Berita baik buat seluruh rakyat! Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menubuhkan pusat jualan baharu khas bagi penjualan barang-barang basah di 77 lokasi di setiap negeri.
Ia adalah bagi mengawal kesesakan di pasar-pasar basah di waktu pagi. Oleh itu pihak kementerian bersetuju supaya FAMA mengambil peranan ini untuk mewujudkan pusat jualan baru iaitu pusat jualan barangan basah.
FAMA akan mewujudkan Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal di 97 lokasi di seluruh negara dalam waktu terdekat merangkumi 10 Pasar Tani terpilih, 33 Pasar Tani kekal, 17 Pusat Operasi FAMA, 3 MyFarm Outlet, 34 Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan, dan Kompleks Jabatan dan agensi yang bersesuaian.
Hanya barang basah sahaja dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal. Lapan kategori produk dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal adalah:
Sayur sayuran
Buah buahan
Ayam, Ikan dan Daging
Barangan runcit
Barangan Asas Tani
Waktu operasi untuk Pasar Tani Terpilih adalah pukul 8.00 pagi – 12.00 tengahari yang beroperasi 2 kali seminggu. Waktu pusat operasi Pasar Tani Kekal pula bermula pukul 8:00 pagi – 12.00 tengahari dan juga sehingga pukul 4.00 petang setiap hari .
YB Dato Seri Ismail Sabri juga berkata satu SOP yang ketat iaitu penjarakkan sosial akan ditetapkan, gerai-gerai yang berniaga akan dijarakkan supaya tidak timbul kesesakan dan sebagainya. Pintu masuk dan pintu keluar akan dikawal oleh pihak polis dan juga tentera.
Ia sangat penting walaupun kerajaan membenarkan rakyat berbelanja dengan pilihan yang lebih banyak di pasar-pasar basah termasuk pasar tani tetapi SOP yang ditentukan mestilah dipatuhi di pasar-pasar tani.
Ads
Malah demi keselesaan juga menggalakkan rakyat untuk membeli secara atas talian, FAMA akan menjual produk-produk mereka secara ‘online’.
Diharap langkah yang diambil ini akan memberi lebih kemudiahan buat rakyat berbelanja barang-barangan segar dalam keadaan lebih terkawal, pilihan yang lebih banyak dan selamat. Doakan Covid-19 di negara ini dapat dihapuskan dengan secepatnya.
Covid-19 yang melanda seluruh dunia masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan dan di negara ini, semua pihak sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung wabak ini dari terus merebak. Hasilnya, setiap hari bilangan pesakit yang sembuh semakin meningkat. Setakat hari ini (31 Mac) seramai 537 orang pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Oleh itu demi meminimumkan jangkitan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di seluruh negara. Langkah ini diambil sebagai salah satu cara untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 dari terus menjangkit individu-individu sihat yang lain.
Bahkan kerajaan juga telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi Zon Merah iaitu di Simpang Renggam, Hulu Langat dan Menara City One, Kuala Lumpur dimana lokasi-lokasi telah disahkan mempunyai jumlah jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi.
PKP Tahap 1 telah dijalankan bermula 18 hingga 31 Mac, dan rakyat sesungguhnya mengharapkan ia ditamatkan secepat mungkin. Namun, sikap tidak endah sesetengah pihak yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini menyebabkan PKP Tahap 2 diteruskan bermual 1-14 April.
PKP Tahap 2 ini tentunya lebih ketat namun ianya berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat.
Ads
Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk Pasar Raya dan Pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Restoran dan Kedai Makan boleh beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam
Operasi Stesen Minyak diterhadkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam
Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) juga dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Waktu operasi pengangkutan awam dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan dari 5.00 petang hingga 10 malam sahaja.
Kenderaan persendirian hanya dibenarkan antara jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan Teksi.
Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.
Pengangkutan komersil melibatkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7.00 malam sehingga 7.00 pagi.
Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian. Kelonggaran akan diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar, dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan.
Diharap seluruh rakyat boleh mematuh PKPD Tahan 2 ini supaya kita dapat membantu para petugas barisan hadapan dalam menghapuskan wabak ini serta mengelakkan gelombang ketiga Covid-19 dari berlaku. Kita mampu mengatasinya jika semua rakyat memberikan kerjasam yang baik dan bersatu hati. Ayuh!
Eco-Plus Concept Store terbaru mengukuhkan komitmen Eco-shop untuk menyediakan barangan keperluan mampu milik demi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Eco-shop, peruncit barangan rumah mampu milik terkemuka Malaysia,mencapai kejayaan dengan pembukaan kedainya yang ke-300 di NU Sentral, Kuala Lumpur, sempena ulang tahunnya yang ke-21. Penambahan terbaru ini juga merupakan sebahagian daripada pengembangan konsep Eco-Plus oleh Eco-shop, iaitu format kedai yang direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik sambil mengekalkan komitmen terhadap menyediakan barangan mampu milik.
Outlet NU Sentral ini merupakan Eco-Plus Concept Store ketiga, selepas pembukaan yang mendapat sambutan di lokasi lain. Konsep ini dibangunkan untuk menawarkan pembeli di kawasan bandar pelbagai barangan rumah, peralatan dapur, produk penjagaan diri, dan snek pada harga tetap eksklusif RM 2.40, RM 6.00, dan RM 10.00 yang hanya terdapat di NU Sentral.
Dengan penekanan kepada kemudahan dan kemampuan, konsep Eco-Plus mencerminkan komitmen Eco-Shop untuk memenuhi keperluan pengguna yang bergerak pantas pada masa kini.
“Pembukaan outlet ke-300 kami ini membawa maksud yang amat bermakna kepada kami. Ia membuktikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang telah menerima Eco-shop sebagai sumber keperluan mampu milik mereka dalam ekonomi yang mencabar ini,” kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Eco-shop Malaysia.
“Dengan peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa pembelian keluarga dan individu, kami kekal komited untuk meringankan beban mereka dengan menawarkan produk penting pada harga mampu milik demi kesenangan semua lapisan masyarakat. Selain itu, melalui aplikasi Eco-shop yang kini mempunyai lebih 1.5 juta ahli, kami memberi ganjaran kepada pelanggan dengan faedah yang dapat meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka”
Perkembangan pesat Eco-shop di seluruh Malaysia mencerminkan pemahamannya tentang keperluan masyarakat tempatan. Cawangan terbaru mereka di NU Sentral dilengkapi kaunter pembayaran sendiri yang sesuai untuk penduduk bandar yang mengutamakan proses pembelian yang lebih pantas dan cekap. Dengan lebih 10,000 produk yang tersedia, pembeli boleh mendapatkan segala yang diperlukan dengan mudah, daripada makanan dan kelengkapan cucian, kepada alat tulis dan penjagaan haiwan peliharaan.
Tidak dinafikan, sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu, banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan itu saja, peniaga-peniaga kecil turut mendapat tempias yang sangat besar.
Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup apabila tidak lagi mampu untuk menanggung kerugian. Terbaharu yang terpaksa mengikut langkah penutupan ialah Rasa Food Arena Suria Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini, 1 September.
Menerusi gambar dikongsi warganet yang viral dalam laman sosial, pengumuman itu dibuat Rasa Food Arena menerusi notis kecil yang diletakkan di pintu masuk premis makanan itu.
“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021. Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” kata notis itu.
Medan selera Rasa Food Arena ini sudah beroperasi selama 22 tahun kepada rakyat Malaysia sejak ia mula dibuka kepada umum pada Mei 1998.
Maka tiada lagilah kenangan makanan-makanan popular seperti nasi padang, mi wantan, nasi ayam di medan selera Rasa Food Arena yang terletak di aras empat pusat beli-belah KLCC ini.
Berkeluasan 16,000 kaki persegi, Rasa Food Arena Suria KLCC ini pernah diubahsuai pada 2007, memang menjadi tempat tumpuan bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan rasa penat sambil makan selepas membeli-belah.
Kredit gambar: Thanaselan Rajendran, Amir Bear, Instagram RASA Food Arena KLCC
Tiada apa yang lebih didambakan oleh seorang isteri selain dari melihat suami tercinta ada di depan mata. Berpisah berlainan negara, beribu batu jauhnya dek kerana tuntutan kerja, bukan suatu yang mudah untuk dihadapi.
Titip harian pasti disulami doa lebih-lebih lagi dikala dunia sedang galak diserang wabak Covid-19. Rasa gundah pasti ada…Itulah yang dirasai oleh Puan Yati Rahman, suri hati kepada chef selebriti Malaysia yang tidak asing lagi, Chef Dr Kamarul.
Setelah dua bulan berjauhan dengan suami yang berada di Malaysia kerana tugasan (keadaan ketika itu masih baik dan PKP belum dilaksanakan), perkhabaran indah dimana Chef Kamarul bakal pulang ke pangkuan keluarga di Gold Coust Australia semalam tentunya sangat mengembirakan.
Namun apakan daya, kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan segalanya. Ini kerana setibanya di Lapangan Terbang Melbourne, Chef Kamarul dan semua penumpang yang baru tiba bersamanya terpaksa dikuarantin selama 14 hari.
Sehingga kisah ini ditulis, Alhamdulillah Chef Kamarul telah selamat berada di satu lokasi di bandar Melbourne yang mana beliau akan menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu.
Malah pagi tadi, Chef Kamarul sempat bercerita serba sedikit mengenai keadaan beliau yang sedang dikuarantin. Tidak boleh keluar langsung, makanan disediakan dan dihantar, siap ada pengawal yang berjaga selama 24 jam. Memang ketat.
“Saya balik nanti masakkan Nasi Daging ya”, ini antara permintaan Chef Kamarul pada isterinya bila pulang ke Australia. Walaupun beliau seorang chef hebat dan terkenal, air tangan insan yang dicintai ini tentunya yang paling dirindui.
Bagi Puan Yati, beliau berasa redha dan bersyukur. Walaupun perlu menunggu sedikit masa lagi untuk berjumpa cinta hati, namun sekurangnya chef telah berada di Australia.
Namun sedikit menyedihkan bila beliau sudah pun bersiap-siap untuk memasak menu permintaan suami.
Dah plan nak masak nasi daging sejak tahu awak booking ticket balik. Malam tadi dengan penuh pengharapan dah kluarkan daging nak masak awal so that akan bertolak ke Airport Brisbane pukul 1 sambut awak kat sana jangkanya arrival 2.30. Tapi apakan daya awak dah kena kuarantin kat Melbourne. Kita jumpa awal puasa ya sayang.
Diharap Chef Kamarul, Puan Yati dan keluarga tabah menghadapi situasi ini. Semoga dua minggu ini memberikan lebih rahmat, kebahagiaan serta ganjaran buat semua. Stay safe & semoag wabak Covid-19 ini dapat diatasi sepenuhnya dengan cepat.