Buat Datin Umi Kalsom Abd Latib makan bersama keluarga adalah saat yang dinantikan dan tidak mahu dilepaskan. Di ketika inilah pelbagai cerita dikongsi bersama dan secara tidak langsung merapatkan hubungan sekeluarga.
Empat resipi dikongsi beliau ini sering menjadi hidangan sekeluarga. Cerita beliau Daging Goreng Masak Hitam antara menu yang digemarinya kerana resipi itu yang keluarga gemari. Istimewanya lagi resipi ini diperoleh dari ibu mertua yang mengajar beliau cara memasaknya. “ Walaupun cara memasaknya agak rumit tapi bila makan sangat sedap rasa. Daging tersebut perlu dipotong nipis dan ditumbuk halia dan kemudian diperap seketika. Goreng pula tidak boleh terlalu lembut dan terlalu garing. Masa menggorengnya juga agak lama,” akuinya.
Sementara resipi gulai udang ini adalah resipi orang Nogori dan memang resipi tradisi ibunda beliau sendiri. Tambah menyelerakan bila dipadu dengan kerabu pucuk pegaga. Menurut beliau ,membuat kerabu lain orang lain caranya. Cara beliau, kelapa digoreng terlebih dahulu tanpa minyak dan ia tidak terlalu halus. Itulah kelainan kerabu air tangan beliau.
Ads
DAGING GORENG MASAK HITAM Bahan-bahan
1 kilo daging
7cm halia
7 biji bawang putih
2 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar kicap pekat
2 tangkai daun kari
Cara memasak:
Daging dihiris nipis dan kecil.
Perap daging bersama halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus sebentar selama 10 minit.
Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging sedikit- sedikit hingga garing dan toskan. Ulang sehingga daging habis digoreng.
Tambah minyak bila perlu sedikit demi sedikit hanya untunk mencukupi gorengan daging tadi sehingga habis.
Tumis daun kari menggunakan sedikit minyak daging yang sedikit tadi , masukkan daging , serbuk cili dan kicap , gaul rata hingga secukup rasa angkat dan hidangkan.
GULAI UDANG BERSAMA CENDAWAN BUTANG
Bahan-bahan
10 ekor udang kertas.
10 ulas bawang merah. }
3 ulas bawang putih. } ditumbuk halus
10 biji cili padi. }
5cm kunyit hidup. }
3 kotak santan.
1½ cawan air.
2 paket cendawan butang (belah dua).
1 batang serai (diketuk).
1 keping asam gelugur.
Cara memasak:
Dalam periuk (lebih enak jika menggunakan periuk tradisional yang perbuat dari tanah liat) masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama 1½ cawan air.
Masukkan santan , garam , bila gulai sudah mendidih baru masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi dan cendawan yang dibelah dua.
Juga masukkan keping asam gelugur dan serai yang sudah diketuk ke dalam periuk gulai.
Masukkan garam,gula secukup rasa jangan biarkan gulai mendidih terlalu lama sebab udang akan mengecil dan keras.
Sedia dihidangkan.
PUDING ICE-CREAM
Bahan-bahan
Ads
1 packet agar-agar
5 tin air sejuk
1 tin susu cair
¼ tin santan
1 tin gula (kurangkan jika tidak suka manis)
4 biji telur ayam (asingkan putih telur dan kuning telur)
1 sudu kecil asen vanilla
Pewarna merah (sedikit sahaja)
Cara memasak:
Masakkan agar-agar bersama gula sampai mendidih.
Asingkan putih telur dengan kuning telur.
Pukul putih telur sehingga kembang.
Masukkan putih telur tersebut ke dalam agar-agar dan bahagikan dua bekas.
Campurkan asen vanila serta perwarna merah kepada satu bahagian.
Satukan bahagian lagi dicampurkan dengan kuning telur , susu cair dan santan.
Masakkan bahagian kuning telur tersebut didapur (api perlahan) sebentar.
Tuangkan ke dalam adunan merah tadi.
Akhir sekali masukkan ke dalam acuan sejukkan dalam peti sejuk.
KERABU PUCUK PEGAGA
Bahan-bahan
2 ikat pegaga
¼ kelapa parut (digoreng hingga kuning tanpa minyak) dan (ditumbuk kasar).
1 biji bawang merah besar (dipotong halus).
3 biji cili merah (dihiris halus)
3 sudu kecil udang kering (ditumbuk halus)
½ limau nipis (ambil airnya)
Garam,gula secukup rasa.
Cara memasak:
Ads
Rendam dalam air sebentar pucuk pegaga, bersihkan dan tos. Potong kecil-kecil.
Masukkan dalam bekas pucuk pegaga,kelapa goreng yang sudah ditumbuk tadi , udang kering, bawang merah , cili merah, garam, sedikit gula dan air limau nipis. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Sedapnya dapat menikmati kuih talam pandan. Lapisan atasnya putih yang diperbuat daripada santan, lembut dan sedikit masin. Manakala bawahnya dilapisi oleh jus pandan, rasanya manis dengan tekstur yang kenyal. Sesiapa yang ingin mencuba “tepung talam pandan” versi goyang..😂 silakan resipinya seperti berikut.
Bahan-bahan: Bahagian Bawah
1 cwn gula pasir
4 3/4 cwn air(kalo nak buh santan pun boleh jugak)
2 cwn tpg gandum
2 sdb tpg ubi
Sedikit pewarna hijau
1sdt garam
8- 10helai daun pandan
Cara memasak:
Panaskan kukusan hgg air mendidih..sapukan minyak/marjerin dan lapik dalam loyang..
Blender daun pandan + air kemudian tapis. .. masukkan tpg gandum. . tpg ubi.. gula.. garam.. pewarna ke dlm air pandan tadi.. .kacau sebati masak seketika atas api perlahan(jgn lama sekadar sentuh periuk dah rasa panas.. 1 hingga 2 minit camtu sambil kacau guna whisk)kemudian tapis ke dlm loyang … kukus 20 minit… kalo ada air bertakung. . buang sikit2 guna sudu.. kukus sekejap tanpa tudung periuk kukus.. dlm 5mnt… cakar2kan sikit atasnya..
Bahagian Atas
1 1/2 cwn santan pekat
1 cwn tpg beras
1/2 sdt garam
Cara memasak:
Satukan semua bhn. .. kacau sebati dan tapis/ tuang atas adunan yg da masak tadi… kukus lg 20 mnt. .. da siap.. buka penutup kukus dan kukus lg 5mnt utk mggelakkan air bertakung atas kuih… biarkan sejuk.. ( jgn letak dlm peti ais lak) bila da betul2 sejuk baru potong… nak cantik. . potong guna pisau plastik.
Tip= sebaiknya buat mlm. . esok paginya baru potong…
Setiap 7 minit buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan..ulang hingga siap..
Tidak kira bangsa orang Malaysia memang sinonim dengan kari, menariknya kari ni pulak ada pelbagai jenis dan cara memasaknya. Malah isiannya juga berbagai ragam, tak percaya ini RASA kongsikan resipi kari yang sedap dan mudah disediakan dan korang boleh cuba untuk hidangan keluarga sepanjang minggu ni.
KARI TULANG RUSUK KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk | dibersihkan
500ml santan pekat
500ml air rebusan tulang
100ml air asam jawa
3 sudu makan rempah kari daging
3 biji kentang | dibelah empat
6 ulas bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4cm halia muda | dihiris
2 batang serai | dititik
1 tangkai daun kari | dihiris
1 biji tomato | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
3 tangkai bunga cengkih
2 tangkai bunga lawang
4 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
4 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk. Ketepikan dan asingkan air rebusan tulang.
Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama serai, rempah penumis dan daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata seketika kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga timbul minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus dengan air rebusan bersama kentang.
Apabila kentang empuk masukkan santan, air asam jawa, garam, gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Sebelum angkat masukkan tomato dan hirisan cili.
KARI TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
1kg telur ikan | dibersihkan dan tos
500ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 paket rempah kari ikan
1 makan pes cili kering
1sudu makan pes asam jawa
1 tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
1 sudu makan halba campur
2 biji cili hijau | belah dua
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Hiris:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan hirisan bersama halba campur hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau rata.
Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari, kacau lagi dan masukkan air asam jawa dan susu rendah lemak.
Selepas mendidih lebih kurang 3-4 minit, masukkan telur ikan yang telah dibersihkan tadi.
Apabila telur ikan sudah masak, masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan cili hijau dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan.
KARI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | hiris
1/2 batang lobak merah
150gm brokoli
10 biji cili padi | buang tangkai
3 batang kacang panjang
2 biji cili hijau | belah dua
2 biji tomato | belah empat
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
500ml santan
500ml air rebusan daging
1 sudu makan pes asam jawa
3 sudu makan rempah kari daging
Garam dan guna secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Daging tetel dicuci bersih, kemudian rebus hingga empuk.
Ketepikan dan asingkan 500ml air rebusannya.
Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Apabila pecah minyak masukkan daging tetel, air rebusan dan santan bersama air asam jawa.
Setelah mereneh lebih kurang 10 minit.Masukkan pula, lobak merah, brokoli, kacang panjang, hirisan cili hijau, cili padi dan tomato.
Akhir sekali, kecilkan api kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong | saiz XL
400ml susu rendah lemak
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
2 biji tomato | belah empat
1/2 batang lobak merah | dihiris memanjang 3cm
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
1 batang serai
1sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 biji buah keras
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong kemudian masukkan kepala ke dalam badan sotong. Ketepikan.
Didihkan air dalam periuk dan celur sotong lebih kurang dua minit. Angkat dan toskkan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
Apabila kuah mereneh, masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
Selepas lima minit masukkan hirisan lobak merah diikuti tomato.
Seketika kemudian angkat dan hidangkan.
KARI AYAM TUA TOMATO CERI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam tua | potong sederhana
500ml santan pekat
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan pes cili kering
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
2 biji ketang | buang kulit dan belah 4
6 biji tomato ceri
2 tangkai cili merah | dibelah 2
1 sudu makan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan penumis, daun kari bersama bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
Seterusnya masukkan ayam yang telah direbus tadi, gaul rata.
Masukkan sedikit air supaya rempah sebati dengan ayam.
Setelah itu, masukkan air asam jawa, santan dan kentang. Renehkan sehingga kentang empuk.
Akhir sekali masukkan kerisik, tomato ceri, cili merah, kemudian lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, angkat dan hidangkan.
KARI IKAN PATIN BERYOGURT
BAHAN -BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
250ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 biji tomato | belah empat
1 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Bahan Hiris:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia muda
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan patin dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
KARI IKAN KELI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan keli | dipotong dua
750ml santan
3 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan pes asam jawa
4 batang kacang bendi
2 biji tomato | belah dua
2 biji cili merah | belah dua
6 biji cili padi | buang tangkai
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan halba campur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
4 cm halia muda
CARA MEMASAK:
Rendam ikan keli yang telah disiang dalam air asam jawa lebih kurang lima minit.
Bersihkan ikan keli, kemudian potong dua dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari dengan halba campur hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dicampur dengan sedikit air.
Setelah agak garing, masukkan santan, air asam jawa. Biarkan mereneh seketika.
Seterusnya masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali sebelum angkat, masukkan kacang bendi, tomato, hirisan cili merah dan cili padi.
Sedia dihidangkan.
KARI IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin saiz besar
250 ml santan kotak
Sedikit air | jika perlu
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan pes air asam
1 sudu makan pes cili kering
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya
1 biji cili merah | dibelah dua
1 biji cili hijau | dibelah dua
1 biji tomato | dibelah empat
1 biji bawang besar | dibelah empat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
4cm halia | dihiris halus memanjang
1batang serai | dititik
CARA MEMASAK:
Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan hirisan, serai daun kari hingga wangi.
Masukkan pes cili, diikuti dengan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ikan sardin diikuti pula santan dan air asam jawa.
Biarkan kuah mereneh lebih kurang lima minit.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali sebelum angkat masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan tomato.
KARI TULANG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang dan kelapa ikan masin talang
1liter santan
3 biji terung bulat | dibelah empat
Sedikit air jika perlu
1 tangkai daun kari | dilurut dari tangkainya
2 biji tomato | dibelah empat
2 tangkai cili merah | dibelah dua
2 tangkai cili hijau | dibelah dua
2 keping asam gelugor
1 sudu makan halba campur
3 sudu makan rempah kari
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4cm halia
3cm kunyit hidup
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEASAK:
Masukkan bahan kisar, santan, rempah kari, dan tulang ikan masin dalam periuk.
Kemudian masak atas dapur, bila kuah mendidih masukkan terung.
Setelah terung empuk,kemudian rasa. Jika sudah masin, tambah sedikit gula sahaja.
Jika kurang tambah garam secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan tomato.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga kekuningan.
Sup Daging Ala Thai menu pembuka selera yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang masam pedas makan dengan nasi putih dan ada pula telur dadar memang ngam lah!
Kalau ada tulang dan lemak sikit masukkan semua baru sedap sup yang dibuat. Kalau yang diet nak ratah sahaja pun sesuai.
Yang suka pedas letak cili banyak-banyak perah limau. Empunya resipi menggunakan perencah sup siam bagi menyedapkan lagi hidangan sup yang dibuat.
Sup Daging Ala Thai
Bahan-bahan:
Sepeket daging frozen
2 biji ubi kentang – belah 4 atau 2
Tomato – belah 4
1 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Sup bunjut
Saderi
1 paket perencah sup siam Adabi
Garam secukup rasa
Jus limau nipis
Cili api jika suka pedas
Daun sup – untuk hiasan
Cara memasak:
Mula-mula rebus daging yang dah dipotong-potong. Empunya resipi menggunakan preasure cooker untuk merebus daging.
Bila dah siap rebus, masukkan kentang size kecik yang dah dibelah 2.
Dalam kuali yang lain tumis tumis serai 1 batang (dititik), bawang merah, bawang putih,halia dan juga sup bunjut.
Tumis sampai caramelised
Kemudian tuang tumisan tadi dalam air rebusan yang berisi daging tadi.
Letak perencah sup siam Adabi
Rebus sehingga kentang empuk, letak tomato, batang saderi, garam dan sedikit air limau nipis dan juga cili api yang telah diketuk.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...