Cucur udang rangup ini berbeza dari yang biasa. Selalunya kuih ini bulat kembung dan lembut. Tapi yang ini jenis rangup. Bila makan krup-krap bunyinya.
Tapi nak hasilkan cucur begini memang ada caranya, kalau tak memang tak menjadi. Kalau nak cuba buat sendiri di rumah boleh ikut resipi yang dikongsi oleh peniaga cucur udang ini sendiri.
Menurut Nur Amna, resipi ini merupakan resipi ibunya yang sekian lama menjual cucur ini. Sekali bancuh lebih 10kg tepung pasti licin. Katanya cucur ini juga takkan jadi bulat sebaliknya leper dan rangup.
Yang menarik, rahsia utama rangupnya bukan bahan pelik-pelik, cuma air sejuk atau ais. Disarankan makan bersama kuah kacang, barulah ‘padu’ rasanya dia.
Tepung gandum secukupnya
Udang segar
Kucai – dipotong pendek
Bawang merah – dihiris
Lobak merah – dihiris halus
Serbuk kunyit
Tauge (jika ada)
Air sejuk atau ketulan ais
Garam atau serbuk perasa secukup rasa
1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, udang, kucai, bawang, lobak merah dan serbuk kunyit. Jika ada tauge, boleh tambahkan sekali.
2. Gaul rata semua bahan kering supaya udang dan sayur bersalut dengan tepung.
3. Masukkan air sejuk atau ais sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur adunan cucur yang likat, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
4. Letak garam atau serbuk perasa secukupnya, kemudian kacau sebati.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Sudukan adunan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga keemasan.
6. Cucur akan terbentuk cantik dan berkerak rangup di sekelilingnya.
7. Angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang bersama kuah kacang atau sos pencicah.
Resipi & foto: Nur Amna
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA