Daging Black Pepper Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Share

Mudah membuat resipi yang satu ini, bukan hanya mudah malah sedap rasa. kalau makan menu ni semata dipadu dengan nasi panas, pergh terangkat sodap. Pastikan pilih daging yang lembut seperti daging batang pinang atau rebus dahulu daging supaya lembut.

DAGING BLACK PEPPER

Bahan -bahan:

  • Daging
  • 4ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 biji bawang holland
  • 1 sudu kecil kunyit
  • Sos black pepper
  • 2 sudu lada hitam (tumbuk)
  • 1 biji capsicum hijau
  • 2 biji tomato
  • Carrot (optional,TAK nak letak pun tak apa)
  • Daun bawang (optional)
  • Garam, gula, ajinomoto
  • Minyak masak

Cara masak:
1.Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkn bwg putih.

2.Masukkn sos blackpepper & lada hitam yg ditumbuk td.

3.Masukkn garam, gula,aji.


4.Msukkn carrot,lada capsicum.agak2 sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bwg Holland & daun bwg.
Ok dah siap!

Kredit resepi: fatimah ibrahim 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN