Cendawan Celup Tepung Rangup, Tak Sedar Sebalang Boleh Habis

Share

Terasa nak mengunyah cendawan celup tepung.Goreng garing-garing sangat rangup. Sedar tak sedar dah licin. Jom tengak resipi cara membuatnya:

Bahan kering:
1 cawan tepung bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yang original)
2 sudu besar penuh membukit tepung jagung


2 sudu besar penuh membukit tepung beras
sedikit serbuk kunyit ikut warna kuning yang diingini

Bahan berikutnya:
1 paket cendawan
1 sudu besar air kapur makan
minyak masak saji @sajimalaysiaofficial secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya


Cara memasak:
1.Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata dan masukkan air sedikit-sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

2.Masukkan separuh dahulu cendawan ke dalam adunan dan biar salut sekata



3.Panaskan minyak saji dan masukkan satu persatu cendawan goreng hingga garing.


Siap untuk dihidang.



Sumber : Aisyah Humairah

 

IKLAN