Cucur Balak Ni Makan Dengan Kuah Kacang Sedap, Gerenti Tak Cukup Satu

Share

Apa kudapan yang mudah buat untuk sekeluarga makan? Boleh cuba cucur balak ni. Sangat mudah membuatnya dan bahan-bahan pun mudah didapati. Makan dengan kuah kacang memang layan. Nak tahu kesedapannya, kenalah buat nanti.

Cucur Balak

 

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum-beli online di sini

3 cawan air

Sedikit udang kering-beli online di sini

Sebiji telur

3 sudu kecil minyak-beli online di sini

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit-beli online di sini

Sedikit daun kucai

 

Cara memasak:

1.Satukan tepung,udang kering,telur,minyak,garam,serbuk kunyit.

2.Kisarkan,kemudian tapiskan bahan kisar tadi.

3.Kemudian masukkan daun kucai yang dipotong pendek-pendek.

4.Masak dan gulung seperti ketayap,kemudian gorengkan.

5.Dah agak perang bolehlah diangkat. Boleh makan dengan kuah kacang.

Selamat mencuba.

Kredit: Hafsah Romli

IKLAN