bistro SukaSucre, pelanggan boleh mendapat inspirasi dari menu yang disediakan, teruja dengan rasa yang sedap, membeli produk AYA di sini dan boleh terus memasak di rumah,” kata Dato’ Fazley.

Dato’ Fazley, Duta Jenama AYA Real Food Kongsi Olahan Menu Menggunakan Produk Ini

Dato’ Fazley, Duta Jenama AYA Real Food Kongsi Olahan Menu Menggunakan Produk Ini

Dato’ Fazley, Duta Jenama AYA Real Food Kongsi Olahan Menu Menggunakan Produk Ini

Dato’ Fazley, Duta Jenama AYA Real Food Kongsi Olahan Menu Menggunakan Produk Ini

Tujuan utama AYA diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna yang mencari makanan yang sedap, bersih dan sihat. Semua sos AYA mudah digunakan dengan pelbagai cara masakan. Antaranya adalah sebagai sos pencicah, pembuka selera, lauk pauk, bahan perapan malah untuk makanan anak anak juga.

Biskut Mazola Sekali Kunyah Rasa Cair Dimulut

Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Ini Cara Masak Crispy Beef

http://www.rasa.my/cucur-nasi-pembuka-selera-yang-sedap-dan-mengenyangkan/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI