Ramai orang tahu  minyak zaitun kaya dengan khasiatnya untuk kesihatan. Ia mengandungi lemak baik dan  antioksidan   jika diamalkan dapat membantu  dalam  mencegah penyakit jantung, stroke dan diabetes. Disebabkan banyak manfaat kesihatan itu,  jom kita biasakan mengambil minyak zaitun dengan pelbagai cara.  Salah satu cara paling mudah adalah dengan mencampurkannya dalam masakan dan makanan. Berikut tiga cara mudah yang nboleh anda memanfatkan minyak Zaitun dalam masakan dan makanan seharian:-

Ini Cara Minyak Zaitun Jadikan Makanan Korang Sihat & Sedap/

  1. Minyak Penumis Sayur

Mulai hari ini anda tumis sayur dengan minyak zaitun kerana kandungan lemak baiknya akan meningkatkan kadar kolestrol yang baik juga. Selain itu, aroma  minyak zaitun juga lebih sedap  dan kandungan gizinya memenuhi keperluan kesihatan tubuh.  Tetapi ingat, minyak zaitun tidak boleh digunakan untuk menggoreng kerana proses menggoreng mengambil masa lebih lama dan ia akan merosakan kandungan nutrisi di dalamnya. Sedangkan menumis sayur mengambil masa tidak lebih dari 10 minit, jadi kandungan nutrisi boleh anda manfaatkan untuk kesihatan.

IKLAN

Ini Cara Minyak Zaitun Jadikan Makanan Korang Sihat & Sedap/

  1. Gunakan Sebagai Dressing Salad

Jika sebelum ini anda menggunakan mayones atau Thousand Island sebagai dressing salad sayuran atau buah-buahan.  Mulai sekarang hentikan kerana dua sos ini  mengandungi lemak yang sukar dibakar dan lebih mudah menyumbang kenaikan berat badan.  Cara paling senang tukar dressing kepada minyak zaitun. Mudah je caranya, anda  hanya perlu tambah sedikit garam, gula, jus lemon, serbuk lada hitam dan bawang putih yang dicincang halus. Campurkan semua bahan ini dalam botol, goncang dan tuang dalam mangkuk salad.  Gaul rata dan hidangkan terus salad secara segar. Ia lebih mudah dan sihat.

IKLAN

Ini Cara Minyak Zaitun Jadikan Makanan Korang Sihat & Sedap/

IKLAN
  1. Oleskan Pada Roti

Kalau selama ini anda oleskana mentega pada roti untuk sarapan pagi, Apa kata, anda tukar mentega dengan minyak zaitun kerana ia lebih kaya dengan nutrisi, lebih sedap. Tambahan pula  antioksidan minyak zaitun baik untuk jantung berbanding mentega jika dijadikan amalan, ia boleh mengundang peningkatan kolestrol dan sakit jantung.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI