Cara Simpan Serai, Halia, Lengkuas & Kunyit Agar Segar & Tahan Lama.

Share

Nak tahu cara simpan serai, halia, lengkuas dan kunyit yang terbaik agar tahan lama? Ini caranya. Maklumlah bahan-bahan ini sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR

ini. Semoga bermanfaat!

 

PETUA SIMPAN KUNYIT, HALIA, LENGKUAS & SERAI AGAR TAHAN LAMA.

BAHAN-BAHAN:

  • Serai
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Halia
  • Bekas berpenutup
  • Air bersih

CARA-CARA:
1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.


2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.


3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.

Kredit petua & foto: Myna AR

IKLAN