Orang kata ikan masin, lauk pembuka selera, tetapi bila terlalu masin bahaya juga untuk kesihatan. Bagi mengatasi masalah ini, berikut tip mudah yang boleh bantu kurangkan rasa masin melampau dan anda boleh menikmati ikan masin dengan lebih sihat. Cubalah salah satu dari tiga tip berikut:
Rendam Dengan Air Biasa
Rendam ikan masin dengan air basa selama 12-24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang-kurangnya anda kena tukar air rendaman 3-4 kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak toskan airnya
Rendam Dengan Air Garam
Rendam ikan masim dalam air garam ( 2 liter air tambah 1 sudu akan garam). Biarkan selama 5-10 minit. Cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masih, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas direndam toskan.
Ads
Rendam Dengan Air Panas
Cara ini juga mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih dari 10 minit ye! Toskan betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.
Ini berita baik untuk korang yang menghidap darah tinggi? Atau sedang menjauhi penyakit pembunuh senyap ini. Sebaliknya sebelum berhadapan dengan masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung, buah pinggang, stroke dan lain-lain, korang boleh amalkan pengambilan lima makanan sihat ini sebagai langkah awal pencegahan penyakit tekanan darah tinggi.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun satu contoh lemak sehat yang mengandung polifenol, berperan untuk mengatasi peradangan yang membantu mengurangi tekanan darah. Minyak zaitun juga alternatif menggantikan beberapa bahan masakan, seperti minyak, margarin dan mentega.
Dark Chocolate
Selain sedap dark chocolate juga bermanfaat membantu mengurangi tekanan darah tinggi. Salah satu bahan dasar coklat, koko mengandung flavonoid yang boleh melebarkan pembuluh darah. Secara tidak langsung peredaran darah menjadi lacar dan tekanan darah akan turun dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular.
Pistachio
Pistachio selain sedap sebagai kudapan, ia juga boleh dipelbagaikan cara pengambilannya. Kekacang ini dikatakan mampu menurunkan tekanan darah dengan mengurangi resistensi pembuluh darah perifer, atau pengetatan pembuluh darah, degup jantung. Beberapa sumber juga mengatakan bahawa salah satu cara efektif menurunkan tekanan darah adalah dengan diet pistachio.
Salmon
Salmon merupakan salah satu sumber protein yang baik, kaya dengan omega-3, yang baik untuk menurunkan tekanan darah, mengurangi peradangan, dan menurunkan trigliserida. Selain itu, ikan ini juga merupakan sumber vitamin D yang juga berfungsi untuk menurunkan tekanan darah.
Ubi Bit
Bit mengandung oksida nitrat yang membantu membuka pembuluh darah dan menurunkan tekanan darah. Hebatnya lagi, nitrat yang terkandung dalam bit ini mampu menurunkan tekanan darah hanya dalam waktu 24 jam.
Sayuran Hijau
Sayuran hijau mengandung kalium dikatakan mampu membuang lebihan natrium yang ada di dalam buah pinggang melalui pembuangan urin. Proses ini membantu tekanan darah menurun dan menjadi lebih stabil.
Untuk mendapatkan efek yang terbaik, ambil sayuran hijau yang masih segar kerana sayuran hijau yang masih segar mengandung lebih banyak zat dan vitamin.
Selain menjaga pola makan, kamu juga perlu bersenan dan hindari dari stres stres.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Memang benar Slow Cooker ni kita boleh masak macam-macam hidangan seperti stew, sup, bubur nasi dan sebagainya. Memang memudahkan kerana anda perlu masukkan segala bahan ke dalam periuk, set masa dan biarkan sahaja masak. Jika anda seorang yang gemar bawa bekal ke pejabat, masak lauk guna periuk ni memang bagus. Esok pagi, bila bangun, lauk anda dah tersedia. Namun kena ingat, tidak semua makanan sesuai dimasak menggunakan periuk ni. Antara yang TAK SESUAI ialah:
1. Santan & Tenusu
Jika lauk anda mengandungi bahan seperti santan atau bahan tenusu seperti susu, krim, keju, yogurt dan sebagainya, agak tidak sesuai masak menggunakan periuk ini kerana ia hanya akan membuatkan masakan anda pecah minyak serta bahan-bahan tenusu tu berketul. Tak sedap la nanti. Hmm…
2. Kuskus
Kuskus ni masak guna periuk biasa pun mudah masak. Tak perlu guna slow cooker. Jika anda masak juga, hasilkan nanti hidangan kuskus anda akan menjadi lembik dan tidak menyelerakan. Membazir tau.
3. Nasi
Kalau periuk nasi anda rosak, adalah lebih baik masak nasi dengan menggunakan dapur gas atau microwave sahaja. Masak nasi dengan slow cooker memang tak menjadilah melainkan anda nak masak bubur. Jangan cuba-cuba. Menyesal nanti tau.
4. Pasta
Jika anda suka layan resipi mat salleh, pasti pernah jumpa resipi Lasagna yang dimasak menggunakan slow cooker. Memang menjadi namun teksturnya tidak seindah dan secantik lasagna yang dimasak menggunakan ketuhar. Lasagna slow cooker kelihatan lebih lembap dan berkuah. Nampak macam kurang sedap je.
5. Isi Dada Ayam
Periuk jenis ini juga tidak sesuai untuk memasak isi dada ayam kerana proses memasak yang lama hanya akan menjadikan isi ayam keras, kering dan pejal. Jika ingin memasak hidangan isi ayam jenis ini adalah lebih baik menggunakan teknik goreng, panggang atau rebus. Pilihan terbaik adalah menggunakan bahagian ayam bertulang yang telah dibuang kulitnya.
6. Daging Mentah
Sebaiknya, panggang atau rebus seketika kepingan daging mentah sebelum dimasukkan ke dalam periuk slow cooker bagi mendapatkan hidangan yang enak, berperisa dan tidak hamis. Ia berbeza dengan isi ayam yang anda boleh masukkan terus sahaja ke dalam periuk ini.
7. Sayuran Lembut
Jangan sesekali memasukkan sayur-sayuran lembut seperti sayuran berdaun, tomato, kacang, asparagus dan sebagainya diawal masakan. Ini kerana proses memasak menggunakan periuk ini adalah lama. Haba yang terhasil pastinya akan menjadikan sayuran anda lembik dan hancur. Jika perlu menambahkannya,masukkan sayur-sayuran disaat-saat akhir proses memasak supaya khasiat serta bentuk sayuran boleh dikekalkan. Hanya sayur-sayuran yang keras seperti ubi kentang, lobak merah dan kubis adalah antara yang sesuai jika dimasukkan awal.
8. Makanan Laut
Makanan laut ni tak lama pun masa penyediaannya. Jika anda ingin menyediakan Sup Udang, Asam Rebus Sotong atau Asam Pedas Salmon, sebaiknya guna sahaja periuk dan dapur gas biasa. Kerana jika dimasak lama, dikhuatiri udang, sotong dan salmon akan menjadi keras, liat dan kurang enak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Goreng kacang tanah, dengar macam senangkan, tapi sebenarnya ia bukan senang yang pro pun kerap juga gagal, sebabnya menggoreng kacang ada tekniknya supaya ia tidak pahit atau liat sebab kurang masak. Nak tahu macam mana cara yang sempurna goreng kacang tanah, korang kena baca tip yang RASA kongsikan ini:-
Pilih Kacang Tanah Yang Elok
Ini penting, kualiti kacang yang elok mempunyai kulit ari yang terang dan saiz biji kacang adalah sama. Jangan beli kacang yang tak sama saiz, ia akan menyebabkan kacang tidak masak sekata bila digoreng.
Gunakan Minyak Banyak Semasa Menggoreng
Semasa menggoreng pastikan semua kacang tenggelam dalam minyak masak yang panas. Oleh itu korang perlu menggunakan minyak lebih banyak dari kacang. Seperkata lagi korang perlu sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Tidak ada istilah menyambil semasa menggoreng kacang tanah.
Angkat Kacang Sebelum Kacang Betul-Betul Masak
Perhatikan betul, bila kacang tanah yang digoreng bertukar warna kuning muda atau rasa hampir masak, segera angkat kerana ia akan betul-betul masak dan garing dalam beberapa saat semasa proses mengangkatnya. Jangan tunggu kulit kacang sudah berwarna kecoklatan atau masak sepenuhnya. Akibatnya kacang akan berasa sedikit pahit kerana terlalu ‘over cook’. Atau biarkan kacau dalam kuali walaupun api sudah ditutup. Kuali panas akan jadikan kacang anda hangus.
Rendam Dalam Air Mendidih
Jika korang ingin menggoreng tanpa kulit arinya, sebaiknya rendam kacang dalam air mendidih lebih kurang 10 minit supaya kulit arinya lembut dan senang dibuang. Kemudian tos sebelum sedia digoreng. Pastikan semua kulit ari dibuang, jika tidak ada sisa kulit ia akan cepat hangus dan menjadikannya pahit.
Guna Api Sederhana
Jika anda goreng kacang tanpa minyak (sangai) pastikan anda menggunakan api sederhana dan sentiasa kacau supaya kacang masak sekata. Cara ini agak lambat berbanding menggoreng menggunakan minyak.
Selamat mencuba ye…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kentang bukan sekadar makanan biasa — ia pernah menyelamatkan dunia daripada kebuluran. Ketahui sejarah, peranan dan kepentingan kentang dalam kehidupan manusia.