Cucur Roti Gardenia Ni Hidang Sepinggan Gerenti Habis

Share

Kadang-kadang pening juga kepala memikirkan menu minum petang yang sekeluarga nak makan. Mungkin masak nasi dah bosan nak makan. Jadi kita buat cucur roti untuk minum petang mahupun sarapan. Memang tidak muak makan. Jom kita buat esok.

 

 CUCUR ROTI GARDENIA

 

Bahan-bahan:

5 keping roti(jenama apa-apa pun boleh guna asalkan roti)

2 cawan tepung gandum-beli online di sini

1 biji bawang besar hiris

Daun bawang,cili merah,kucai,lobak merah dihiris halus dan taugeh

Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya boleh diisi

Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Jika suka letak serbuk kunyit boleh letakkan sikit-beli online di sini

Anggaran 2 cawan air biasa

Dapatkan PRIMADA MIRCOCOMPUTER RICE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI

! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

1.Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk.

2.Kemudian masukkan air sikit-sikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat.

3.Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing.Toskan.

4.Sedia dinikmati.

Kredit: Noriza Jaja

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN