Air tangan VIP kali ini mendekati Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Selangor merangkap Ketua Biro Ekonomi Wanita PKR Malaysia. Dalam masa yang sama wanita ayu ini juga adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Namun dalam kesibukan menggalas tiga tanggungjawab ini, Datin Anizan Othman tetap menjadikan aktiviti memasak sebagai rutin hariannya di rumah. RASA sempat menikmati juadah air tangannya yang enak.
.
Tiga juadah sudah dihidangkan adalah Rendang Kerang Semadi, Udang Petai Tempoyak Bonda pencuci mulut Sagu Sayang Bermandi Santan. Wah, hebat sungguh ‘penjenamaan’ semula nama resipi olahan Datin Anizan, puitis juga orangnya.
Untitled design (19).
“Resipi yang saya masak hari ini kesemuanya kesukaan anak-anak yang juga penggemar makanan laut . Sebenarnya semua orang boleh memasak, orang tak pandai masak pun boleh buat. Nak masak ni kena rajin, antara nak dengan tak hendak sahaja. Saya pun taklah pakar sangat dalam bab memasak tetapi kita kena ambil tahu hal memasak ni,” kata ibu kepada empat cahaya mata yang sudah dewasa dan remaja.
Ceritanya lagi arwah ibunya memang pandai memasak. “Arwah taklah mengajar saya secara langsung dan tidak pernah mendesak anak memasak, tetapi ibu gemar menegur jika ada yang terkurang rasa setiap kali menikmati masakan saya. Alhamdulillah, ibu memang suka masakan saya, dia beri kepercayaan penuh dalam bab memasak ini kepada saya, “ujarnya lagi yang baru ‘kehilangan’ ibunya pada tahun lalu.
Di antara petua memasak yang menjadi amalannya ialah bila memasak rendang batang serai hanya diketuk tetapi jika untuk daging serai perlu dikisar. Kerang juga perlu dibasuh sebelum rebus, dan usah basuh selepas mengopek kerana ia menyebabkan kerang hilang manisnya. Bagi udang masak tempoyak pula Datin Anizan lebih suka menggoreng petai sebentar sebelum dimasukkan dalam masakan untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Ads
Bagi isteri kepada ahli perniagaan Dato Rosdin Datuk Mohd Yusof, 54 tahun ini beliau sentiasa mementingkan selera suami dan anak-anak apabila memasak. Air tangan isteri dan ibu itu juga mungkin antara penguat kasih sayang yang menceriakan keluarga bahagia ini.
RENDANG KERANG SEMADI
BAHAN-BAHAN :
2kg kerang | direbus, kopek dan ambil isi
1 biji kelapa | dibuat santan pekat
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan kicap manis
1 helai daun kunyit | diracik halus
3 helai daun limau purut
2 batang serai | diketuk
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Bahan kisar :
Ads
3 sudu makan cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1. 3sm halia
1.3 sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar, bila pecah minyak masukkan kicap manis
Masukkan air asam jawa.
Masukkan kerisik, santan dan serai.
Bila santan hampir kering masukkan kerang dan garam secukup rasa
Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
UDANG PETAI TEMPOYAK BONDA
.
BAHAN-BAHAN :
Ads
1kg udang saiz sederhana
3 papan petai dibuang kulit | digoreng separuh masak
½ cawan tempoyak
½ cawan santan
½ cawan air
3 sudu makan minyak masak
1 helai daun kunyit | diracik
½ sudu gula
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
1.3sm kunyit hidup
1.3sm halia
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan tumbuk
Masukkan air, santan dan tempoyak
Bila pecah minyak dan sedikit kering masukkan gula dan petai
Kemudian masukkan udang, garam dan daun kunyit
SAGU SAYANG BERMANDI SANTAN
BAHAN-BAHAN :
300gm sagu mata ikan
Sedikit Pewarna merah
Santan pekat secukupnya
Secubit garam
3 ketul gula Melaka
CARA MEMASAK :
Sagu dibasuh bersih, kemudian direbus di atas api sederhana.
Masukkan pewarna merah
Didihkan gula melaka dengan setengah cawan air, kemudian masukkan daun pandan.
Masukkan santan pekat dan secubit garam
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Istimewa buat penggemar pastri manis, aneka resipi manisan moden ini sesuai untuk anda cuba. Memang memikat selera! Nak buat pun tidak renyah mana. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
1. WOOPY PIE
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega bergaram
200gm gula perang
1 biji telur gred A
260gm tepung serbaguna
60gm serbuk coklat
1 1/4 sudu teh serbuk penaik
250gm yogurt asli
1 sudu teh esen vanila
2 sudu air suam
BAHAN INTI:
250gm krim keju
1 cawan krim putar
4 sudu besar gula kastor
CARA MEMBUAT:
Pukul gula perang dengan mentega sehingga sebati dan campurkan dengan mentega dan esen vanila. Masukkan pula yogurt.
Seterusnya masukkan semua bahan kering dan air suam dan pukul perlahan sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam beg paiping. Paipkan adunan (jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar). Bakar selama 10 minit pada suhu 150C.
Untuk membuat inti, pukul krim keju yang dikeluarkan terus dari chillerdengan gula kastor sehingga kembang. Gunakan kelajuan rendah. Masukkan krim putar dan sebatikan.
Kemudian paipkan inti di atas pai yang sudah disejukkan dan tindan satu lagi pai di atasnya.
INFO CHEF:Sebagai optional, anda boleh membuat inti dengan 1/2 cawan mentega kacang dicampur dengan 1/2 cawan krim keju.
2. NUTELLA CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
260gm tepung
250gm mentega asli
70gm gula aising
1 sdu teh garam
BAHAN TOPPING:
226gm krim keju
226gm krim putar
2 sudu makan gula
170gm nutella
CARA MEMBUAT:
Sebatikan semua bahan tat dan ratakan atas acuan. Kemudian dibakar selama 25 minit pada suhu 150C.
Untuk membuat toppingpula, pukul krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan pula krim putar dan nutella. Sebatikan.
Tuangkan topping ke atas kulit tat yang sudah disejukkan sebelum dipotong.
INFO CHEF: Sebaiknya, simpan tat yang telah diratakan bahan topping dalam peti ais sebelum dipotong.
3. JAPANESE CREAMPUFF
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
125gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh gula
100gm mentega
3 biji telur
BAHAN PUFF CRUST:
85gm tepung
50gm gula
65gm mentega
1/2 biji kuning telur
BAHAN INTI:
2 cawan susu penuh krim
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung
1 sudu teh esen vanila
60gm mentega
CARA MEMBUAT:
Masak air bersama mentega sehingga menggelegak dan matikan api. Masukkan tepung dan kacau sebati.
Kemudian hidupkan api dan masak tepung. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
Biarkan adunan sebati dan masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
Untuk membuat puff crustsebatikan semua bahan dan bentukkan menjadi doh. Rol adunan dan potong segiempat. Letakkan ke atas adunan yang dipaip tadi dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
Untuk membuat inti, Panaskan susu. Dalam bekas lain campurkan telur, gula dan tepung. Ambil 1/2 cawan susu yang dipanaskan tadi dan campurkan dalam adunan tepung. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam lebihan susu. Kacau atas api sehingga masak dan masukkan mentega. Kemudian disejukkan.
Paipkan inti ke dalam pastri yang dibakar dan boleh dinikmati.
INFO CHEF:Pastikan pastri disejukkan sebelum dipaipkan inti.
4. ECLAIRS WITH CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
125gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh gula
100gm mentega
3 biji telur
BAHAN INTI:
2 cawan susu penuh krim
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung
1 sudu teh esen vanila
60gm mentega
BAHAN GANACHE:
2/3 cawan cip coklat
1/2 cawan krim putar
CARA MEMBUAT:
Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak.
Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan.
Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.
INFO CHEF:Selain menggunakan ganache, anda juga boleh membuat fruit compote untuk diletakkan atas eclair.
5. FRAMBOZEN KENARI
BAHAN-BAHAN (SHORTBREAD):
100gm mentega
40gm gula kastor
280gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
150gm jem rasberi
120gm emping badam
BAHAN MERINGUE:
60gm putih telur
30gm gula kastor
60gm gula aising
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUAT:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang kemudian masukkan tepung gandum. Kemudian tuangkan adunan ke atas loyang pembakar dan cucukkan dengan garfu. Bakar selama 40 minit selama 150C.
Setelah adunan masak, ratakan jem rasberi di atasnya dan taburkan emping badam.
Untuk membuat meringue, pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan gula. Kemudian masukkan pula tepung jagung dan esen vanila. Pukul lagi sehingga ‘bertanduk’.
Ratakan meringuedi atas sapuan jem atas adunan. Kemudian taburkan emping badam sekali lagi.
Bakar sekali lagi selama 30 minit pada suhu 140C.
INFO CHEF:Untuk tekstur yang lebih rapuh, anda boleh mencampurkan sedikit serbuk kacang hazel ke dalam adunan frambozen.
Lempeng kelapa sesuai dijadikan sarapan. Kalau di kampung, inilah yang sering dijadikan hidangan pada pagi hari. Cicah pula dengan sambal bilis. Nikmat tak terkata.
Hidangan ini sesuai sangat digandingkan dengan secangkir kopi panas. Memang padu! Nak dapatkan cara untuk menghasilkan lempeng kelapa yang sedap? Jom ikuti perkongsian resipi daripada Salwani Ibrahim ini.
LEMPENG KELAPA SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
½ biji kelapa parut (kalau dapat kelapa muda lagi sedap)
3 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)
2 biji telur
1 sudu kecil garam
3 sudu besar marjerin (yang dicairkan)
Air suam
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kandungan air suam agak-agak sahaja seperti bancuhan tepung pisang goreng.
Sendukkan aduanan dalam kuali non stick tanpa minyak. Ini kerana dalam adunan dah ada marjerin.
Masak kedua-dua bahagian hingga bertukar warna keperangan.
Bila tiba raya, hidangan tradisi seperti Ketupat Lemak Manissemestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari Che Na Pokteh ni boleh dicuba. Sangat sedap kerana ada penambahan pulut hitam dan juga kacang. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KETUPAT LEMAK MANIS @ KETUPAT KACANG PULUT HITAM
1.Gaul beras pulut bersama pulut hitam. Kemudian kukus sehingga masak.
2.Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian gaul bersama santan yang telah dicampur dengan garam. Sukatan garam agak-agak sahaja.jangan masin sangat.
3.Kemudian kukus pulut sekali lagi hingga masak.
4.Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas. Gaul dengan gula hingga sebati. Sukatan gula juga ikut selera masing-masing.
5. Setelah sebati baru masukkan kacang ketupat yang telah direbus tadi.
6.Bungkus pulut dengan daun palas kemudian kukus sekali lagi hingga daun palas bertukar warna.
7. Angkat, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
INFO: Jika nak buat Ketupat Lemak, tidak perlu tambah gula.
Nak buat roti homemade yang lembut dan gebu? Cuba resipi Wool Roll Bread ini. Mudah, sedap dan hasilnya macam roti bakeri profesional! Ikuti langkah-langkah lengkap di sini.