Agar-agar ABC

BAHAN A:

  • 10 gm agar-agar
  • 700 ml air
  • 180 gm gula merah
  • 2 helai daun pandan

BAHAN B:

Ads
Ads
  • 30 gm agar-agar
  • 1600 ml air
  • 1 tin susu cair
  • 250 gm gula
  • 2 sudu makan Krimer Manis Jagung SAJI | campur dengan ½ tin krim jagung
  • 2 sudu makan Krimer Manis Bandung SAJI | campur dengan 100 gm kacang merah
  • 2 sudu makan Krimer Manis Tembikai Susu SAJI | campur dengan 100 gm cendol

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan A, masak hingga mendidih.
  2. Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
  3. Satukan bahan B (air, agar-agar dan gula). Masak sehingga larut.
  4. Kemudian, masukkan susu, kacau rata.
  5. Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan campuran Krimer Manis Jagung SAJI, satu bahagian dicampur dengan campuran Krimer Manis Tembikai Susu SAJI dan satu bahagian dicampur dengan campuran Krimer Manis Bandung SAJI.
  6. Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku.
  7. Kemudian tuangkan pula lapisan tembikai susu di atasnya dan biarkan beku.
  8. Akhir sekali, tuangkan lapisan bandung. Biarkan beku selama 3 jam sebelum dipotong dan dinikmati.
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.