Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak cukup makan sebiji. Sekali rasa pasti nak lagi.
500g keledek (kukus)
125g tepung self-raising
Sedikit butter atau majerin (5g)
Sedikit garam halus
2 biji kelapa parut putih
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
1 sudu besar jintan manis (goreng tanpa minyak)
Segenggam udang kering
15 ekor udang segar (goreng sebentar dan tumbuk)
15 tangkai cili kering (buang biji, cuci, dan rebus)
1. Sediakan inti terlebih dahulu, kisar semua bahan kecuali kelapa parut dan udang yang ditumbuk.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan blender bersama udang yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Tambahkan sedikit air asam jawa, garam, gula, dan sedikit Maggi Cukup Rasa. Kacau sebati.
4. Masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering. Ketepikan
5. Kukus keledek hingga empuk. Semasa panas, lenyekkan keledek bersama garam.
6. Biarkan keledek sejuk terlebih dahulu sebelum mencampurkan tepung. Uli doh hingga sebati.
7. Timbangkan doh sekitar 30-40 gram dan bentuk bulat. Letakkan inti di tengah dan kemaskan. Sapukan sedikit minyak pada tangan jika doh melekat.
8. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan. Pastikan cucur badak digoreng balik-balik supaya ia montok dan bulat sempurna.
-Untuk frozen, goreng sebentar dengan api sederhana hingga separuh masak, kemudian sejukkan di atas tuala dapur dan simpan dalam bekas kedap udara.
-Jika ingin membuat lebih banyak, gandakan sahaja resipi doh.
Kredit resipi & foto: Leeina Qaliena
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA