Beli dan simpan bahan basah untuk memasak, memang memudahkan kerja. Tetapi ada kalanya barangan yang dibeli lambat dimasak. Setiap daripada kita pasti pernah mengalami situasi dimana beli mi kuning, kuetiau dan laksa basah untuk stok berminggu-minggu tapi tak masak? Bila dah beku dan berbau mulahlah masuk ke tong sampah. Membazir tu. Jadi jom cuba petua menyimpan mi kuning, kuetiau dan laksa basah perkongsian saudari hani_mynis ni. Selamat mencuba.
TIP SIMPAN MI KUNING, KUETIAU & LAKSA BASAH SUPAYA TAHAN LAMA
Ads
Hani ni hantu laksa penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yang hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa…
Cara ni sesuai untuk semua jenis mi basah (mi kuning, mi kuetiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.
Kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais. Nanti dia mengeras dan mi akan melekat-lekat. Jadi bila nak makan, kena rebus balik.
Mi yang melekat ini juga akan patah-patah bila dileraikan. Hasilnya bila dimasak, mi jadi tidak cantik.
Ads
CARA BETUL MENYIMPAN MI BASAH ( TIP DARI PENJUAL LAKSA & MI KARI)
Lepas dibeli, keluarkan mi dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup. Letak sedikit minyak dan urai-uraikan mi tersebut supaya tidak melekat. Jangan masukkan seketul macam tu je tanpa diurai.
Pastikan mi yang disimpan tidak terkena air.
Pastikan bekas berpenutup yang nak diisi mi itu juga dalam keadaan kering.
Isi mi, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller. Dengan cara ini mi boleh tahan hingga minggu.
Bila hendak digunakan, panaskan air hingga mendidih. Masukkan mi. Hasilnya mi akan jadi lembut, elok dan tidak patah-patah.
Kek yang di buat selalu tak menjadi? Tak semua orang ada bakat semulajadi buat kek mesti menjadi dengan cantiknya. Kadang-kadang Chef berpengalaman pun boleh buat silap.. inikan kita golongan baru nak up buat kek. Kalau buat kek mesti stress sebab asyik tak jadi. Nak tahu tak punca kek tak menjadi? Ketahui punca-punca kek tak menjadi seperti bantat, keras, elok2 naik lepas tu turun, tengah kek tak masak, keras dan sebagainya.
1. Kek Terlalu Lembap dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
2. Kek Merekah di Atas
Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan loyang terlalu kecil.
3. Kek yang Mendap di Tengahnya
Ukuran acuan tin tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
4. Kek Tidak Naik Sekata
Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
Bancuhan tepung tidak sebati
Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
5. Kek Menjadi Bantat
Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
Suhu ketuhar terlalu rendah.
6. Kek Mendap pada Bahagian Tengah
Ketuhar yang digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
Sukatan bahan tidak tepat.
Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul-betul gebu dipukul.
Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
7. Kek Terlalu Lembab dan Leper
Terlampau banyak cecair.
Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
8. Kek Terlalu Berat
Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
Serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung
Gula yang digunakan melebihi sukatan
Terlalu banyak cecair
Suhu ketuhar terlalu rendah
9. Kek Merekah
Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
Kekurangan cecair.
Acuan / loyang terlalu kecil.
Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
10. Kek Buah Mendap
Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
11. Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
Terlebih serbuk penaik
Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
Adunan tidak dipukul sebati
12. Kek Menjadi Keras
Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
Terlalu banyak tepung gandum.
Tidak cukup cecair
Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai.
13. Kek Menjadi Kering
Selalunya, dengan menambah 2 – 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
14. Kek Menjadi seperti Roti
Sukatan serbuk penaik tidak tepat
Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
Tepung tidak sesuai
Adunan tidak dipukul dengan sebati
15. Kek Menjadi seperti Bingka
Bancuhan tidak dipukul sebati
Terlampau banyak cecair
Tepung terlalu sedikit
Suhu ketuhar tidak cukup panas
Nampak tak? Betapa susah kalau kita yang rajin buat kek segala bagai ni, tiba-tiba kek tidak menjadi seperti yang kita harapkan. Tak payah risau. Takde benda tak boleh settle dalam dunia ni. Dah tahukan antara punca-punca kek kita buat tak menjadi? Jadi ikutlah tips dan teknik-teknik yang betul supaya kek kita menjadi dengan cantiknya. Selamat mencuba dan jangan putus asa!
Masalah bari-bari yang menghurung buah atau sayur di dapur memang merimaskan terutama bila jumlahnya banyak. Nak masak pun tak senang.
Dalam masa yang sama kebanyakan kita juga tak tahu cara untuk menghapuskan ulat kecil ini. Bagi menyahkan bari-bari ini sebenarnya ada cara mudah yang boleh kita lakukan secara DIY.
Caranya adalah dengan menyediakan bancuhan tiga bahan dapur mudah untuk diletakkan di dapur. Bancuhan ini akan menarik perhatian bari-bari sekaligus menghapuskannya.
Cara hapuskan masalah bari-bari
Tip ini dikongsi oleh Daisyjiejie di akaun TikTok beliau.
1. Caranya sediakan;
-Gula
-Cuka putih
-Cecair pencuci pinggan
2. Sediakan bekas bancuh semua bahan ini hingga larut.
3. Letakkan bekas bancuhan ini di sudut dapur. Bancuhan ini akan menarik bari-bari untuk menghurung kerana adanya rasa manis dari gula dan bau seperti buah reput. Manakala cecair pencuci pinggan yang likat akan memerangkap terus bari-bari di dalamnya.
Bawang putih, antara penyedap masakan yang wajib ada dalam setiap dapur. Aroma wangi bawang putih ini membantu masakan menjadi lebih sedap, terutama masakan yang dimasak secara tumis, tercium baunya pasti membuka selera makan. Malah bahan penyedap masakan ini juga kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan.
Masalahnya sebelum menggunakan bawang putih, anda terpaksa membuang kulitnya terlebih dahulu. Nak tahu cara paling senang kupas kulit bawang putih tanpa guna pisau. Ia sangat mudah kalau terpaksa kupas dalam jumlah yang banyak.
Ini caranya:
Masukkan bawang putih dalam balang bertutup.
Tutup rapat, kemudian goncang balang selama beberapa minit atau sehingga kulit bawang putih sedikit terkupas.
Keluarkan kulit bawang yang telah terkopek, kemudian goncangkan lagi balang tersebut sehingga kulit bawang putih tertanggal sepenuhnya.
Mudahkan! Dengan tip ini diharapkan ia membantu urusan kerja dapur lebih mudah dan praktis.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...