
Suka makan creampuff tapi bila cuba buat sendiri, tak pernah nak menjadi. Memang rasa nak putus asa kan? Tapi jangan risau, sebab anda boleh cuba resipi perkongsian saudari Rusmah Mahdin ni. Insyaallah hasilnya pasti tidak mengecewakan. Jom lihat bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menghasilkan manisan ini. Resipi creampuff ini menggunakan bahan ringkas tetapi hasilnya sangat memuaskan dan sesuai dibuat untuk kudapan keluarga.
Untuk menghasilkan creampuff yang elok mengembang, tidak bantat dan mempunyai isi yang lembut, pastikan setiap langkah diikuti dengan betul. Doh perlu dibancuh pada kepekatan yang betul dan suhu ketuhar mesti sesuai dengan jenis oven masing-masing.
Bahan A dicampur, masak sampai mendidih. Tutup api, kemudian masukkan tepung gandum (BAHAN B) dan kacau laju-laju sehingga sebati dan doh tidak melekat pada periuk atau kuali.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan buang pusat telur sebiji-sebiji sampai habis.
Kemudian bubuh serbuk vanilla. Pukul sebati sahaja dan barulah dimasukkan ke dalam adunan bahan A yang suam tadi. Gaul sampai adunan menjadi lembab dan tidak berketul.
Panaskan ketuhar selama 15 minit. Jika oven kecil, guna suhu 150°c-170°c. Jika oven besar, guna suhu 180°c -200°c. Bergantung pada ragam ketuhar masing-masing.
Paipkan adunan di atas dulang, spray sedikit air di atas puff dan bakar selama 25-30 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
Inti memainkan peranan besar dalam memberikan rasa yang lembut, manis dan seimbang. Resipi inti ini sangat mudah dibuat, tidak berketul dan mempunyai tekstur yang sangat cantik.
Campurkan kesemua bahan di atas, kacau sebati hingga tidak berketul. Kemudian masak atas api sederhana sehingga masak likat dan berkilat.
Angkat adunan dari dapur dan teruskan mengacau sehingga inti menjadi suam. Sejukkan. Teknik ini bertujuan untuk mendapatkan tekstur inti yang tidak berketul, lembut serta cantik.
Pukul krim fresh sehingga kental dan campurkan ke dalam inti kastard yang sejuk tadi. Kacau sebati dan paipkan ke dalam kulit puff yang telah masak tadi.
Resipi creampuff ini memang sesuai untuk anda yang selalu gagal atau buntu mencari formula yang menjadi. Dengan teknik yang betul, doh yang baik dan suhu ketuhar yang tepat, hasilnya pasti memuaskan. Anda boleh buat untuk minum petang, jamuan atau jualan.
Kredit resipi & foto: Rusmah Mahdin.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official