3. Masukkan adunan yis tadi. 4. Uli sampai elastik. Jangan tambah tepung kalau lembik. Uli je sampai tak lekat di tangan. Nak doh yang lembut/ringan jangan tambah tepung ye. 5. Perap selama 30 hingga 45 minit.
6. Tumbuk doh dan uli lagi. Bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Boleh timbang jika nak bagi berat setiap biji sama.
7. Buat bentuk bulat dulu. Bagi rehat dalam 10 minit. Tunggu doh kembang sikit. Baru tekan sikit doh, kemudian gunting kepada 5 bahagian. 8. Kemudian, baru bentukkan doh. Picit di bahagian hujung-hujung adunan tu. Bila dah bentukkan doh, bagi rehat lagi selama 20 minit.
9. Barulah goreng dengan menggunakan api sederhana je. Angkat dan toskan. 10. Tunggu sejuk baru golek dalam susu tepung ye (susu tepung tu saya guna susu anak je, susu Everyday).
Ads
BAHAN SALUTAN SUSU:
1 cawan susu tepung ½ cawan gula kastor *Gaul bahan di atas. Boleh golekkan donut dalam susu tepung.
Tekak teringin nak makan apam jagung tapi jagung pula tiada. Apa susahnya, boleh sahaja kita gunakan jagung dalam tin. Nak buatnya pun senang sahaja dan tidak mengambil masa yang lama pun. Kalau tiba-tiba ada tetamu hendak datang ke rumah, kita boleh buat sahaja Apam Jagung ini. Bahan utama jagung dalam tin dan santan. Jom kita cuba resipi Apam Jagung seperti yang dikongsikan oleh Badariah Abdrahman
1. Kisar semua bahan B. Masukkan bahan A dalam bahan B. Kacau sebati.
2. Boleh juga tambah pewarna kuning jika suka. Seterusnya masukkn tepung, kacau lagi hingga sebati. Perap sampai kembang.
3. Panaskan periuk pengukus. Kukus dalam masa 15 minit (untuk acuan kecil). Jika guna loyang, kukus selama lebih kurang 30 hingga 40 minit.
4. Jika guna acuan kecil, kacau-kacau dahulu adunan barulah masukkan dalam acuan biar kembang balik kemudian baru kukus. Pastikan acuan dan loyang dengan minyak terlebih dahulu.
5. Jika guna loyang, masukkan terus dalam loyang dan kemudian terus kukus sahaja. Adunan akan terus kembang lepas kukus.
Roti manis adalah roti yang paling ringkas dan senang dibuat. Kalau ada bread maker untung ler, tapi kalau takde boleh aje diuli tangan. Uli, tumbuk dan hempuk doh tu elok elok. Rehatkan doh biarkan naik tiga kali ganda dari saiz asal.
Itu antara antara teknik menguli roti dari Nadzatul Syakira, yang membuat roti ini bersama suami. Memang sedap, dan boleh makan panas-panas dari oven perggh memang nikmatlah. Gebu manis tambah sedap melekat dengan sapuan mentega lepas keluar oven. Terbaiklah baru lebih padu rasanya.
ROTI MANIS
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (Campur dalam 1 bekas dan tunggu sehingga berbuih)
1 sudu besar water roux (1 sudu besar tepung + 3/4 cawan air dimasak hingga agak pekat)
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
sebiji telur
secubit garam
Bahan C 30gm mentega cair
Bahan tabur : Gula halus Parutan keju | jika suka
.
CARA-CARA MEMBUAT :
1. Campurkan bahan A dengan Bahan B. uli sebentar 2. Masukkan bahan C, uli dan selang seli hempuk berulang kali dengan perlahan sehingga doh menjadi elastik selama 15-20 min 3. Jika doh melekat pada tangan, ambil sedikit tepung dan sapukan pada tangan. 4. Uli sehingga doh sudah tidak melekat pada bekas uli dan di tangan. 5. Sesudah uli, tutup bekas dengan kitchen towel (empunya resipi guna plastik aje). Elok diletakkan di tempat hangat 6. Biarkan doh rehat selama setengah jam.Selepas setengah jam, tumbuk doh untuk buang angin dan biarkan doh rehat lagi sekali selama setengah jam. (doh akan naik 3x ganda saiz asal) 7. Bahagikan doh lebih kurang 45gm dan uli bentuk bulat. Susun dalam loyang dan biarkan doh rehat sekali lagi sehingga memenuhi ruang loyang 8. Sebelum bakar, renjis air atau sapu telur atas doh. Kemudian taburkan gula dan boleh tambah parutan keju jika suka,
.
7. Bakar pada suhu 180c lebih kurang 20-25 minit. Bakar sampai masak 8. Kemudian gunakan api atas sahaja untuk dapatkan warna perang atas roti 9. Lepas keluar oven, sapu mentega cair atas roti
Kredit:nadzatul syakira
ANDA MUNGKIN JUGA SEDANG MENCARI OVEN DAN PERKAKAS DAPUR & RUMAH TERBAIK, BOLEH LAYARINYA DI SINI.
JIKA INGIN ROTI FROZEN YANG KEKAL SEGAR BOLEH DAPATKAN PILIHAN FREEZER DI SINI.
Korang tahu tak, sea food antara lauk pauk yang sedap dan paling senang nak masak, campak-campak dalam kuali, kemudian kacau-kacau dah siap. Sesuai sangat kalau korang jenis yang sentiasa sibuk dan ahli keluarga gemar makan sea food. Oleh itu, RASA cadangkan korang cuba menu seafood ini, ada lima resipi yang simple. Masak pun tak sampai 15 minit dah siap. makan panas-panas, emmm memang sedap hingga menjilat jari. Cubalah salah satu ye, mesti En Suami puji punya.
KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
KUPANG TUMIS BAWANG PUTIH MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
1kg kupang
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk oregano
Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
Angkat dan hidangkan.
LALA TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 kg lala-bersih dan tos
2 batang serai –kisar kasar
3 tangkai cili merah-kisar kasar
3 tangkai cili padi-kisar kasar
3 ulas bawang putih-kisar kasar
1 biji bawang besar-kisar kasar
3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
1 biji tomato-cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.
UDANG MENTEGA MADU LEMON
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL- bersih dan tos
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang besar-cincang
2.5cm halia-hiris halus
Sedikit parutan kulit lemon
1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar madu
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...