Daging Masak Merah Ala Thai Yang Mudahnya Nak Masak, Nyumsss Sedap!

Share

Masak apa tu hari ni? Kalau ada stok daging dalam peti sejuk, apa kata kita cuba buat sendiri Daging Masak Merah  Thai. Daging Masak Merah Ala Thai ni salah satu masakan Thailand yang sedap dimakan bersama tomyam dan khailan ikan masin. Bahan yang digunakan juga amat senang untuk di dapati di kedai-kedai runcit. Jadi anda tak perlu risau ya! Ayuhlah kita cuba masak Daging Masak Merah Ala Thai mengikut resipi yang dikongsikan Kuali Kak Has

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk daging (rebus dan hiris nipis)
1 biji bawang besar (hiris kasar)
2 ulas bawang putih (hiris halus) – beli online
1 sudu besar sos tiram – beli online
1 sudu besar sos cili – beli online
1 sudu besar sos tomato – beli online
1 sudu besar cili kisar – beli online
1/2 sudu besar sos ikan – beli online
1 1/2 sudu besar sos labu thai (botol merah) (Kalau tak jumpa di kedai, boleh beli di Shopee)

BAHAN LAIN:

Kacang panjang
Cili merah
(Boleh tambah apa lagi sayuran yang disukai seperti bunga kubis, daun ketumbar, lobak merah dan lain-lain)

CARA MEMBUAT:

1. Perap daging yang telah direbus dengan sos labu thai sekejap sebelum digoreng.

2. Goreng jangan terlalu lama, nanti daging keras.

3. Tumis bawang putih hingga naik bau.

4. Masukkan bawang besar. Gaul sebati.

5. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.

6. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.

 

7. Gaul sebati sebelum masukkan sos ikan.

8. Jika kering atau pekat, tambah air rebusan daging ikut banyak mana kuah yang kita nak.

9. Perasakan dengan garam. Gaul sebati lagi.

10. Masukkan bahan hiasan/sayuran lain. Gaul sebati sebelum siap untuk dihidang.

 

Sumber kredit: Kuali Kak Has

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN