Cucur ayam gluten free ini memang boleh jadi kegemaran anak-anak, sebab rasanya macam nugget! Bukan saja sedap dimakan panas-panas, tapi lebih sihat dan sesuai dijadikan kudapan petang, sarapan ataupun bekal anak ke sekolah.
Resipi ini juga sesuai untuk mereka yang elak gluten. Lagi best, cucur ini lembut di dalam tapi rangup di luar. Kalau sekali cuba, confirm jadi menu ulang-ulang di rumah.
1 cawan nasi sejuk
1 cawan isi ayam (cincang/ potong kecil)
½ batang lobak merah – parut halus (optional)
1 biji bawang Holland – cincang
2 biji telur
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam Himalaya
½ sudu kecil serbuk lada putih
Sedikit daun bawang & daun sup – jika suka
1. Satukan nasi sejuk, isi ayam, bawang Holland, telur, lobak merah parut dan semua bahan kering ke dalam mangkuk besar.
2. Gaul sebati hingga menjadi adunan pekat yang boleh disudu. Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air.
3. Panaskan minyak dalam kuali, cedok adunan dengan sudu dan goreng hingga cucur keemasan serta garing di luar.
4. Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas.
Kredit Resipi & Foto: Nina Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA