Beberapa minggu sahaja lagi, Bulan Ramadan akan menjelma dan umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Biasanya di waktu-waktu begini, sudah ramai yang mengambil peluang untuk melakukan perniagaan seperti pakaian, kelengkapan dan kuih raya.
Namun nampaknya tahun ini agak berbeza. Dek kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia dan tidak menampakkan penurunan, ia sebenarnya menjejaskan ramai pihak terutamanya para peniaga.
Selain memperbanyakkan amal ibadah, bulan puasa juga merupakan saat bagi para peniaga kecil dan sederhana untuk menambah pendapatan keluarga terutamanya bagi peniaga bazar Ramadan. Ada yang berniaga Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Sate, kuih muih, Roti John, aneka air balang dan bermacam-macam lagi. Namun apakan daya, demi memutuskan rantaian Covid-19 ini, banyak perkara perlu dikorbankan.
Sebentar tadi menerusi sidang media Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.
Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu. Cuma selagi PKP 2 diteruskan atau ada PKP lain selepas ini, bazar Ramadan tidak dibenarkan.
Beliau juga turut menambah, soal berkaitan bazar Ramadan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP pasca PKP yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara perkara-perkara lain yang disebut semasa sesi sidang media Kementerian Pertahanan:
Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (3 April 2020)
1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 737 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 403,336 kenderaan
2. PDRM telah melakukan sebanyak 25,614 pemeriksaan mengejut & pemeriksaan ke atas 4564 premis
3. Semalam (2 April), PDRM telah menahan 524 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana ingkar PKP
4. Penurunan sebanyak 6.8 peratus dari kelmarin (1 April )
5. Seramai 483 individu telah dituduh di mahkamah
6. Sejak 27 Mac sehingga 2 April sebanyak 371 kawasan telah di nyah cemar
Ads
7. Kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan & PayNet utk mengecualikan caj RM1.00 bg pengeluaran wang di semua mesin ATM menggunakan rangkaian MEPS bermula 6 April sehingga tamat tempoh PKP
8. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian bagi mengurangkan pergerakan
9. Kerajaan memutuskan semua pelajar tajaan (JPA, MARA, KPT, Petronas) yg telah tamat pengajian & masih belum pulang ke tanah air akan diberi bantuan ihsan sehingga satu masa yg ditetapkan oleh penaja masing-masing
10. Bantuan ini merangkumi sewa tempat tinggal & makan/minum
11. Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan
– Terdapat berita tentang pekerja warga asing dari Bangladesh tiada bekalan makanan.
– Kerajaan memutuskan supaya Kedutaan negara masing-masing bertanggungjawab terhadap warganegara mereka yg berada di Malaysia.
– Pihak kedutaan perlu melapor ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi tujuan pengagihan bantuan kpd warganegara mereka
– Bagi yg di Kuala Lumpur, boleh berbuat demikian di Crisis Management Center di bwh kawal selia DBKL
12. Semua yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin, tanpa sebarang pengecualian.
Ads
13. Senarai pusat kuarantin boleh dirujuk di laman web agc.gov.my
14. Bagi penumpang ke Sabah & Sarawak yg pulang dari luar negara & transit di KLIA/KLIA2 atau mana-mana lapangan terbang di Semenanjung Msia, mereka akan dikuarantin sebaik tiba di Sabah atau Sarawak
15. Kerajaan memutuskan Pasar Ramadhan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP
16. Jika PKP ditamatkan sebelum atau sewaktu bulan Ramadhan, operasi Pasar Ramadhan akan bergantung kpd SOP pasca PKP yg akan disediakan oleh MKN
17. Pergerakan dlm radius #10KM : Pihak polis diberikan kuasa budi bicara mengikut kes utk mempertimbangkan pelepasan perjalanan
Rancangan reality masakan luar negara, The Great British Bake Off menobatkan Syabira Yusoff sebagai juara rancangan tersebut bagi musim ke-13!
Apa yang lebih manis, Syabira merupakan anak kelahiran Malaysia dan juga peserta wanita pertama menjuarai pertandingan tersebut sejak kali terakhir pada musim ke-8.
Menggunakan kreativiti menghasilkan kek berbentuk orang utan, Syabira, 32 tahun, untuk menambat hati juri dan seterusnya menewaskan saingan sengit daripada Abdul Rehman Sharif, 29, dan Sandro Farmhouse, 30.
Dalam pusingan akhir rancangan tersebut, peserta dikehendaki menyediakan kek mengikut tema yang diberikan iaitu kelestarian.
Digambarkan sebagai cabaran untuk meraikan bumi ini bermakna peserta yang tinggal dikehendaki menggunakan bahan-bahan yang hasil tempatan bersifat mampan.
Juri rancangan, Paul Hollywood memuji Syabira kerana telah memperkenalkan rasa yang tidak pernah mereka jumpa sebelum ini sepanjang beberapa musim dan Syabira merupakan seorang pembuat kek yang sangat hebat.
Syabira bermastautin di United Kingdom sejak 2013 untuk menyambung pengajiannya ke peringkat tertinggi. Kini dia merupakan seorang penyelidik kardiovaskular di King’s College London.
Syabira mula belajar membuat kek dan pastry secara serius sejak tahun 2020, iaitu ketika mula-mula pandemic melanda dunia.
The Great British Bake Off ialah sebuah rancangan realiti masakan yang disiarkan sejak tahun 2010, ia memaparkan beberapa peserta yang merupakan tukang masak atau baker amatur berentap untuk merebut gelaran juara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi para peminat novelis thriller terkemuka Malaysia, Ramlee Awang Murshid, pastinya sudah tidak sabar untuk menonton Tombiruo: Penunggu Rimba yang akan menemui penonton pada 12 Oktober ini. Bakal ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, filem ini diterajui oleh Zul Ariffin selaku pelakon utama dan dibarisi pelakon-pelakon hebat lain seperti Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.
Filem terbitan Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan ini perlu anda tonton kerana ia pastinya berbeza dari filem-filem yang pernah anda saksikan sebelum ini. Lokasi penggambaran yang boleh dikatakan hampir keseluruhan dilakukan di kawasan hutan, menggunakan teknik sinematografi terbaik dan dipenuhi lakon aksi yang mendebarkan menjadikan filem ini antara filem terhebat bagi tahun ini.
Lihat sahaja teasernya sudah cukup membuatkan anda mengakui kehebatan jalan cerita serta ‘excitement’ yang bakal anda rasai. Tombiruo: Penunggu Rimba adalah berkisarkan kisah dendam Ejim ( Zul Ariffin) di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya adalah untuk mencari pembunuh Pondolou, namun diganggu oleh Amiruddin ( lakonan Farid Kamil ) yang memburunya untuk menuntut bela di atas kematian isteri tercinta, Salina.
Sementara itu, samseng diupah supaya memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya ( lakonan Nabila Huda) yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.
Pengembaraan Tombiruo yang penuh aksi dan bahaya ini membawa pelbagai mesej untuk dihadam oleh penonton. Ia sarat dengan mesej tentang erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus memberi nilai murni yang boleh dicontohi.
Malah, kalau anda berazam nak turunkan berat badan, boleh jadikan Zul Ariffin sebagai idola. Untuk menjayakan watak Tombiruo ini, beliau terpaksa berdiet secara ekstrim! Mana tidaknya, dalam masa 5 minggu sahaja, beliau kehilangan 15 kg! Wow!!! Hebat kan? Tapi percayalah, nak ‘loose weight’ sebanyak tu dalam tempoh yang singkat, memang memerlukan semangat, azam serta disiplin yang ketat. Menurut Zul Ariffin, berat badannya perlu diturunkan bukan sahaja sebab beliau tidak berbaju dalam filem ni, tetapi beliaujuga terpaksa melakukan aksi-aksi lasak. Oleh itu, memang kena dapatkan berat yang sesuai serta badan yang fit dan cergas. Ha…Anda sanggup ke? Tiada yang mustahil kan? Janji berani dan nak cuba.
“ Dari segi pemakanan, nak turunkan berat dari 90kg ke 77kg, saya kena skor berat turun dalam 2-3kg seminggu. Jadi dalam proses itu, saya tidak makan apa-apa. Dalam 2 minggu pertama, saya hanya minum air sahaja dan ambil makanan dalam jumlah yang terlalu sedikit sekadar memberi ruang kepada perut untuk proses. Saya minum banyak air dan bila perut rasa penuh, rasa untuk makan tu tak ada,”- Zul Ariffin
Baru-baru ini LG Electronics Malaysia bersama dengan hand.some.cake, telah menganjurkan kelas pembuatan kek yang cepat dan mudah untuk para wakil media. Kelas yang berlangsung dalam suasana sangat santai ini memang sangat mengujakan malah terdapat banyak ilmu ‘baking’ yang dikongsi.
Sesuai dengan gaya hidup yang sibuk, LG dan Helmi dari hand.some.cake telah berkongsi cara-cara untuk menyediakan Simple No Baked Tiramisu yang sangat sedap dan mudah dihasilkan. Lebih istimewa, sajian ini tidak memerlukan banyak bahan, tidak perlu dibakar dan boleh disiapkan dalam masa kurang 30 minit. Memang senang! Sesuai dengan gaya hidup orang kota yang kesuntukan masa. Seterusnya para wakil media juga diberi cabaran untuk menghias kek cawan dalam LG InstaView Cake Decor Challenge. Memang gamat dengan aksi masing-masing. Pelbagai hiasan kek cawan boleh dilihat. Maklumlah, inilah masanya untuk menunjukkan skil dan bakat masing-masing. Kini rutin harian dan gaya hidup yang sibuk bukanlah satu alasan lagi untuk menyediakan sajian yang enak dan berkhasiat untuk keluarga tercinta. Ini kerana dengan pelbagai produk kelengkapan dari LG, segalanya akan jadi lebih mudah dan teratur.
Peti sejuk LG InstaView Door-In-Door adalah salah satu peralatan yang perlu ada di setiap rumah di Malaysia. Lupakan peti sejuk biasa kerana LG InstaView Door-In-Door ini ternyata bukanlah sebuah peralatan yang biasa-biasa. Inovasi peti sejuk ini adalah seiring dengan usaha syarikat elektronik global ini untuk menggalakkan pelanggan di bandar untuk menjalani kehidupan yang lebih bijak dan teratur. Peti sejuk LG InstaView Door-In-Door adalah sebuah peralatan rumah pintar yang boleh disambungkan ke telefon pintar anda menerusi aplikasi Smart ThinQ dimana para pengguna boleh mengawal suhu dan lain-lain fungsi hanya menerusi hujung jari. Peti sejuk LG InstaView Door-In-Door mempunyai reka bentuk yang menarik dimana ia mempunyai pintu transparent dan anda tidak perlu membuka pintu untuk melihan bahan-bahan yang disimpan. Hanya dengan dua kali ketukan, lampu peti sejuk akan menyala dan mudah untuk mengambil barang yang dikehendaki. Malah ia juga punya pelbagai lagi fungsi lain yang pastinya anda akan kagumi. Sesuai sekali dengan gaya hidup moden.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!