
Cucur telur ni mudah sangat dibuat. Yang penting doh luarnya rangup dan sedap. Intinya pulak sangat murah kosnya.
Cukup dengan telur, bawang, cili merah kucai dan daun bawang, ringkas aje ramuannya. Tak payah daging atau ayam. telur aje sudah memadai. Boleh berjimat bahan dapur, jadi taklah kerap keluar rumah beli keperluan. Ingat, duduk rumah elok-elok.
CUCUR TELUR
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
200gm tepung gndum
25gm mentega
1 biji
Secubit garam
1/4cawan air
Bahan inti :
2 biji telur
2 biji bawang dhiris*
2 biji cili merah dihiris*
Daun kucai secukupnya
Daun bawang dipotong
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Gaul tepung,mentega,telur,garam sebati.Masukkn air sedikit-sedikit uli hingga x mlekat di tangan.
2. Bahagikan doh kepada 8 bahagian, sapukan mentega dan rehatkan doh..
3. Panaskan kuali goreng bbahan bahan bertanda* hingga layu masukkn garam dan telur kacau hingga masak biar sejuk.
4. Leperkn doh letak inti n lipat sapu sekali lagi mntega…masa nak mngoreng tarik danleperkn sdkt doh..dah boleh goreng.
.
Selamat mencuba 😊
.
Resepi Oleh: Raja Zulaida Raja Kamal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Penkek Gebu Gabas, Lembut Terasa Mencair Di Tekak.

Buat penkek bahannya ringkas sahaja. Tepung, serbuk penaik, gula,garam adalah bahan keringnya manakala susu cair, telur dan mentega adalah bahan basahnya. Esen vanilla menambah lagi perisa. Penkek yang sedap tentulah yang gebu dan lembut, dan apabila dimakan terasa macam mencair di mulut.

Tetapi mengapa bahan dan resipi yang sama, tetapi apabila dibuat kadang-kadang menjadi kenyal dan nampak macam bantat aje. Mesti ada silap di mana-mana masa membuatnya. Jom ikuti 5 tip agar penkek anda gebu dan lembut hinggakan berebut anak-anak nak makan dek keenakannya.
1. JANGAN TERLEBIH ADUN (GAUL) BATTER
Terlebih mengadun atau terlebih menggaul campuran batter akan menyebabkan ia menjadi liat. Berhenti mengadun atau menggaul batter apabila ketulan tepung sudah mengecil atau hanya ketulan kecil sahaja kelihatan. Bunyinya macam pelik sedikit ya sebab biasanya hingga segala gumpalan dan ketulan tiada lagi.
2. BIARKAN BATTER REHAT SEKETIKA.
Ketepikan batter untuk sekurangnya 15- 30 minit. Ini akan membenarkan bahan ramuan basah meresap sebati ke dalam tepung untuk teksur batter yang lebih baik.
3. ASINGKAN DAN PUKUL PUTIH TELUR
Langkah ini akan membuat penkek anda menjadi lebih gebu. Asingkan putih telur dan pukul hingga ia menjadi bertanduk dan ketepikan, biarkan seketika. Kemudian masukkan kuning telur kepada bahan basah dan setelah disatukan dengan bahan kering biarkan ia seketika tanpa putih telur.
Sejurus sebelum masak, masukkan putih telur ke dalam batter. Hanya dibalik-balikkan dengan ringan dan jangan biarkan ia terlalu sebati dengan meninggalkan sedikit gumpalan putih telur di atasnya (lihat dalam gambar).
4. TUNGGU SEHINGGA GELEMBUNG KECIL KELIHATAN
Jangan dibalikkan penkek selagi tidak terbentuk gelembung kecil di tengah.
5. DIBALIKKAN HANYA SEKALI.
Penkek hanya dibalikkan sekali sahaja,ya. Ingat sekali sahaja. Bila sudah kuning keemasan baru lah diangkat untuk hidangan.
Sumber: sayyes.com
Puding Tiramisu 5 Bahan Sahaja Pemanis Mulut Yang Mudah Disediakan!

Teringin nak makan manisan yang sedap dan mudah tapi nak buat sendiri sebab senang boleh makan berulang kali. Paling seronok kalau dapat buat manisan yang tak perlu sediakan bahan yang banyak sebab cepat dan mudah nak disediakan tak perlu nak fikir lama macam resepi yang dikongsikan oleh Norliza Bahari di Facebook ni. Resepi puding tiramisu ini hanya menggunakan 5 bahan sahaja! Yang paling penting anak-anak pun suka dengan manisan ni. Jom kita cuba resepi ini!
RESEPI PUDING TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat –BELI DI SINI
1 tin susu sejat@cair –BELI DI SINI
5 tin air (guna bekas Tin susu tadi untuk sukat air
11 sudu makan tepung kastard penuh membukit. –BELI DI SINI
Biskut marie (nak sedap cari yang perisa kopi) –BELI DI SINI
Milo –BELI DI SINI
CARA PENYEDIAAN:
1.Masukkan susu sejat, susu pekat , air, dan tepung kastard ke dalam periuk kacau bagi sebati
2. Buka api sederhana. Kacau sampai pekat dan berkilat tutup api.
3. Masukkan ke dalam loyang secara berlapis mula dengan kastard, biskut lepastu tabur milo.
4. Ulang lagi kastard, biskut, Milo sampai lapisan atas biar tinggal kastard sahaja.
5. Kisar kasar sedikit biskut dan milo kemudian tabur untuk yang paling atas.
6. Siap! Masukkan dalam peti sejuk ..dah sejuk boleh dimakan!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit foto & resepi: Norliza Bahari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Puas Makan. Begini Cara Masak Kuah Oden Ala Family Mart
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
9 Aneka Kek Tanpa Oven Inspirasi Norbaini Rahwi. Super Lembut & Lembab

Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahan lebih lama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Samada perisa buah , pandan, jagung, coklat, mocha apa sahaja jenis kek ia boleh dimasak menggunakan teknik kukus.
Ikuti ‘kehebatan’ kek kukus dari Norbaini Rahwi,penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21 dengan koleksi resipi kek kukusnya.
1. KEK KUKUS PANDAN GULA MELAKA
Bahan-bahan :
Bahan A :
- 4 biji kuning telur
- 2 biji putih telur
- 100 gm gula kastor
- ½ sudu kecil garam
Bahan B :
- 125 gm tepung gandum | diayak
- 25 gm tepung jagung | diayak
- ½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
- 25 ml susu segar
- 25ml perahan air daun pandan
Bahan D :
- 35 ml minyak jagung/masak
Bahan untuk topping :
- 400gm whipping cream/fresh cream
- 20 gm gula aising
- 10 gm kelapa kering yang telah di gaul dengan pes pandan
- Sedikit gula Melaka | telah dicairkan.
CARA MEMASAK :
Kek :
- Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 15 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
- Pukul Bahan A hingga kembang
- Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
- Akhir sekali masukkan bahan D, di kacau hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
- Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 bahagian.
Buat topping :
- Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
- Sapukan krim di setiap potongan dan ditaburkan kelapa kering dan disirakan gula Melaka. Lakukan sehingga bahagian atas.
- Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara dua bahagian dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1loyang bulat 15 sm @ 6 inci
Waktu memasak: 15- 20 minit
Keistimewaan :Rasa pandan yang mewah dengan krim, kelapa kering dan gula Melaka
INFO CHEF :Untuk kek yang gebu dan ringan bagi kek kukus, cara pembuatan yang digunakan adalah secara kek span. Jika dibuat secara method kek mentega (butter cake) kek akan padat dan kurang enak rasanya.
2. KEK KUKUS MARBLE ZEBRA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 8 biji kuning telur
- 2 biji putih telur
- 115 gm gula kastor
- ½ sudu makan ovalet
Bahan B:
- 130 gm tepung gandum }diayak sekali dengan serbuk penaik
- ½ sudu teh serbuk penaik
- 100gm minyak jagung/masak
- 25 ml susu segar
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh coklat emulco
- ½ sudu teh kopi emulco
CARA MEMASAK :
- Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersize 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
- Pukul Bahan A hingga kembang
- Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan susu segar. Gaul hingga sebati
- Masukkan minyak jagung,kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan esen vanilla
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan bahagian lagi digaul bersama coklat dan kopi emulco.
- Sendukkan berselang seli dengan satu senduk/1/2 cawan ke dalam loyang.
- Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak.
- Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20 minit
Keistimewaan : Rasanya tidak ubah seperti kek mentega marble, menariknya kek ini hanya dikukus dan tidak dibakar.
INFO CHEF : Jangan menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang, ia akan menyebabkan kek mengecut.
3. KEK KUKUS COKLAT BADAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan A
- 5 biji kuning telur
- 1 biji putih telur
- 75 gm gula kastor
Bahan B:
- 65 gm tepung gandum | diayak
- 25gm serbuk badam | diayak
- 15gm serbuk koko | diayak
- ¼ sudu teh serbuk penaik | diayak
- 65 gm coklat gelap compound/ coklat masakan | dicairkan
- 50 ml susu segar
- 25 ml minyak jagung/masak
Bahan topping :
- 400 gm whipping cream/fresh cream
- 20 gm gula aising
- 50 gm Nutella
CARA MEMASAK :
Kek :
- Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
- Pukul Bahan A hingga kembang
- Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar Gaul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
- Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping.
Topping :
- Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
- Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
- Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20-25 minit
Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil.
INFO CHEF :Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.
4. KEK KUKUS BUAH
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 310 gm gula kastor
- 60 gm air panas
- 250 gm mentega
- 500 gm buah-buahan campur
- 1 sudu teh krim tartar
- 2 sudu teh baking soda
Bahan B:
- 350 gm tepung gandum | diayak
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh oren emulco
CARA MEMASAK :
- Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 20 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
- Masak gula halus sehingga perang dan larut, kemudian masukkan air panas secara perlahan-lahan. Gaul rata.
- Masukkan mentega dan gaul rata.
- Kemudian masukkan buah-buahan campur dan renehkan sebentar sahaja bersama dengan krim tartar dan baking soda. Sejukkan.
- Setelah sejuk masukkan Bahan B dan gaul rata.
- Kemudian masukkan telur dan pukul sedikit telur sebelum di campurkan ke dalam adunan.
- Akhir sekali masukkan esen vanilla dan coklat emulco, di kacau hingga rata.
- Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 4 jam.
- Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 4 jam
Keistimewaan : Kek kukus ini tidak terlalu manis dan boleh di sejuk bekukan.
INFO CHEF : Seperti juga kek kukus yang lain, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis ke dalam adunan kek buah.
5. BROWNIES KUKUS KEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
- 115 gm putih telur
- 110 gm gula kastor
- 1 sudu teh ovalet
Bahan B :
- 80gm tepung gandum | diayak
- 20gm serbuk koko | diayak
- ½ sudu teh serbuk penaik
- 50 gm coklat gelap compound/coklat masakan | di cairkan
- 70 ml minyak jagung/masak
- ½ sudu teh esen vanilla
- 4 keping keju cheddar
- 50 gm cip coklat
- Sedikit parutan keju | untuk hiasan
CARA MEMASAK :
- Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
- Pukul bahan A hingga kembang
- Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
- Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata.
- Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit. Setelah masak keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat. Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese, dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
- Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar.
INFO CHEF : Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari kukusan supaya brownies tidak basah.
6. KEK KUKUS LAPIS MOCHA MOSCOVIC
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 8 biji telur
- 200 gm gula kastor
- 1 sudu makan ovalet
Bahan B :
- 200 gm tepung gandum | diayak
- 40 gm susu tepung | diayak
- ½ sudu teh serbuk penaik | diayak
Bahan C :
- 200 gm mentega
- 2 ½ sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu kecil pes mocha
- 200 gm buah-buahan campur (dipotong kecil-kecil)
- Serbuk koko untuk di tabur
CARA MEMASAK :
- Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
- Pukul Bahan A hingga kembang
- Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan
- Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan.Masukkan pes mocha.
- Campurkan semua bahan semua bahan, gaul rata.
- Panaskan periuk kukus, ambil satu cawan adunan dan ratakan di dalam loyang. Ayakkan sedikit serbuk koko dan kukus selama 5 minit.
- Keluarkan loyang dan tuang 1 cawan adunan, ratakan di dalam loyang, ayak sedikit serbuk koko serta taburkan buah-buahan campur. Kukus lagi selama 5 minit.
- Ulang sehingga abis adunan. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit.
- Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan : Kek kukus lapis Mocha ini lebih basah, lembut unik rasanya
INFO CHEF :Buah-buahan campur hendaklah dipotong nipis agar rasa buah sekata di dalam kek dan senang di potong.
7. KEK KUKUS GULUNG TIRAMISU
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 6 biji kuning telur
- 3 biji putih telur
- 75 gm gula kastor
- 1 sudu teh ovalete
Bahan B :
- 60 gm tepung gandum
- 20 gm tepung jagung
- ½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
- 30 ml minyak jagung/masak
- 1 sudu teh coffee emulco
Bahan D :
- 30 ml minyak jagung/masak
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping’:
- 200gm whipping cream/fresh cream
- 20gm gula aising
- 30gm Nutella
Bahan untuk lapisan:
- 9 keping keju cheddar
CARA MEMASAK :
- Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang pembakar empat segi 25 sm x 25 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
- Pukul bahan A hingga kembang
- Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Satu bahagian di campurkan dengan Bahan C kacau rata.
- Satu lagi bahagian di campurkan dengan Bahan D kacau rata.
- Panaskan periuk kukusn, tuang satu bahagian yang di campur dengan Bahan C di atas loyang dan kukuskan kek selama 10 minit.
- Setelah masak keluarkan loyang susun cheddar cheese di atas permukaan lapisan kek. Tuang adunan yang di campur dengan Bahan D di atas adunan kek. Kukus kan selama 15 minit.
- Setelah masak sejukkan kek.
Topping :
- Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
- Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
- Siap untuk di hiding.
Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Rasa kek kopi dan koko yang enak
INFO CHEF : Pastikan kek sejuk sebelum di gulung untuk mengelakkan ia pecah ketika menggulung.
8. KEK KUKUS GULUNG OPERA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 200 gm putih telur
- 80 gm gula kastor
- 1 sudu teh ovalet
Bahan B
- 65 gm tepung gandum | diayak
- 50 gm serbuk badam
- ¼ sudu kecil baking powder | diayak
Bahan C :
- 25 ml minyak jagung/masak
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan topping/sapuan:
- 200 gm whipping cream/fresh cream
- 20gm gula aising
- 40gm nutella
CARA MEMASAK :
Kek :
- Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar segi empat 25sm x 25 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
- Pukul bahan Ahingga kembang
- Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
- Panaskan periuk kukus, tuang dan kukuskan kek selama 15 minit.
- Setelah masak sejukkan kek.
Topping :
- Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
- Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
- Siap untuk di hidang.
Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm
Waktu memasak: 20 minit
Keistimewaan : Lebih rasa koko dan coklat nutella
INFO CHEF : Jangan kukus terlebih masa kerana ia akan menjadi terlalu padat.
9. KEK KUKUS KEJU COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 3 biji telur
- 260 gm gula kastor
- ½ sudu teh ovalet
Bahan B:
- 180 gm tepung gandum | diayak
- 50 gm serbuk koko | diayak
- 1 sudu teh baking soda
Bahan C :
- 1 cawan susu segar
- 125 ml minyak jagung/masak
- 1 sudu teh esen Vanila
Bahan lapisan krim keju :
- 250 gm krim keju
- 20 gm gula aising
- 1 biji telur
CARA MEMASAK :
- Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar bersaiz 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
- Pukul bahan A hingga kembang
- Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
- Kemudian masukkan minyak jagung ,akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Panaskan periuk kukusan dan kukuskan 1 bahagian kek selama 15 minit.
- Setelah masak keluarkan kek dan tuang adunan keju dan kukus lagi selamat 10
- Selepas 10 minit keluarkan loyang dan tuang baki sebahagian adunan. Kukuskan lagi selama 15 minit.
- Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di hiding.
Krim keju keju :
- Pukul krim keju dan gula aising hingga lembut.
- Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap.
- Sapukan di antara lapisan kek
Saiz hidangan: 1tin pembakar empat segi 18 sm x 18 sm
Waktu memasak: 20 minit
Keistimewaan : Kek coklat yang dilapiskan keju memang hebat rasanya
INFO CHEF : Pada pembuatan kek kukus, penggunaan ovalete seringkali diguna sebagai penstabil supaya kek kukus yang menggunakan teknik lapisan akan stabil bila dibiarkan lama di luar.
TERIMA KASIH : NORBAINI CAKES & GIFTS, 141, JALAN IKAN JELAWAT 11,KAMPUNG AMPANG CAMPURAN, AMPANG. FB : norbaini cakes