Ads

Cottage Pie Mudah & Sedap Ala Malaysia, Resipi Confirm Jadi!

Cottage Pie memang sedap dimakan namun ramai beranggapan hidangan ini susah untuk disediakan. Sebenarnya, dengan resipi yang betul, ia boleh dimasak dengan mudah di rumah.

Khas buat anda, RASA kongsikan resipi Cottage Pie perkongsian saudari Norashikin Hashim. Istimewanya resipi ini diolah supaya kena dengan cita rasa Malaysia dan sangat mudah disediakan. Selamat mencuba!

Resipi Cottage Pie Ala Malaysia

Bahan Kentang Lenyek

  • 2kg ubi kentang russet (buang kulit dan rebus empuk)
  • 200gm mentega
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh oregano/rosemary
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 – 1 sudu teh garam (ikut citarasa)

Bahan Sos Daging

  • 800gm daging kisar
  • 1 cawan air
  • 1-2 sudu makan tepung jagung / tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak zaitun

Bahan Kisar

  • 15 tangkai cili kering (kisar halus)
  • 2 biji bawang besar (kisar halus)
  • 5 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 1 inci halia (kisar halus)

Bahan Sayur

  • 1 cawan lobak merah (potong dadu)
  • 1/2 cawan saderi (potong dadu)
  • 1/2 cawan cendawan kering (potong dadu)
  • 1 cawan bawang besar (potong dadu)
  • 1/2 cawan tomato (potong dadu)
  • 1 cawan daun ketumbar (hiris kasar)
  • 3/4 tin tomato puri (jika suka masam, guna 1 tin)

Bahan Perasa

  • 1 sudu teh oregano/rosemary
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu makan lada hitam kisar

Cottage Pie Mudah & Sedap Ala Malaysia, Resipi Confirm Jadi!

Cottage Pie Mudah & Sedap Ala Malaysia, Resipi Confirm Jadi!

Cara Memasak Cottage Pie

Penyediaan Kentang Lenyek

  1. Setelah kentang empuk, toskan air dan masukkan semua bahan yang disediakan.
  2. Lecek sehingga halus dan tidak berketul. Ketepikan dahulu.

Cottage Pie Mudah & Sedap Ala Malaysia, Resipi Confirm Jadi!

Penyediaan Sos Daging

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan daging kisar bersama air. Kacau supaya daging tidak berketul.
  3. Masukkan lobak merah dan masak hingga empuk.
  4. Tambahkan saderi, cendawan, bawang besar, tomato, daun ketumbar dan tomato puri.
  5. Kacau hingga semua bahan sebati dan biarkan sos sedikit pekat.

Proses Menyediakan Cottage Pie

  1. Masukkan sos daging ke dalam loyang dan ratakan permukaan.

Cottage Pie Mudah & Sedap Ala Malaysia, Resipi Confirm Jadi!

2. Lapiskan kentang lenyek di atas sos dan ratakan dengan kemas.

Cottage Pie Mudah & Sedap Ala Malaysia, Resipi Confirm Jadi!

3. Sapu permukaan kentang dengan kuning telur untuk hasil lebih cantik dan berkilat.

Ads

Cottage Pie Mudah & Sedap Ala Malaysia, Resipi Confirm Jadi!

4. Bakar pada suhu 170°C selama 20-30 minit sehingga permukaan keemasan.

Cottage Pie Mudah & Sedap Ala Malaysia, Resipi Confirm Jadi!

5. Angkat, biarkan sejuk sedikit dan sedia untuk dihidangkan.

Ads

Cottage Pie Mudah & Sedap Ala Malaysia, Resipi Confirm Jadi!

Tips Cottage Pie Lebih Sedap

Untuk mendapatkan Cottage Pie yang lebih lazat, gunakan kentang jenis russet kerana teksturnya lebih lembut dan sesuai untuk lenyek. Selain itu, pastikan sos daging tidak terlalu cair supaya lapisan pie lebih kemas apabila dipotong.

Jika suka rasa lebih berkrim, anda boleh tambahkan sedikit keju di atas lapisan kentang sebelum dibakar. Ini akan memberikan rasa yang lebih kaya dan tekstur yang lebih menarik.

Ads

Hidangan Cottage Pie ini sangat sesuai dijadikan menu makan malam bersama keluarga atau hidangan istimewa ketika hujung minggu. Rasanya yang unik dengan sentuhan tempatan pasti membuka selera sesiapa sahaja.

Kredit resipi & foto: Norashikin Hashim 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Chicken Pot Pie Buat Guna Puff Pastri Segera

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Karipap Kentang Daging Telur Rebus Paling Sedap & Rangup, Resipi Pasti...

Resipi Karipap Kentang Daging homemade yang rangup dan sedap, lengkap dengan inti kentang, daging dan telur rebus. Mudah dibuat untuk minum petang!