Sotong kering memang sedap jika dibuat sambal tumis. Dimakan pula dengan nasi lemak, memang gabungan yang padu. Tetapi, dalam menyediakan sambal sotong kering, anda perlu tahu teknik untuk melembutkan sotong terlebih dahulu. Jika tidak, sotong kering akan jadi liat. Kami kongsikan beberapa tip untuk melembutkan sotong. Semoga bermanfaat!
Tip Melembutkan Sotong Kering
1. Rendam air paip semalaman.
2. Rendam air panas semalaman.
3. Rendam air basuhan beras semalaman.
Ads
4. Rendam sotong kering bersama abu chang. Abu chang juga dikenali sebagai kapur/ubat sotong, ubat mi & dipanggil tawas bagi sesetengah tempat. Terdapat jenis serbuk & juga dijual dalam bentuk ketulan kecil. Pastikan sotong tenggelam dalam air sepenuhnya, tambah abu chang yang dihancurkan jadi ketulan kecil. Biarkan melarut dalam air, tambah hingga air terasa licin dijari. Rendam semalaman. Basuh beberapa kali hingga bersih & hilang lendir sebelum dimasak.
TIP: Jangan letak abu chang berlebihan supaya baunya tak terlalu kuat/tak rasa pahit. Untuk hasil yang cepat, boleh lebihkan penggunaan abu chang dan rendam 3 – 4 jam.
Foto: Sumber internet
5. Rendam dalam air yang ditambah air abu soda (lye water). Air abu ni adalah larutan pekat abu chang. Tambah air abu hingga air rendaman terasa licin di jari.
Foto: Sumber internet
6. Rendam sotong kering dalam air yang dicampur soda bikarbonat 1-2 sudu kecil (bergantung pada kuantiti air) selama 2-3 jam atau sehingga sotong kembang. Rendam semalaman untuk hasil yang lebih baik. Dengan gunakan cara ni, air rendaman sotong kurang berlendir & berbuih.
7. Rendam dalam air yang dicampur 1-2 sudu kecil kapur makan bergantung pada sukatan air. Biarkan sotong kering terendam semalaman sebelum cuci.
8. Masak dalam pressure cooker. Tak kisahlah jenis periuk yang perlu dimasak atas dapur ataupun electric pressure cooker, dua-dua tetap akan hasilkan sotong yang lembut.
Ads
Ni extra tip dari mak saya..
Tip supaya sotong kekal lembut:
Jangan rebus/masak sotong terlalu lama, supaya sotong tak liat
Masukkan garam & asam akhir sekali, sebab garam/asam ni boleh menyebabkan sotong jadi liat. Lepas perasakan dengan asam & garam, biarkan merenih seketika sebelum tutup api.
Ads
Anda mencari barangan dapur yang berkualiti tapi pada harga yang murah? Boleh klik DISINI.
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup, tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolesstrol yang tinggi. Dah tentu-tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau anda sukar mengelakkan makanan bergoreng, ini ada tiga cara menggoreng yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kandungan kolestrolnya.
Guna Minyak Bersih
Penggunaan minyak baru yang bersih menjadikan kadar kolestrol makanan yang digoreng adalah selamat dimakan kerana kadar kolestrolnya tidak terlalu tinggi.
Masukkan Makanan Bila Minyak Betul-Betul Panas
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan makanan yang hendak digoreng. Dengan cara ini makanan yang digoreng lebih cepat garing dan masak. Masa yang sama makanan tidak akan menyerap banyak kolestrol dari minyak gorengan.
Tapis Makanan
Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan makanan tidak berminyak. Kemudian letakkan makanan atas tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia dihidangkan.
Rempah ratus dan bahan-bahan masakan memang banyak ambil ruang juga kalau nak susun di dapur. Lagi pulak kalau anda baru renovate dapur mesti sayang nak tebuk dinding yang baru dipasang jubin berkilat, habislah berlubang kena dril atau paku nanti.
Bila dah banyak sangat bekas rempah dalam almari, jadi susah pulak nak mencari. Jom ikutcara Fara Amirullah menyusun atur barangan dapur dengan kemas dengan modal hanya RM80.70 sen sahaja.
Katanya ” Semua barang saya beli di DIY dan Daiso, dengan modal RM80.70 boleh dapat rak rempah ratus yang sedap mata memandang lagi memudahkan kerja memasak. Mana yang duduk rumah sewa dan ada dapur comel boleh cuba cara ini.”
.
Ini wall hook @ penyangkut dinding dari Daiso ada yang 1kg, 3kg, 4kg, Fara ambil yang 6kg harga RM5.57 per pack. Dia beli 4 pack untuk 4 rak. Satu rak guna 2 wall hook.
.
Ini pula rak dari Mr Diy harga RM9.50, Fara gunakan 4.
Bekas rempah @ spice jar ni mulanya nak beli kat kedai eco tapi Mr. Diy lagi murah RM 0.85 setiap satu. Fara beli 24 biji baru RM24.40.
.
Ini caranya macam mana nak cairkan gam belakang hook tu. Bakar sikit gam di belakang, bagi mencair. Hati hati kalau kena tangan merana ooi. Dah cair baru tampal dan biarkan 2 hingga 3 jam baru boleh gantung rak. Wall hook ni nak pasang di bilik air pun boleh.
Sekarang ni banyak restoran mahu pun cafe-cafe yang menyediakan menu yang pedas berapi, dek kerana sedap ada yang sanggup tahan pedas walaupun mulut bagaikan terbakar kepedasan. Malah ada yang kata lagi pedas lagi berselera makan.
Bagi anda yang tidak tahan dengan kepedasan berapi ini, petua berikut sangat membantu dan ia sangat mudah. Caranya adalah dengan meminum jus buah. Jus buah bukan hanya boleh menuteralkan rasa pedas di mulut tetapi juga boleh menenangkan seseorang yang dalam keadaan kepedasan.
Jika anda makan di restoran atau cafe-cafe, anda disarankan memesan jus buah siap-siap sebelum makan kerana apabila pedas, terusnya minum jus yang sudah siap di hadapan mata. Semoga tip ini member manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...