Chef Alex Leong Mun Fai bukan calang-calang kemahiran dan ilmu masakannya. Walaupun tidak mempunyai latar akademik dalam bidang kulinari, tetapi pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini melangkaui kelayakan yang dimiliki oleh Chef lain yang ada pendidikan formal.
Tapi yang buat Min sangat respek Chef Alex ni adalah pada sikapnya yang tidak kedekut ilmu dan mahu membimbing anak muda menjadi chef yang hebat di masa hadapan. Sungguh murni niat dan amalan hidupnya.
Walhal bukan sedikit cabaran yang ditempuhinya untuk mencapai kedudukan kerjayanya kini sebagai Eksekutif Chef. Sebagai ketua dia kini memimpin 82 kakitangan dapur termasuk barisan Chef muda yang lain di Hotel Eastin, PJ, Selangor
“ My priority in life is about developing and training people around me. Saya mahu melatih dan menggilap bakat anak muda yang mempunyai semangat dan minat dalam bidang ini. Saya sudah melalui jatuh bangun dalam bidang ini, saya juga bermula dari pembantu dapur dan sudah bekerja di usia belasan tahun lagi. Setiap tempat kerja adalah tempat saya menimba dan menambah ilmu.
Saya bangga bila dapat menghantar chef muda ke pertandingan masakan antarabangsa. Kenangan yang tak boleh saya lupa apabila ‘anak didik’ saya Nor Helmi Kamaruddin menjadi peserta Asia pertama memenangi pertandingan antarabangsa berprestij Le Cordon Blue (diasaskan di Perancis) yang berlangsung di Singapura,”ujarnya kepada RASA mengenai kepuasan kerjanya yang sambil tersenyum.
Chef Alex, 50 tahun, juga sangat mesra dan pintar bercerita. Mendengar kisah dan pengalaman hidupnya sangat menghiburkan. Lucu ada, menyentuh hati pun iya. Sebab utama dia berkecimpung dalam bidang ini mudah sahaja, kerana “I love to meet people and I love to cook. Food can really connects people.”
Ads
Dia bermula sebagai pembantu dapur sahaja.Dan kini Eksekutif Chef ini sudah pun berkhidmat selama tujuh tahun di Eastin Hotel. Sebelum ini Chef Alex pernah bekerja di 3 buah hotel terkemuka dan satu kapal pelayaran mewah antarabangsa Queen Elizabeth 2. Dan sepanjang kerjaya lebih 30 tahun ini dia pernah belajar dan bekerja dengan Chef antarabangsa dari Australia, Mexico Switzerland, Austria, US, Perancis, Itali dan Jerman yang menjadi ‘mentornya’ dan ketuanya
Chef Alex di zaman mudanya.
Dan pastinya pengalamannya sebagai Asian Sous Chef di kapal pelayaran mewah Queen Elizabeth 2, walaupun setahun telah memahat banyak pengalaman berharga apabila berjaya mengembara ke seluruh dunia sambil merasai dan mempelajari pelbagai masakan antarabangsa.
Paling hebat Chef yang banyak ilmu dan pengalaman ini ialah dia adalah ketua yang mudah didekati dan sedia menyampai ilmu kepada kakitangan agar lebih maju dan mampu menggilap kemahiran dan bakat menjadi chef tanpa mengira bangsa agar menjadi hebat di masa hadapan.
Di antara penyertaan masakan yang pernah dimenanginya ialah :
1.2004 Australian Meat & Live-stock Cooperation Black Box Challenge – Anugerah Pingat Emas
Ads
2.2003 Culinaire Malaysia – Anugerah Pingat Gangsa ‘Hot Cooking’ – Anugerah Pingat Gangsa ‘Plated Appetizers’ -Anugerah Pingat Gangsa ‘4 Course Set Menu’
3.2001 Australian Meat & Live-Stock Cooperation, Black Box Challenge at Culinaire Malaysia – Anugerah Pingat Perak
4.1995 Culinaire Malaysia – Anugerah Pingat Gangsa ‘Live Cooking’
5.1991 Culinaire Malaysia – Anugerah Pingat Gangsa ‘4 Course Set Menu’
Ads
Ni dia resipi dari Hawaii dari Chef Alez buat pembaca dan pengikut RASA. Resipi ini sangat istimewa bagi Chef Alex kerana terdapat banyak elemen di dalam sajian di mana pelbagai budaya dan citarasa masakan antarabangsa di satukan dalam satu hidangan.
HAWAIIAN PRAWN SKEWER WITH PINEAPPLE & COCONUT
BAHAN-BAHAN :
1kg udang | disiang dan dibuang urat belakang (30-35 ekor)
100ml santan kelapa
4 sudu teh tabasco
2 sudu teh kicap soya Kikoman
50ml perahan jus oren
50ml perahan jus limau nipis
300gm ketulan nenas (dipotong 2.5 sm,kiub)
Minyak jagung / canola untuk memanggang
Hirisan daun ketumbar dan daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk satukan santan kelapa, sos tabasco, jus oren dan limau nipis.
2. Masukkan udang dan gaulkan.
3. Balut atau masuk dalam beg plastik dan perapkan selama 1-2 jam di dalam peti sejuk. Jangan lupa sekali sekala goncangkan beg plastik tadi.
4. Jika menggunakan pencucuk lidi, rendamkan ke dalam air suam sementara menanti udang diperap.
5.Sediakan nenas
6. Panaskan pemanggang ke suhu sederhana tinggi.
7. Keluarkan udang, dan simpan bahan perapan untuk digunakan masa memanggang.
8. Cucukkan udang ke dalam lidi dan selang selikan dengan ketulan nenas.
9. Sapukan sedikit minyak canoladi atas pemanggang, dan susunkannya.
10. Panggang selama 3 minit, sapukan dengan bahan perapan dengan berus.
11. Angkat dan hidangkan denan hirisan daun bawang dan daun ketumbar
Terima kasih
Eastin Hotel Kuala Lumpur
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16,, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor
www.eastin.com
Save
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Daging Burger Masak Merah ni. Menu ini adalah antara menu yang biasa dinikmati oleh anak-anak kelahiran tahun 80an dan 90an. Kafe-kafe di universiti memang banyak jual lauk ni. Ringkas dan mudah. Bagi anda yang tak ada idea nak masa kapa hari ni, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Finas Osman.
RESIPI DAGING BURGER MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
4 keping daging burger
4 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 batang serai – diketuk
4 sekawan – kayu manis, lawang, cengkih, sedikit buah pelaga
1 biji bawang holland – potong bulat
4 sudu makan cili kisar
Cili merah & cili hijau – hiris
5 sudu makan sos cili
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1.Potong daging burger jadi 4 bahagian kemudian goreng. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, serai
dan rempah 4 sekawan. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan cili kisar, sos cili dan sedikit air untuk bagi berkuah sikit.
4.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5.Akhir sekali masukkan daging burger yang sudah digoreng tadi bersama bawang holland, cili merah dan cili hijau yang dihiris.
6. Gaul semua bahan hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.
Anda suka makan Kek Marjerin kampung?Kek ni antara yang paling ringkas dan senang untuk dibuat. Tapi keenakannya, bau harum dan wangi, kalah kek yang mahal. Kalau dekat rumah anda ada marjerin, apa kata cuba resipi perkongsian saudari Norcashmoney Rozaidi ni. Pasti puas hati.
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170C selama 10 minit. 2. Sementara ketuhar dipanaskan, pukul marjerin dan susu hingga sebati. 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sekadar rata sahaja. Masukkan esen vanilla. 4. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.
5. Satu adunan dibiarkan pada warna asal dan satu adunan lagi diadun bersama serbuk koko hingga sebati.
6. Ambil loyang yang bersesuaian. Oles dengan marjerin dan boleh dialas dengan baking paper. 7. Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli atau mengikut kreativiti masing-masing.
8. Bakar kek selama 45 minit atau hingga masa. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. Ubah ikut kesesuaian sendiri.
Jika anda peminat cheese, boleh cuba buat kek ini. Sangat mudah kerana hanya menggunakan 3 bahan tapi cukup rasa lemaknya. Sesuai juga untuk anda yang baru nak belajar buat kek. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Sharifah Dora Perais.