Menu daging boleh dipelbagaikan. Ada yang suka daging digoreng dengan kunyit dan kalau suka menu bersambal tidak kurang enaknya. Sebenarnya masakan yang simple pun dah cukup enak seperti daging masak jintan ni. Kalau tak boleh makan daging boleh ganti ayam tapi daging lebih serasi.
DAGING MASAK JINTAN Bahan-bahan: 1 kg daging, dipotong biasa Bahan A 2 sudu serbuk ketumbar- BELI ONLINE DI SINI 3 sudu makan serbuk jintan manis-BELI ONLINE DI SINI 1 1/2 sudu serbuk jintan putih 1 sudu kecil lada putih 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 cawan air asam jawa 4 camca gula garam secukup rasa serbuk perasa jika suka 2 sudu serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI ( kalau jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam anda bukan serbuk tapi biji maka ianya kenalah dikisar terlebih dahulu).
Bahan B Bahan dikisar: 5 ulas bawang putih 8 ulas bawang merah 2 inci halia 2 sudu kunyit hidup 5 batang serai 1 ibu jari lengkuas
BAHAN C 1 1/2 cawan -2 cawan minyak masak sebab kalau minyak banyak senang masak dan daging jadi cantik.
BAHAN D 3 biji bawang besar – dipotong bulat
Ads
Cara memasak: 1. Masukkan bahan A dan B. Gaul dan sebatikan. Rasa sikit apa yang kurang tambahlah mengikut selera anda. Pastu hendaklah diperap selama 20-30 minit. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak-kemudian bila minyak dah benar- benar panas masukkan daging yang diperap tadi. 3. Gaul rata dan masak daging dengan api kuat dan sederhana.Bila daging dah masak dan hampir kering masukkan bawang besar. Balik-balikkan dan sebatikan sehingga layu.Sebelum tutup api kalau suka boleh dimasukkan cili padi 10-20 biji.( cili jangan dipotong cuma buangkan tangkainya. Sebiji sebiji dan rasailah apa yang kurang ditambah. Bila dah agak kering kuahnya dan nampak minyak dah mulai naik semula,tutup api. Siap untuk dihidang. Amat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan nasi minyak. Cubalah.
Ada yang suka makan laksam ke? Laksam ni makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Berita baik untuk mereka yang ingin diet dan menghidap diabetes, ini resipi yang sihat dan sedap sebagai kudapan. Mungkin agak pelik sebut Muffin Savoury, muffin tanpa gula ini sebenarnya sedap bila diadun bersama sayur-sayuran, ikan bilis, isi ayam dan hirisan daging. Atau kalau ada lebihan sambal mahupun rendang boleh je jadi inti kata Chef Che Sue.
Terima kasih Chef kerana sudi berkongsi resipi sihat ni…
CHEDDAR CHEESE MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
300gm parutan keju
100gm keju Cheddar
30gm baking powder
10gm baking soda
100ml krim masam
100ml minyak
2 biji telur
5gm garam
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kering. Gaul sebati.
, kemudian pukul telur seketika.
Masukkan bahan kering, sour cream dan minyak, kemudian gaul lagi.
Tambahkan parutan keju, kemudian masukkan dalam acuan.
Taburkan keju Cheddar di atasnya.
Bakar adunan dengan suhu 150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sedia dipanaskan.
Sedia dihidangkan dengan sos.
SMOKED SALMON MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung naik sendiri
80gm mentega |cairkan
1 biji telur
250gm susu segar
125gm smoked salmon
CARA MEMASAK:
Ayak tepung ke dalam mangkuk.
Kemudian campurkan mentega , telur dan susu. Kacau sekata.
Tuangkan ke dalam mangkuk berisi tepung. Kemudian gaulkan hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan kertas dan letakkan smoked salmon di atasnya.
Bakar adunan dengan suhu 170C selama 30 minit di dalam ketuhar yang sedia dipanaskan.
Setelah masak hidangkan panas.
CHICKEN PEPPRONI MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
30gm gula
30gm baking powder
5gm garam
20gm bawang | potong dadu kecil
1 biji telur
125ml minyak masak
125ml susu segar
100gm pepperoni
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung, gula, baking powder, garam dan bawang dalam mangkuk adunan.
Gaul rata kesemua bahan kering ini.
Seterusnya campurkan telur, susu dan minyak. Kacau sekata.
Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk berisi bahan kering tadi.
Gaulkan hingga sebati menjadi doh lembut.
Masukkan dalam acuan, kemudian letakkan chicken pepperoni di atasnya.
Bakar adunan dengan suhun150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sudah sedia dipanaskan.
Setelah masak, muffin sedia dihidangkan.
VEGETABLE MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
30gm baking soda
10gm garam
50gm daun bayam | hiris
100gm gula
100gm mentega
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kering ,tepung, baking sida, garam dan gula. Gaul rata.
Kemudian masukkan mentega dan daun bayam, gaul lagi.
Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau. Gaulkan sebati.
Masukkan dalam acuan kertas.
Bakar dengan suhu 150C selama 30 minit.
Mufin sedia dihidangkan.
CHICKEN FLOSS MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
30gm baking powder
10gm baking soda
5gm garam
2 biji telur
100ml minyak masak
2 sudu makan mayones
400gm chicken floss
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam dalam mangkuk, gaul rata.
Seterusnya masukkan telur yang telah dikacau, gaul sebati.
Campurkan pula minyak dalam camburan bahan adunan.
Gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
Masukkan dalam acuan kertas.
Bakar muffin dengan suhu 160C selama 30 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Sapukan sedikit mayones di atas permukaan muffin sebelum letakkan serunding ayam di atasnya.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!