Chicken Wraps Sempoi Untuk Sarapan Lengkap Sihat Anda

Share

Selalu tiada idea untuk menyediakan menu sarapan yang sihat untuk keluarga dan mudah di sediakan. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk sarapan anda.

CHICKEN WRAPS SEMPOI

BAHAN-BAHAN

  • Roti wraps / atau roti canai segera
  • Isi ayam dihiris-hiris
  • Kepingan ayam (pilihan)
  • Bawang holand (dihiris)
  • Lada benggala (dihiris)
  • Lobak Merah (dihiris)
  • Salad
  • Tomato (hiris la ikut suka)
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu sos tiram
  • Mayonis
  • Sos cili

 

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
  2. Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
  3. Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
  4. Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
  5. Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
  6. Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.
  7. Selepas itu letakkan sedikit sos dan balutkan.

 

Kredit: Ana Watie Mua

IKLAN