Chinese Fried Sauce Noodle, Hidangan Mi Popular Di Beijing

Share

Buat mereka yang menggemari masakan Cina, boleh cuba memasak menu ini. Katanya hidangan mi ni popular di Beijing. Rupa seakan-akan sama dengan hidangan popular Korea iaitu Jjajangmyeon (Korean Black Bean Noodle). Namun resepi sosnya berbeza. Zha Jiang Mian atau Chinese Fried Sauce Noodle menggunakan pes peram kacang soya kuning

Manakala Jjajangmyeon menggunakan pes peram kacang hitam. Tapi kita sedia maklum, Jjajangmyeon pun merupakan masakan cina yang popular di Korea. 

Chinese Fried Sauce Noodle/Zha Jiang Mian

 Bahan-bahan:

Sos Zha Jiang Mian:

  1. Cincang halus *daging lembu* segar. Taburkan sedikit serbuk *lada hitam* dan *lada sulah* ke atas daging. Gaul dan perap selama lima minit.
  2. Panaskan minyak masak ke atas kuali dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging berubah warna.

3.Masukkan *empat ulas bawang putih* yang dicincang dan *dua biji bawang Holland* yang dipotong dadu ke atas daging. Kacau sehingga bawang layu.

  1. Kemudian masukkan empat sudu besar *pes taucu* yang dilenyek halus dan 1 sudu besar *pes sambal adabi*. Kacau sebati.
  2. Masukkan sedikit *air* untuk melembapkan masakan. Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.

6.Akhir sekali perasakan sos dengan empat sudu besar *kicap pekat*, *kiub pati ayam*, dan *garam* mengikut citarasa.

Hidangan:

  1. Sediakan *mi kuning* yang siap direbus dan tos bersih. Kalau nak ganti dengan mi udon pun sedap.
  2. Sediakan hirisan *lobak merah*, *timun* dan *telur rebus*.

3.Letakkan sedikit mi ke dalam mangkuk, tuangkan sos daging dan hiaskan dengan lobak merah, timun, telur rebus.

4.Sedia dimakan. Cara makan, cuma gaulkan semua sekali sebati.

Kredit: Zurina Zulkefli

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN